Kalau kau hendak berkelah, terdapat banyak wakaf disediakan.
Kalau kau hendak mengubati jiwa yang lara, terdapat bangku-bangku di tepian pantai untuk kau termenung.
Kalau kau hendak makan, terdapat beberapa unit kedai makan.
Kalau kau sekadar ingin menguyah sesuatu, terdapat banyak gerai yang menjual kudapan dan minuman.
Kalau kau hendak berjoging, kau boleh melakukannya di tepian pantai.
Kalau kau rasa terkucil, terdapat tandas disediakan.
Kalau kau membawa anak kau bermain "playground", kau juga boleh ke Teluk Gadung ini.
Kalau kau mengantuk, kau boleh menyewa di Hotel UiTM.
Kalau kau hendak memancing, boleh saja kau memancing ikan laut dan ikan air tawar, kerana terdapat semacam lagoon di Teluk Gadung ini.
Kalau kau pelajar Diploma Automotif Politeknik Dungun, kau boleh mencari bakal isteri kau yang bakal mempunyai kelulusan akaun, bisnes atau hospitaliti di Teluk Gadung.
...dan sekian banyak lagi tarikan di Teluk Gadung ini. Malas nak cerita panjang, kau tengok sahaja gambar-gambar Teluk Gadung di bawah ini.
1 comment:
dungun..lme dah xdatang cni...salam cik,saye ex SAD 05-06 S1,kepala seksyen.kem salam kat sume lec auto..
Post a Comment