Showing posts with label kapal. Show all posts
Showing posts with label kapal. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Nasi Goreng Sepuluh Suap 4

Lama dahulu, aku ada menulis cerita hantu puaka bersiri mengenai "Nasi Goreng Sepuluh Suap". Kau boleh tengok kisah "Nasi Goreng Sepuluh Suap" menerusi link di bawah

Siri 1
Siri 2
Siri 3

Kiranya sudah 2 tahun aku tidak mengunjungi kedai kapal itu. Aku pergi di sana pun kerana Pn. Nurul sangat teruja dan beria-ia ingin menikmati hidangan di atas kapal. Aku pula, agak keberatan; pengalaman lalu tidak menyenangkan.

Kedai kapal tersebut aku perhatikan semakin lengang dari hari ke hari. Tapi, yang menariknya ia tetap terus bertahan. Barangkali ia sudah menjadi produk pelancongan di Dungun. Barangkali.


Sekonyong-konyong tiba, tauke kedai menyabut kami dengan mesra. Beliau menyangka kami tetamu VIP yang membuat tempahan di "bilik nakhoda". Tetapi, sangkaan beliau meleset. Kami hanya orang kampung sahaja yang teringin akan di atas kapal.

Seperti biasa, servis agak lambat, walaupun orang memang boleh dikatakan tiada. Hanya untuk mengambil order sahaja, kami terpaksa tinggu lebih dari lima minit.



Yang hairannya, si tauke langsung tidak mengambil order dan seolah tidak mempedulikan kami setelah mengetahui kami bukan tetamu vip. Dan seperti biasa juga, order yang dipesan agak lambat, walaupun hanya teh o ais limau, nescafe dan kentang goreng.

Rasa air agak best, cuma kentang goreng agak mengecewakan. Rasanya kalau aku goreng sendiri lagi sedap kot. Hahahahahah


Harga keseluruhan RM6.70. Erm..agak mahal aku rasa. Aku tak tahu bila lagi aku akan ke kedai itu lagi. Barangkali dua tahun lagi! Hahahahaha

Monday, October 19, 2009

Tenggelamkan Kapal Itu: Siri 2

Semester lepas, aku ada menganjurkan satu tugasan untuk meneggelamkan kapal. Oleh kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan, aku menganjurkan lagi untuk semester ini untuk subjek Mekanik Bendalir.

Jangan kau sangka aku saja-saja suruh budak-budak aku buat kapal dan kemudian tenggelamkan ia. Aku mahu mereka mengaplikasikan teori Pakcik Archimides mengenai konsep keapungan. Dan juga, aku kasihan melihat budak-budak aku yang sering saja ternganga mulutnya atau terkebil-kebil matanya atau menggaru-garu kepala tatkala aku mengajar. Dan buat pertama kalinya aku melihat mereka bersuka ria tatkala melakukan tugasan.

Objektif tugasan masih sama. Kapal perlu tenggalam tatkala beban 250 N di letakkan ke atas kapal.

Jujur, kapal buatan mereka lebih baik berbanding kapal-kapal yang lepas.