Showing posts with label teluk gadung. Show all posts

Thursday, July 08, 2010
Senaman Kucing
Ada suatu ketika, sedang berdating dengan Pn. Nurul, di Pantai Teluk Gadung, kelihatan seekor kucing sedang membuat senaman. Barangkali. Ataupun beliau berusaha mencari makanan di tong sampah itu. Kasihan...
Saturday, April 03, 2010
Kerepek Bayam Goreng Celup Tepung
Kalau kau rasa sayur bayam tidak enak atau kau terasa diri kau seperti kambing tatkala memakan bayam, aku cadangkan kau mencuba kerepek bayam goreng celup tepung. Memang enak rasanya. Kalau kau orang Dungun, kau boleh dapatkan bayam yang enak itu di Pantai Teluk Gadong. Sangat mencengkam rasanya!
Monday, February 01, 2010
Pantai Teluk Gadung
Kalau kau ke Dungun, ada baiknya kau ke pantai Teluk Gadung. Pantai ini terletak betul-betul di hadapan UiTM Dungun. Menariknya pantai ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Dungun.
Kalau kau hendak berkelah, terdapat banyak wakaf disediakan.
Kalau kau hendak mengubati jiwa yang lara, terdapat bangku-bangku di tepian pantai untuk kau termenung.
Kalau kau hendak makan, terdapat beberapa unit kedai makan.
Kalau kau sekadar ingin menguyah sesuatu, terdapat banyak gerai yang menjual kudapan dan minuman.
Kalau kau hendak berjoging, kau boleh melakukannya di tepian pantai.
Kalau kau rasa terkucil, terdapat tandas disediakan.
Kalau kau membawa anak kau bermain "playground", kau juga boleh ke Teluk Gadung ini.
Kalau kau mengantuk, kau boleh menyewa di Hotel UiTM.
Kalau kau hendak memancing, boleh saja kau memancing ikan laut dan ikan air tawar, kerana terdapat semacam lagoon di Teluk Gadung ini.
Kalau kau pelajar Diploma Automotif Politeknik Dungun, kau boleh mencari bakal isteri kau yang bakal mempunyai kelulusan akaun, bisnes atau hospitaliti di Teluk Gadung.
...dan sekian banyak lagi tarikan di Teluk Gadung ini. Malas nak cerita panjang, kau tengok sahaja gambar-gambar Teluk Gadung di bawah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)