Showing posts with label LPT. Show all posts
Showing posts with label LPT. Show all posts

Wednesday, December 27, 2017

RnR Perasing Ada Hantu?

Orang kata, RnR Perasing ini tak ramai orang, sunyi.
Orang kata, RnR Perasing ini jauh dari jalan besar.
Orang kata, RnR Perasing ini berhantu.
Orang kata, RnR Perasing makanan dan minumannya tak sedap.
====

Jangan dengar sangat apa orang kata.

Aku kata RnR Perasing ini tenang, tak ramai orang, tak serabut. Aku dengan tenang boleh solat dan kencing.

Aku kata RnR Perasing bukan jauh sangat dari jalan besar. Aku naik kereta, bukan jalan kaki.

Aku kata RnR Perasing tak berhantu. Yang hantu tu kau. Banyak setan dalam badan.

Aku kata RnR Perasing ini ada satu kedai yang sedap bancuhan air nescafenya. Rasa macam lori nescafe. Pekat. Tak kedekut susu dan nescafe.

Lepas ini kau harus berhenti di RnR Perasing, singgah di gerai A9 dan nikmati segelas nescafe yang sedap ya ampun.


Saturday, May 12, 2012

Ayam kampung masuk bandar.

Dulu, 5-6 tahun lepas, di Dungun sangat banyak kambing dan lembu berkeliaran. Bukan hanya berkeliaran di kebun-kebun dan ladang-ladang, malah mereka boleh berkeliaran ke taman-taman perumahan, tong sampah besar, jalan raya dan tidak ketinggalan pusat bandar. Pada aku, melihat keaadaan pada masa itu amat merimaskan. Ini kerana, kerapkali aku terpaksa membrek Iswara aku dengan kuat dan menginjak-injak pedal brek beberapa kali (ABS manual) untuk mengelakkan diri dari melanggar lembu yang tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahahaha

Itu kisah lembu. Kambing pula pernah beberapa kali naik atas bumbung Iswara aku dan melompat-lompat di atasnya. Argh! Tapi takpe, aku sabar je la. Kambing tu tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahah

Tapi, atas inisiatif transformasi kerajaan Majlis Daerah Dungn (MPD) ketika itu, jumlah kambing, lembu dan haiwan jinak yang berkeliaran semakin berkurangan. MPD telah menangkap haiwan jinak yang berkeliaran ini dan membuat lelongan awan terhadap haiwan terbabit. Jadi, bila MPD buat macam itu, pemilik-pemilik haiwan berkeliaran ini mula pergi sekolah dan menambat haiwan mereka di tempat sepatutnya. Hahahahah

Ini pula kisah ayam. Tempoh hari dalam perjalan pulang ke Pulau Rusa, aku terjumpa seekor ayam jantan sedang menggoda ayam betina, di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong-Bukit Khor- Lebuhraya LPT. Sangat romantis kelihatannya. Juga, aku kagum bagaimana ayam-ayam itu boleh berjaya melintas di jalan yang sesak tanpa kecederaan. Ayam punya usaha, Allah punya kuasa!