Selepas berpeleseran di Nat Pokok Getah, kami balik hotel. Sambung tidur sejam. Hohohoho.
Beberapa minit sebelum pukul 12 tengahari, kami check out.
Tak tau nak pergi mana. Pukul 3 petang karang nak raya rumah pakcik aku. Ada 3 jam lagi ni.
Mujur ada google. Terus cari “tempat makan Perlis”. Pergh! Banyak ya ampun. Lebih 30.
Setelah buat sedikit crowdsourcing, kami pilih Restoran Kuali Hangat. Ia restoran nasi campur dan kepakaran gulai kawah.
Restoran ini terletak tak jauh dari pusat bandar Kangar. Aku rasa dalam 2-3 km sahaja. Kau cari sahaja restoran ini di Google Maps.
Sampai waktu makan tengahari, jadi suasana sedikit sibuk.
Kami masuk. Terpegun tengok lauknya. 5 minit berlegar tengok lauk. Ada lebih 30 lauk. Kebanyakkan kami tak pernah jumpa. Tapi, semuanya nampak menyelerakan.
Hayati lauk pauknya di bawah ni ha.
Kami lupakan azam untuk berdiet. Kami ambil nasi sesenduk seorang. Tapi masing-masing ambil lima lauk.
Pn. Nurul paling gemar peria celup tepung. Siap bungkus untuk bekalan ke Penang petang nanti. Tapi, tak keluar Perlis lagi, bekalan peria gereng dah habis. Kah kah kah.
Menyadar kami lepas makan. Rasa nak mengesot keluar restoran.
Keluar kedai dekat pukul 1 petang. Ada 2 jam lebih lagi ni sebelum pukul 3.
Nak buat apa ek?
Ketahui pada episod akan datang.
x
No comments:
Post a Comment