Pages

Saturday, November 15, 2008

Nasi Goreng Sepuluh Suap

Ada satu kedai makan baru di buka di jalan pantai Dungun. Cukup menarik kedai tu. Rekebentuknya macam kapal, dan seolah-olah ingin segera berlayar.

Memang nampak gah kedai itu dari luar. Dan namanya juga melambangkan betapa gahnya kedai makan tersebut.

Aku bersama teman serumah aku, Abdullah pergi ke kedai makan ni minggu lepas, selepas empat hari kedai itu dibuka. Orang memang ramai. Semasa mencari tempat duduk yang sesuai, sempat juga kami mengendap bahagian dapur dan waitress

Juga, sempat juga aku meninjau di atas kapal itu. Wah!!! Rupa-rupanya ada tempat makan dibahagian atas (kagum ya amat nih!!!)

Lalu, seorang waitress yang cun tetapi sangat kelat wajahnya mengambil order. Aku pun memesan nasi goreng paprik serta nescafe panas. Manakala Abdullah memesan sesuatu yang aku tak ingat apakah ia.

Memandangkan kami duduk hampir dengan dapur, kami dapat melihat kekalutan yang amat sangat!!! Big boss tak habis-habis memarahi anak buahnya. Dan sesekali anak-anak buahnya merungut.

Setelah beberapa lama, makanan dan minuman yang dipesan masih lagi belum sampai. Dan disedari juga beberapa pelanggan pergi begitu saja dengan perut yang lapar dan hati yang panas. Oleh itu, terdapatlah beberapa makanan yang sudah siap, tetapi pemesannya sudah meninggalkan kedai. Lalu, kami memohon untuk diberikan saja makanan itu. Lalu, aku dapatlah sepinggan "NASI GORENG SEPULUH SUAP". Untuk saiz badan seperti aku ini, amatlah tidak memadai dengan sepuluh suap nasi goreng.

Manakala Abdullah mendapat "NASI GORENG SEPULUH SUAP BESERTA KEPAK AYAM BERBULU". Dan Abdullah makan dengan begitu berselera sekali.

Setelah kami selesai makan, nescafe panas aku pun sampai. Malangnya tidak disediakan sudu untuk melarutkan necsafe, susu dan air. Lalu, aku mencelupkan garfu yang aku gunakan untuk makan kedalam gelas nescafe panasku. Lalu terhasillah menu "NESCAFE PANAS BERSUDU GARFU". Sungguh unik bukan. Sepanjang 27 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku bertemu dengan menu seperti itu. Harga makanan dan minuman kami berdua ialah RM12.50

Owh! Sungguh indah pengalaman aku di kedai makan cap kapal yang baru itu.

p/s: Difahamkan servis kedai makan itu telah bertambah baik sekarang
p/s/s: Difahamkan juga, pemilik adalah seorang Datuk yang berasal dari Kelantan, dan isteri beliau, Kak Ina berasal dari Muar, Johor.

10 comments:

en_me said...

kena tukar tajuk - "nasi goreng sepuluh sudu".. ekeke

PIKIRSENDIRILAH said...

kang toke keda tu samang kang baru tauuu..

PIKIRSENDIRILAH said...

keda baru bukak la bang..keda pung dok siap lagi..asalnye memang nokwak keda tapi saloh upoh tukang kapal..jadi kapal a...

roshaizul said...

en_me,
sudu ngan suap lain ke?

zul,
samang pong samang ah. huhuhuhuhuh
aku cuma v komeng jah, kalau toke pikir positif, bagus ah

adanz said...

memang x dinafikan makan di tganu agak mahal kalu nak banding ngan tempat2 lain.... tp takpa... ang or kaya x kesah sgt lor.... huhuhu

roshaizul said...

jadahnya aku kaya. gaji aku lebih kurang gaji ko jer. huhuhuh

mazudi said...

bagus jugak kau dah buat entri pasal kedai tu, bila tengok dari tepi jalan tu, terasa jugak nak singgah bawak kaum famili.

Tak jadi la.

roshaizul said...

tapi, dengar cite, dah ok skarang. en. BOBby kita kata, aritu dia order makan tak sampai 10 minit dah siap

ayie_helena said...

kt luar mmg npk gah tpi servis kureng cket...xbleh handle..cayalaa ko leh mamam spuluh suap jew..ngee...kenyang ke bang???
tettt.......

roshaizul said...

seploh suap tu kira appitizer la...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin