Showing posts with label tabung haji. Show all posts
Showing posts with label tabung haji. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Deposit Siling

Kata pakar kewangan peribadi, kau harus menyimpan 20% dari gaji kau setiap bulan. Katakan gaji kau RM2000, jadi, kau perlu menyimpan RM400 sebulan.

Kelihatannya sangat berat, tapi, kau harus set dalam otak kau bahawa gaji kau adalah RM1600, bukan RM400. Bagi menghasilkan kesan maksimum, kau boleh buat potongan gaji automatik sebayak RM400  ke dalam Tabung Haji.

Kenapa Tabung Haji? Sebab, di Tabung Haji kau sukar nak keluar duit. Kalau nak keluar juga, kau mesti keluarkan di kaunter Tabung Haji melalui buku akaun.  Bagi kesan yang lebih dramatik, kau boleh melemparkan buku akaun Tabung Haji kau ke dalam laut. 10 tahun kemudian, barulah kau melaporkan kepada Tabung Haji mengenai "kehilangan" buku akaun kau. Aku jamin selapas 10 tahun  duit dalam akaun Tabung Haju kau paling kurang adalah RM40,000.

Tapi, yang sebenarnya menyimpan dalam Tabung Haji adalah antara cara yang boleh dilakukan bagi mencerahkan peluang menunaikan ibadah haji.

Ataupun, kalau kau rasa cara di atas agak sukar, kau boleh cuba untuk menyimpan duit siling. Simpan 50sen sehari, sebulan sudah RM15. Boleh la kan, dari takde. Siapa yang suka hati nak bagi kau RM15?

Kalau aku, aku jarang membayar dengan duit siling. Kalau harga barang RM1.10, aku akan bayar RM2. Baki 90sen aku akan masukkan ke dalam tabung. Pengalaman aku, aku sangat tidak terasa untuk korek tabung duit siling aku. Ialah, duit siling, lainlah kalau duit kertas warna merah, teringin juga rasanya nak korek tabung. Hahahahaha

Kalau tabung siling kau sudah penuh, aku cadangkan kau depositkan sahaja ke Tabung Haji. Masa tu juga deposit kau diterima dan dicatat dalam buku akaun. Kalau kau depositkan siling kau di bank, biasanya 3hari kemudian baru bank update dalam akaun kau.



Arg! Barangkali ada yang merasa amat membuang masa menabung duit siling. Tapi, percayalah kalau kau istiqamah, pasti ada hasilnya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Friday, April 10, 2009

Satu Hari Lagi Di Pejabat Pos Dungun

Aku pernah tulis mengenai pejabat pos Dungun 13 bulan nan lampau.

Tempoh hari aku pergi sekali lagi ke pejabat pos Dungun dengan tujuan untuk mengepos barang yang ditempah pelanggan dari blog aku yang lain. Ramai juga pelanggan pada masa aku tiba.



Aku mengambil nombor, pergh! Lagi 60 orang!!! Aku beredar untuk menyelesaikan urusan aku yang lain. Pergi beli minyak hitam. Pergi RHB ambil duit. Pergi Bank Islam bayar kad kredit. Pergi Tabung Haji keluar duit. Pergi Sura Gate ngeteh seorang diri sambil menjeling-jeling kepada gadis-gadis yang berkeliaran. Kemudian kembali semula ke pejabat pos Dungun, sejam selepas aku mengambil nombor. Masih ada 15 lagi giliran sebelum aku.



Suasana panas di dalam pejabat pos itu, kerana penyaman udara tidak berfungsi. Seperti biasa, hanya ada dua kaunter sahaja yang dibuka, barangkali kerana kekurangan kakitangan.

Terkadang aku merasa kasihan juga dengan pekerja Pos Malaysia. Bos besar mereka sambar semua jenis perkhidmatan yang ada di Malaysia. Jual insurans, perbaharui lesen, pembayaran 8ribu juta bil, ASB, dan 100juta lagi perkhidmatan. Teruk juga kerja sebagai kerani pos. Mungkin sebab itu muka mereka kelihatan kelat.

Bagi warga Dungun yang inginkan keselesaan dan kepantasan ketika membayar bil, kau boleh saja pergi ke pejabat SATU atau BSN atau Kedai TNB. Kalau kau nak membuat urusan ASB/ASN kau boleh pergi ke RHB atau CIMB. Kalau kau nak memperbaharui insurans kenderaan motor dan cukai jalan, kau boleh pergi kemana-mana kedai ejen insurans yang bersepah di Dungun. Jika kau melakukan perkara yang aku nyatakan di atas, nescaya kau tidak akan merasa tertekan dengan kualiti perkhidmatan di pejabat pos. Juga, kau boleh mengurangkan kesesakan di pejabat pos supaya orang-orang yang hendak melakukan urusan pos yang sejati tidak memaki pejabat pos...

Thursday, February 12, 2009

Masing-Masing Masin-Masin

Kisah lama. Amat lama. Kira-kira 35 bulan yang lalu.

Pada waktu itu, aku baru di Dungun. Amat baru. Bagi memenuhi syarat-syarat lantikan kerja aku sekarang, aku dikehendaki membuat "medical check-up". Pada suatu fasa, seorang akak misi di Hospital Dungun memeriksa tekanan darah aku. Wah! Tekanan darah aku mencanak naik. Lalu beliau bertanya dengan aku beberapa soalan.

Akak Misi: Nape daroh awok tinggi ngat nih?
Aku: Tak tau la kak...
Akak Misi: Pale awok ade wase sakit dop?
Aku: Tak, segar je rasa kepala ni.
Akak Misi: Nikoh dok lagi?
Aku: Belum, bujang lagi. Duduk serumah dengan kawan-kawan satu tempat keje.
Akak Misi: Ooo...ni mesti slalu makang luor ork...
Aku: Tak jugak, makan malam biasa saya masak.
Akak Misi: (sambil menulis sesuatu) Awok makang masing-masing ni...
Aku: Makan masing-masing? Eh, tak jugak, kadang-kadang masing-masing gi makan sendiri, kadang-kadang kami pergi makan sama-masa.
Akak Misi: Bukang tu maksud saye. (sambil menyebut satu-persatu) MA-SING-MA-SING.
Aku: Huh?
Akak Misi: Bukang masing-masing yang tu, ni masing-masing, takdok huruf G blakang ye.
Aku: Owh! Masin
Akak Misi: Ho la! Masing. Awok makang masing-masing ke sampai daroh naik ni?
Aku: Err....

p/s: Darah aku ok sekarang, setelah kerap meminum teh misai kucing.
p/s/s: Kau paham tak cerita aku? Tak paham? Lantak kau la. Huhuhuhuhuh
p/s/s/s: Aku menulis kisah ini setelah terserempak dengan akak misi itu di Tabung Haji Dungun