Showing posts with label perkaya. Show all posts
Showing posts with label perkaya. Show all posts

Thursday, June 06, 2013

PERKAYA Inn, Marang

PERKAYA, singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (aku tak berapa pasti, mungkin la kot)

Dinaungi oleh sekumpulan ahli politik dan usahawan tempatan, PERKAYA juga mendapat tajaan dari MAIDAM.

Akan tetapi, atas inisiatif sendiri, PERKAYA juga membina semacam rumah inap yang disewa kepada orang luar. Rumah inap ini diberi nama PERKAYA Inn. Dengan hanya sewa sebanyak RM50 semalam, ia sangat berbaloi!

Pintu masuk. Ambil gambar malam. APTB!

Biliknya memang luas. Kalau setakat 10 orang dewasa memang selesa. Bilik dilengkapi 1 katil queen, 1 katil bujang, satu set meja makan, satu almari, satu meja solek, satu televisyen, satu rak televisyen, penyaman udara, cerek elektrik dan peti ais. Juga, dilengkapi satu bilik mandi dan satu tandas.






 Juga, disediakan juga kopi segera untuk dua orang. Sama standard macam hotel! Tapi, kalau kau duduk 10 orang, lapan orang lagi kena minum kopi kat luar. Hahahahaha

Ada lapan bilik kesemuanya di sini. Selain penginapan bilik, ada juga disediakan penginapan dorm. Ada dua dorm yang boleh memuatkan 20 orang pada setiap dorm.

Selain bilik dan dorm, masih dalam kawasan yang sama, ada semacam mini dewan. Dalam satu bangunan dengan mini dewan itu terdapat juga mini dewan makan. Jadi, kalau nak buat aktiviti macam kem motivasi atau sebagainya untuk 40 orang lebih, boleh saja di buat di sini.

Semua yang di atas, aku cerita yang bagus. Tapi ada yang tak bagus. Yang tak bagusnya, PERKAYA Inn ni terletak dalam kawasan PERKAYA. Jadi, kau tak boleh keluar masuk antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Sebab masa tu pintu pagar berkunci. Tapi, jika kebetulan pakcik yang jaga pintu pagar tu masih berjaga, atau terjaga, atau kau kejutkan dia, boleh saja kau keluar jam 2 pagi.

Ok, suka tak dengan tempat ni? Kalau suka, dengan bersegera hubungi nombor di bawah.



Sunday, May 19, 2013

Kursus Blog Bersama Anak PERKAYA

Ahhh...lama tak menulis. Ada beberapa projek diusahakan. Antaranya projek http://babyneeds.my/. Walaupun buta IT, namun, berjaya juga aku siapkan shopping cart tu! Hahahaha

Juga ada beberapa teknologi sedang aku tekuni. Antaranya hal berkaitan FB Ads. Jika aku rajin dan berkesempatan, akan aku kongsikan di sini. Owh ya, banyak ujikaji FB Ads aku diaplikasikan di  https://www.facebook.com/BabyNeedsShop

Tapi, entah mengapa aku bersemangat untuk menulis kembali setelah memberi kursus membuat blog untuk penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PERKAYA) Marang Terengganu. Sebetulnya, aku bukanlah otai dalam bidang ini. Tahu sikit-sikit je. Standard orang kampung.

Memandangkan aku calon bidan terjun untuk kursus membuat blog itu, tidak banyak persediaan yang dapat dilakukan. Nota pun takde. Semua stok dalam otak aku.

Bagi kursus ini, aku menggunakan platform Blogger/Blogspot. Pada asalnya, selain belajar buat blog menggunakan Blogger/Blogspot, aku nak juga ajar budak-budak tingkatan empat tu Nuffnag, ChurpChurp dan Says.my.

Tapi, jujur, aku sangat terkejut dengan perubahan teknologi. Dalam kepala aku, teknologi blogging masih pada tahap dua tahun lepas. Aku agak terkejut bila explore dan study untuk persedian kursus ini.

Antaranya perubahan tersebut
1- Blogger/Blogspot hanya menerima akaun Gmail sahaja. 
2- Bila daftar Gmail, kena masukkan no telefon. Kemudian, verification code akan dihantar ke telefon dan kena verify supaya Gmail kita boleh guna. Barangkali Gmail cuba memastikan pemunya emel adalah manusia, bukan robot. Juga, setelah aku bertanya En. Google, setiap satu no telefon, boleh verify 15-20 Gmail.
3- Says.my dah takde income ke? Dah macam laman sosial aku tengok. Takde dah rasanya satu klik 20sen. Haiyh!
4- Nuffnag layout baru. Dan tetiba ada RM64 dalam Nuffnag aku. Terus aku klik "Cash Out"! Hahahaha
5- Churp Churp tetap cool. Masih ada lagi satu klik 20sen. Layoutnya pun berubah, tapi aku masih boleh faham lagi.

Akan tetapi, dalam banyak keadaan, apa yang dirancang tidak semestinya terjadi. Begitu juga dengan kursus blog ini. Ada beberapa masalah yang timbul semasa kursus blog ini berjalan.
1- Banyak blog yang budak-budak buat di"unpublished" kerana disyaki blog spam. Aku pula mensyaki perkara tersebut terjadi kerana aktiviti membuat blog yang banyak pada IP yang hampir sama menyebabkan Blogspot curiga.
2- Ada budak-budak yang buat sehigga empat blog, tapi semua di "Unpublished". Kasihan. Ini menyebabkan moral dan semangat mereka untuk belajar jatuh mendadak.

Akan tetapi, 35 pelajar, berjaya juga 14 orang menyiapkan satu blog dengan satu entry.  Hebat!
http://sekarangkinidanselaman.blogspot.com/
http://hatikui.blogspot.com/
http://ieyfarid95.blogspot.com/
http://harishamizan.blogspot.com/
http://gopaaa.blogspot.com/
http://nuyueammyrah.blogspot.com/
http://amirklate.blogspot.com/
http://aniqkaye.blogspot.com/
http://yaallahbantulahaku.blogspot.com/
http://jambubo.blogspot.com/
http://niezalimanperkayahostel.blogspot.com/
http://syazwanq.blogspot.com/
http://telukmenare.blogspot.com/
http://hensem-dilarang-masuk.blogspot.com/ <<< Ini aku punya!

Semoga, blog di atas berjaya dikemaskini secara berkala!