Showing posts with label hulu dungun. Show all posts
Showing posts with label hulu dungun. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

Keretapi Di Terengganu

Aku kene tipu masa belajar Geografi tingkatan dua. Cikgu aku kata di Terengganu takde keretapi. Tapi, aku tak salahkan cikgu aku, barangkali ketika itu belum ada keretapi dari Kerteh ke Gebeng.Atau juga, tiada tertulis dalam buku teks mengatakan Dungun ada keretapi suatu ketika dahulu.

Setelah tiga tahun di Dungun, baru aku tahu adanya keretapi mengangkut barang dari Gebeng ke Kerteh.Setelah tiga tahun juga baru aku mengetahui secara agak mendalam kewujudan dan kesan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kalau kau seorang ahli sejarah atau sekadar orang kampung yang minat sejarah, apabila ke Dungun kau harus melawat ke replika keretapi di Sura Gate yang terletak dipersimpangan menuju Kuala Dungun. Keretapi tersebut melambangkan kemajuan yang dikecapi Dungun pada era 30-an hingga 50-an.





Terdapat satu cerita pada bahagian bawah replika tersebut. Tapi, memandangkan henpon keluaran Yahudi yang aku gunakan adalah dari jenis yang murah, hanya perenggan pertama dapat ditafsirkan.
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr Kuhara datang ke Hulu Dungun pada 1918. hasil daripada kajian tersebut, wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan itu. Ini telah mendorong Syarikat KuharaMining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong secara tidak rasmi pada tahun 1922. Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease" kepada Syarikat ini.


Sebenarnya, replika tersebut terletak di sebuah taman awam yang diberi nama Taman Mini Sura Gate. Boleh juga lepak-lepak di situ. Pada waktu malam, akan ada gerai-gerai peserta Amanah Iktiar Malaysia berhadapan taman tersebut. Makanan kat situ agak sedap pada harga berpatutan, dan suasana di situ juga agak meriah.



p/s: Kalau ada anak jati Terengganu yang ingin membetulkan atau menambah fakta di atas, boleh saja ditulis di ruangan komen.

p/s/s: Kalau kau nak tahu lebih lagi pasal keretapi di Terengganu, kau boleh pergi ke sini. Tulisan oleh En. Awang dari daerahdungun.blogspot.com