Ini satu lagi lokasi kedai Char Kuew Tiow di Dungun. Tak jauh dari kedai Orang Mude. Ia terletak di Gong Pasir. Dari lampu isyarat Gong Pasir, kau belok ke kiri, kemudian menyusuri jalan utama hingga ke hujung jalan. Kedai ini terletak di sebelah kanan.
Suasana kedai ini sangat-sangat memikat. Tenang. Lamannya bersih. Meja-meja dibuat sendiri dari kayu dan diletakkan di celah-celah pokok. Asalnya kedai ini adalah rumah. Kemudian menjadi kedai bundle. Dan kini menjadi kedai Char Kuew Tiow.
Kedai ini hanya menjual Char Kuew Tiow, Sizzling Mee dan Laksa. Aku memesan Char Kuew Tiow Special. Manakala Puan Nurul memesan Sizzling Mee.
Ada juga Char Kuew Tiow yang biasa, berharga RM4.50. Tapi, aku ingin mencuba yang Special yang berharga RM6 kerana katanya ada lebih kerang dan udang, serta ada telur mata.
Rasa Char Kuew Tiow dia memang sedap. Menjadi. Namun, udangnya tak berapa nak lebih, sebab hanya ada 3 ekor saiz jari kelengkeng. Kalau tak special bagaimana ya agaknya? Huhuhuhu. Tapi, kerangnya memang mewah. Setiap suduan, pasti ada kerang.
Sizzling Mee pun sedap. Sedikit unik. Biasanya kuah Sizzling Mee agak likat. Tapi, kuahnya di sini agak cair. Walaupun cair, rasanya masih pekat. Rasanya tidak mengecewakan.
Boleh pergi lagi kedai ini. Suasannya agak damai. Sesuai untuk makan di waktu petang sambil berborak atau berbincang santai.
Kedai ini dibuka 5 petang - 11 malam.
No comments:
Post a Comment