Showing posts with label jalan yahya ahmad. Show all posts
Showing posts with label jalan yahya ahmad. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Akhirnya, Jalan Itu Akan Siap Juga

Dulu, aku pernah menulis mengenai status Jalan Yahya Ahmad di Sura Gate yang tak siap-siap. Kalau kau tak pernah baca, mohon baca dulu DI SINI. Tulisan itu biasa-biasa (sila baca bese-bese dengan nada gedik) sahaja. Namun, sedikit sebanyak ia memberi impak.

Lama sebetulnya aku tidak membuka satu emel rahsia aku. Tapi, tempoh hari, tergerak hati untuk membuka emel rahsia tersebut. Lalu, ditemukan emel ini. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)




Ada seorang hamba Allah yang prihatin telah melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai hal jalan yang tidak siap itu. Menariknya, beliau memberi link post aku yang lepas kepada JKR. Lalu, JKR membalas aduan tersebut dan memberikan salinannya kepada emel rahsia aku tadi.

Kes di atas boleh dikatakan hampir selesai kerana jalan tersebut hampir siap. Tahniah kepada yang terlibat, walaupun bertahun lamanya orang Dungun menanti. Agaknya, kalau makian itu adalah dalam bentuk nyata, barangkali sudah sebesar Bukit Bauk makian itu. Hohohoho.







Friday, January 10, 2014

Jika Sayangi Dungun, Sila Bayar Parkir

Beberapa bulan selepas PRU13 yang lalu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) terus melaksanakan sistem parkir berbayar. Tidak tahu sebab apa. Barangkali kerana penghasilan MPD yang kurang berbanding ongkos yang perlu dikeluarkan. Barangkali untuk membiayai Jalan Yahya Ahmad yang tak siap-siap. Atau barangkali  kecewa kerana Pas menang bersih di Bandar Dungun. Hohohohoho



Menariknya, parking berbayar ini tidaklah menyeluruh di seluruh tempat. Aku perasan ia kedapatan di Pak Sabah (kawasan bank), Sura Gate (Mydin, Kamdar), di pasar buah dan Tabung Haji.

Tapi, agak hairan kerana tiada sistem parkir berbayar di Kuala Dungun dan sekitar pasar. Barangkali kawasan itu tidak dianggap sebagai bandar Dungun.



Caj parkir minimum 30sen untuk maksimum 30minit. Ini bermaksud kalau kau nak parkir selama 2 minit sahaja, kau perlu juga membayar 30sen. Caj seterusnya adalah 10 sen bagi 10 minit.

Aku rasa ramai waga Dungun tidak gemar dengan perlaksanan parkir berbayar ini, termasuklah aku. Tapi, pada masa yang sama, aku suka memasukkan duit ke dalam alat ajaib berwarna biru bertiang kuning itu. Ia menjadi tabiat. Sama macam tabiat sesetengah orang yang suka membuang sampah keluar dari kenderaan!