Showing posts with label batu enam. Show all posts
Showing posts with label batu enam. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Desa Murni Batik Kini Di Dungun

Desa Murni, satu nama yang tak asing lagi dalam industri pembuatan batik di Malaysia, lebih spesifik di Terengganu. Boleh dikatakan semua wanita seawal usia baligh mengenali Desa Murni. Bermula di Kampung Pulau Rusa, Desa Murni kini berkembang dengan sekian banyak cawangan di Kuala Berang, Pengadang Baru, Gong Kapas, Batu Enam dan yang terbaru di Dungun. Itu belum lagi dikira cawangannya di luar Terengganu seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Desa Murni terkenal dengan pembuatan batik digital. Apa itu batik digital? Ia semacam printer yang besar. Khas untuk print kain batik. Tapi, dengan corak yang eksklusif dan pereka batik yang ramai, Desa Murni mampu menghasilkan batik pada skala besar.

Aku kerap menemani Puan Nurul ke Desa Murni. Samada di Pengadang Baru atau Batu Enam. Dan, pernah juga aku membeli kemeja batik yang murah di Desa Murni. Kenapa aku beli batik murah? Satu, kerana aku bukan orang kaya. Dua, badan aku gatal-gatal kalau pakai batik mahal yang licin kainnya itu. Namun, yang satu "overshadow" yang dua. Hahahaha

Semalam, aku sempat ke Desa Murni Dungun yang baru di buka 2 minggu lepas. Semalam baru aku ada kesempatan walaupun kerap di ajak oleh Puan Nurul. Pada hari pembukaannya dua minggu lepas, ada dijual beberapa barang dengan harga 5 sen!






Desa Murni ini umumnya terbahagi kepada dua kedai berasingan. Kedai pertama khusus menjual produk batik dari kilang Desa Murni. Manakala kedai kedua lebih rencam. Ada dijual bantal, kain ela, tudung singa, karpet, tikar dan pakaian siap. Turut dijual basikal kahwin dua dan kahwin tiga.






Dan, seperti mana Desa Murni yang lainnya, 95% pelanggan adalah wanita. 5% bakinya adalah terdiri dari budak lelaki bawah umur atau lelaki dewasa yang muka kelihatan bosan. Hohohoho.

Apa-apa pun, aku sempat sambar sehelai lagi baju batik murah di Desa Murni Dungun.



Tuesday, November 20, 2012

Klinik 1Malaysia Batu 6

Lagi inisiatif dari DS Najib. Tapi, seperti post terdahulu, belum pasti ya aku undi BN. Hahahahahaha



Juga, seperti post terdahulu, jangan kau skeptikal terhadap Klinik 1Malaysia. Kau kau di Dungun, dan malas hendak menunggu untuk di rawat di Hospital Dungun, aku cadangkan ke klinik ini. Klinik ini terletak di Taman Cina Batu 6 Dungun.



Tapi, pada hemat aku, struktur pentadbiran di klinik 1Malaysia hampir menyamai klinik kesihatan kerajaan yang biasa. Tiada doktor di sini. Kau hanya akan dirawat oleh pembantu perubatan. Kau juga perlu tahu, bahawa pembantu perubatan hanya akan memberi kau ubatan yang asas, tanpa antibiotik.



Setakat deman pening sikit-sikit, aku cadangkan kau ke sini sahaja. Orang tak ramai di sini. Tak perlu menunggu lama.



Biasanya, di Dungun, kalau jam 5petang - 8malam, kebanyakan klinik swasta sudah tutup/berehat. Memandangkan klinik 1Malaysia dibuka 10pagi-10malam, makanya kau boleh mendapat rawatan segera pada waktu petang.



Sekali lagi diingatkan bahawa, buang skeptikal kau tu dalam longkang. Servis di klinik 1Malaysia ini agak cemerlang. Senyum memanjang je pembantu perubatan, nurse dan pakcik yang jaga kaunter tu. Terbaik dari kebun!





Friday, May 04, 2012

Nasi Kerabu Mok Teh

Kalau kau dari Batu 6 menuju ke Gong Badak di Kuala Terengganu, pasti kaua akan perasan warung ini. Warung ini terletak berhampiran persimpangan Sekolah Menengah Teknik. Warung Mok Teh.




Aku tergerak untuk pergi kedai ini kerana
1- Bila lalu kat sini pagi-pagi, kedai ni macam penuh orang
2- Asap ayam bakar dia menusuk hidung
3- Perkataan nasi kerabu dia besar. Sangat "attactive"
4- Pn. Nurul ada mak saudara yang bernama Mok Teh. Tapi, kedai itu bukan milik Mok Tek Pn. Nurul
5- Dengar khabar angin yang mengatakan nasi kerabu kedai itu sangat sedap, sehingga menjilat ibu jari orang sebelah.



Jumaat lepas, bangun pagi, bersiap dan aku terus ke kedai itu bersama mak mertua aku bersama dua orang anak beliau. Seorang sudah berkahwin, seorang lagi masih bujang. Yang bujang itu aku tidak pasti sudah berpunya atau belum. Tapi, kau boleh menghantar resume kepada aku jika hendak berkenalan dengan beliau. Hahahahaha.




Kami memesan empat pinggan nasi kerabu.


Rasanya? Boleh tahan la juga. Tapi, aku pernah makan nasi kerabu lagi sedap dari ini. tapi, dia punya apam  memang terbaik dari dapur!


Jadi, kalau ke Kuala Terangganu area Gong Badak-Batu Enam, boleh cuba makan di kedai ini. Boleh tahan, tidak mengecewakan. :-)

Sunday, May 01, 2011

Bila Najib Datang...

Bila Najib datang
Jalan jadi rata, tiada lagi lubang
Batu dijalan hadis dibuang
Sampah bersepah juga tidak terlepas pandang

Bila Najib datang
Bendera parti kerajaan dipacak berkibar
Pengerusi JKKK berkobar-kobar
Menyambut pemimpin yang cakapnya berdegar-degar

Bila Najib datang
Orang Umno kata Najib pemimpin penyayang
Orang Pas kata pilihanraya bakal menjelang
Aku kata, lantaklah korang

Bila Najib datang
Orang Kemas menyinsing lengan
Orang kampung macam tak menang tangan
Orang politik pasang angan-angan

Bila Najib datang
Yang baik harus dinampakkan
Yang buruk harus disorokkan
Biar imej baik kampung ditonjolkan

Bila baca seloka ini
Orang akan kata aku anti-kerajaan
Walhal aku adalah orang kerajaan
Bersungguh-sungguh melaksanakan dasar kerajaan
Eh, lantaklah bukan korang yang bagi aku makan

Bila baca perenggan di atas
Orang akan kata aku orang Umno
Tapi, aku tak pernah isi borang ahli Umno
Bila orang tanya bila nak isi borang Umno
Aku akan kata no, no, no!

Bila baca seloka di atas
Pasti akan ada terasa panas
Tapi, siapa makan cili, dia yang terasa pedas
Siapa yang makan nenas, dia yang terasa lidas!
Huhuhuhuhuhu..

p/s: Seloka di atas adalah berdasarkan pemerhatian aku tatkala anak Dato' Razak (mak mertua aku kata begitu) datang melawat Manir dan Batu Enam (Kuala Trengganu). Sedikit trivia, Tun Razak pernah juga melawat Batu Enam sewaktu beliau memerintah dahulu. Juga, sepengetahuan aku, di Manir dan Batu Enam, pengaruh Pas agak kuat juga. :-)