Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Pulau Pinang 8: Episod Akhir

Biasanya kalau drama bersiri ada 13 episod. Akan tetapi, kerana ini bukan drama bersiri, ia hanya 8 siri episod sahaja. Juga, inikan blog aku, suka hati akulah nak buat berapa episod pun. Hahahahahahaha

Hari terakhir di bumi Francis Light si penipu. Hajat ingin menaiki feri, akan tetapi memandang agak lewat bertolak, hajat itu dibatalkan sahaja.

Seperti perjalanan pergi, melalui Kulim - Baling, pemandangan sangat menarik.


Jalan terus tanpa henti. Berhenti di Titiwangsa. Berehat. Qada' Hajat. Menikmati pemandangan puncak yang menakjubkan. Menikmati suasana yang nyaman pada jam 1.00 petang.




Usai makan, jalan terus lagi ke Bukit Bunga. Isi petrol juga membeli-belah. Melihat suasana di Bukit Bunga, ada iras Air Hitam di Johor.





Demam Angry Bird sekarang ni. Selipar Angry Bird pun ada. Tak lama lagi ada agaknya spender Angry Bird. Argh! Biarkan sahaja burung itu marahkan babi. Perjalanan kami masih jauh lagi.

Destinasi seterusnya di Masjid Pekan Jabi. Jamak akhir + qasar. Zohor + Asar.




Tiba di Setiu lebih kurang jam 6. Perjalanan aku diteruskan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Dungun. Aku sampai Dungun kurrang lebih jam 10 malam. Aku tersepa.

Tamat memori Pulau Pinang 2011. Aku tak tahu bila lagi aku akan ke sana. Harapnya aku akan kembali lagi ke sana. Tak puas lagi pusing Penang!

Sunday, March 08, 2009

Dungun Barang Mahal Macam...

Hari tu, aku buat ujian untuk pelajar aku, budak-budak Diploma Automotif, subjek Kaji Daya Bahan 1. Dan, seperti biasa, skil meniru cap kambing gurun masih lagi menjadi amalan.

Ujian selama 90 minit, tanpa rehat. Aku bosan. Sempat juga aku menyapu bahagian belakang kelas dan membaiki meja-meja yang hampir jahanam. Tiba-tiba aku ternampak satu tulisan vandalisme,



Aku tersenyum. Ternyata tulisan itu menarik perhatian aku berbanding tulisan berikut,
"Awek cun 017-xxxxxxx"
"SKM The Best"
"W = F x S"
"kos 0 = 1"
"Motor rempit. Paling laju. TAA 4xx4"
"Piee selamba kodok"

Barangkali pasti kau berteka teki kenapa di biarkan ayat tersebut tidak bersambung "Dungun Barang Mahal Macam...". Jadi telahan aku.
1. Beliau ter'kantoi' dengan pensyarah beliau. Lalu beliau diarahkan berdiri di hadapan kelas, dengan memakai helmet dan menjulang marker sehingga kelas tamat.
2. Sedang menulis, seorang gadis rupawan melintas. Beliau terpesona lalu terus mengurat gadis tersebut.
3. Beliau memang mahu orang yang membaca tulisan tersebut berteka-teki.

Barangkali juga itu merupakan luahan hati pelajar tersebut yang tersepit antara kemahuan belajar dengan kos sara hidup yang agak tinggi di Dungun. Barangkali lagi, beliau mewakili juga keluh kesah golongan marhaen di Dungun. Aku akui juga, aku turut terkesan dengan harga barangan di Dungun. Seorang akak dari utara yang baru berpindah ke tempat kerja aku pernah berkata "Fuh! Harga barang kat Dungun nih sekali ganda dari kat Penang nun!"

Jadi, sila sambung tajuk di atas. Atau boleh saja kau kemukakan teori kebarangkali kau tentang mengapa pelajar itu menulis seperti itu...