Showing posts with label rantau panjang. Show all posts
Showing posts with label rantau panjang. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Kalau kau ke Kelantan, tempat ini merupakan antara tempat yang patut kau pergi. Lebih-lebih lagi jika kau gemar membeli-belah.


Sebenarnya aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tanpa dirancang. Dalam perjalan pulang ke Terengganu dari Rantau Panjang, kira-kira 30 minit sebelum tiba ke Jertih, aku di dorong oleh Pn. Nurul dan Cik Suzi supaya melencong ke Wakaf Che Yeh.

Harga barang-barang di sini mahal sedikit dari Rantau Panjang. Tetapi, ada terlalu banyak gerai dan pilihan di sini! Aku hanya mampu untuk menghampiri satu per empat dari gerai yang ada di sini dalam tempoh kurang lebih 2 jam. Ada bermacam-macam ada di jual di sini. Tetapi, pada pandangan aku barangan tekstil yang mendominasi. Juga, kalau inginkan tudung bawal yang murah dan berkualiti, di sinilah tempatnya!!!


Jika kau tanya bagaimana aku dapat mencari jalan ke sana, aku memang tidak dapat memberi penerangan dengan lanjut. Aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh  ini hanya berpandukan Navigator GPS cap Garmin Nuvi 205, perbualan ringkas dengan Acik dan tawakal kepada yang Esa. Jika kau hanya ada tawakal kepada yang Esa, aku cadangkan juga kau merujuk kepada Google Maps.

Wednesday, February 17, 2010

Zero Milestone Rantau Panjang

Ini kali kedua aku ke Rantau Panjang di sempadan Kelantan sana. Tapi, kali pertama aku dapat bergambar di "zero milestone" Rantau Panjang. Bagi makluman semua, tanda perbatuan sifar itu biasanya terletak di hadapan pejabat pos. Biasanya, bukan semuanya. Tetapi, di Rantau Panjang "zero milestone" terletak di hadapan kubur Islam.

Aku ke Rantau Panjang bersama Pn. Nurul, keluarga ipar dan mak mentua aku. Jika kau tanya mereka apakan tujuan mereka ke Rantau Panjang, ini jawapannya.

1)    Nak beli toto (bukan sports toto)
2)    Nak beli periuk
3)    Nak beli beras
4)    Nak beli baju
5)    Nak jalan-jalan


Tujuan aku sedikit berbeza dari mereka. Aku memang ingin bergambar dengan tanda "zero milestone" itu. Huhuhuhuhuhu. Juga, ingin membawa Pn. Nurul bersiar-siar melihat dunia.

 
 





Nasihat aku sebagai orang luar yang ke Rantau Panjang, jangan beli banyak sangat. Sebabnya, nak masuk dan keluar dari Rantau Panjang akan ada pemeriksaan kastam. Kau boleh dikenakan cukai sebanyak 10% dari harga barangan yang kau beli. Nasihat aku lagi, ada baiknya kau membawa kereta yang bernombor plate D** **** atau membawa rakan yang amat lancar tutur loghat Kelantannya.

Saturday, March 07, 2009

Pelancong Perlu Belajar Loghat Tempatan Elak Ditipu

Begitulah tajuk salah satu berita di Harian Metro. Minggu lepas aku rasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh presiden Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu.

Pengalaman aku, perkara tersebut memang berlaku. Bukan sahaja berlaku di Terengganu, malah di negeri-negeri yang mempunyai loghat yang ketara juga berlaku keadaan demikian. Juga, perkara tersebut berlaku di kawasan tumpuan pelancong.

Pernah aku ke Rantau Panjang di Kelantan. Masa tu aku masih kurang dapat menilai kualiti kain pelikat. Lalu aku dengan yakinnya membeli sehelai kain pelikat yang berharga RM15.Aku anggap harga tersebut murah. Ternyata aku silap.Kain tersebut hanya di jual RM8 oleh Abang Pakistan yang datang menjaja di rumah mak bapak aku di Bandar Tenggara. Kalau buat installment dua bulan, harga menjadi RM10; RM5 sebulan.

Menurut Acik, harga barang di Rantau Panjang agak mahal, terutama sekali pada musim cuti sekolah. Beliau mencadangkan agar pergi sahaja ke Pasar Besar Pasir Putih atau kedai-kedai biasa di Kota Bharu.

Keadaan sama sahaja di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Adalah lebih selamat dan menjimatkan jika kau membawa sekali orang yang boleh berloghat Terengganu dengan fasih jika kau ingin membeli-belah di Pasar Payang. Ataupun, boleh sahaja kau mebeli-belah di Perhentian Bas Kuala Terengganu atau Kedai Kain Desa Murni di Pengadang Baru.

Terkadang, aku terfikir, semacam ada kasta antara pembeli tempatan dan pembeli "luar". walhal kita sama-sama berada di dalam satu negara. Barangkali tidak semua peniaga mengamalkan kasta, tetapi aku rasa bilangan yang mengamalkan kasta ini agak ramai. Jika tidak, masakan akan ada kenyataan dari presiden Kimma Terengganu itu. Masakan pokok bergoyang jika angin tiada.

Pengalaman aku membantu bapak aku menjual buah-buahan sejak berusia 10 tahun; tidak pernah sekali bapak aku pesan "kalau bukan orang Johor, engko bagi harga mahal sikit tau!". Harga buah yang kami jual sama sahaja, samada kepada orang Johor, atau kepada pelancong tempatan atau kepada pelancong asing. Amalan tersebut aku amalkan hingga kini, dalam perusahaan kerepek aku.

p/s: Iklan. Aku sedang mencari ejen jualan kerepek di sepanjang Kuantan - Kemaman - Dungun - Kuala Terengganu. Ada minat? Klik di sini. Kalau kau adalah budak asrama, amatlah digalakkan.

p/s/s: Kenangan pengalaman. Pernah pelancong Belanda terkejut melihat harga rambutan. RM 3 sekilo. Di negara beliau, harganya mencecah RM 80++; dan dianggap buah yang mewah; dan rambutan itu akan di buang saja oleh rakyat Malaysia.