Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Desa Murni Batik Kini Di Dungun

Desa Murni, satu nama yang tak asing lagi dalam industri pembuatan batik di Malaysia, lebih spesifik di Terengganu. Boleh dikatakan semua wanita seawal usia baligh mengenali Desa Murni. Bermula di Kampung Pulau Rusa, Desa Murni kini berkembang dengan sekian banyak cawangan di Kuala Berang, Pengadang Baru, Gong Kapas, Batu Enam dan yang terbaru di Dungun. Itu belum lagi dikira cawangannya di luar Terengganu seperti di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Desa Murni terkenal dengan pembuatan batik digital. Apa itu batik digital? Ia semacam printer yang besar. Khas untuk print kain batik. Tapi, dengan corak yang eksklusif dan pereka batik yang ramai, Desa Murni mampu menghasilkan batik pada skala besar.

Aku kerap menemani Puan Nurul ke Desa Murni. Samada di Pengadang Baru atau Batu Enam. Dan, pernah juga aku membeli kemeja batik yang murah di Desa Murni. Kenapa aku beli batik murah? Satu, kerana aku bukan orang kaya. Dua, badan aku gatal-gatal kalau pakai batik mahal yang licin kainnya itu. Namun, yang satu "overshadow" yang dua. Hahahaha

Semalam, aku sempat ke Desa Murni Dungun yang baru di buka 2 minggu lepas. Semalam baru aku ada kesempatan walaupun kerap di ajak oleh Puan Nurul. Pada hari pembukaannya dua minggu lepas, ada dijual beberapa barang dengan harga 5 sen!






Desa Murni ini umumnya terbahagi kepada dua kedai berasingan. Kedai pertama khusus menjual produk batik dari kilang Desa Murni. Manakala kedai kedua lebih rencam. Ada dijual bantal, kain ela, tudung singa, karpet, tikar dan pakaian siap. Turut dijual basikal kahwin dua dan kahwin tiga.






Dan, seperti mana Desa Murni yang lainnya, 95% pelanggan adalah wanita. 5% bakinya adalah terdiri dari budak lelaki bawah umur atau lelaki dewasa yang muka kelihatan bosan. Hohohoho.

Apa-apa pun, aku sempat sambar sehelai lagi baju batik murah di Desa Murni Dungun.



Friday, May 11, 2012

Bank Simpanan Nasional - Perbankan tanpa cawangan

Di Dungun, aku rasa sangat leceh untuk berurusan di Maybank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Kawasan di situ agak berserabut dan susah untuk memakir kenderaan. Barangkali setaraf dengan keadaan di Kuala Lumpur. Hahahahah.

Kalau Maybank, aku selesa berurusan keluar masuk duit melalui Maybank2u. Manakala, Bank Islam, oleh kerana ia bank gaji aku, jadi, duit di situ akan tinggal RM8 menjelang 26hb tiap-tiap bulan. Jadi, ia banyak transaksi keluar dan tiada transaksi masuk. Hahahahahah

BSN paling leceh, sebab aku tiada akaun BSN. Cuma, terkadang perlu menggunakannya untuk mengirim duit kepada orang tersayang. Jadi, terpaksalah aku melecehkan diri mencelah-celah di dalam kesesakan bandar Dungun. Tambah leceh bilamana BSN tiada mesin masuk duit. Jadi, urusan masuk duit hanya boleh dibuat pada waktu bank beroperasi melalui kaunter.

Aku rasa, orang-orang besar di BSN memahami dan mengetahui masalah aku itu. Bukan masalah aku sorang sahaja, barangkali masalah ratusan ribu orang yang lain. Oleh itu, BSN telah memperkenalkan satu inisiatif yang sangat inovatif "perbankan tanpa cawangan".


Melalui sistem ini, aku tak perlu melecehkan diri untuk ke BSN. Cukup sekadar pergi ke kedai yang mempunyai papan tanda ini.


Paling terbaik pada aku, ada kedai yang mempunyai papan tanda ini di hadapan Politeknik Dungun.


Jadi, dengan hanya 500 langkah dari pejabat aku, aku boleh berurusan keluar masuk duit di BSN.

Tapi, kau harus pasti kedai itu adalah ejen BSN dengan melihat sijil ini.

Paling best di "cawangan BSN" ini, hanya makcik sahaja yang mengendalikan urusan. Ternyata makcik itu seorang yang celik teknologi.


Sangat best, bila urusan keluar masuk duit di "cawangan BSN" ini tidak dikenakan sebarang caj. Juga, duit yang dimasukkan terkemaskini pada masa sebenar, on-time.


p/s: Post ini tidak ditaja oleh BSN. Hahahahaha

Monday, February 07, 2011

Aku Tidak Mahu Tinggal Di Lembah Kelang

Lama tidak mengemaskini blog. Maaf semua, aku sibuk dengan projek BabyNeedsShop.

Hari ini ada sedikit kelapangan, kerana aku sedikit jaub dari pusat operasi BabyNeedsShop. Yeah!!

Sebetulnya, aku kini berada di Kelana Jaya, ada urusan kerja rasmi. Kelihatannya Kelana Jaya sedikit lengang dari tempat-tempat lain di Lembah Kelang. Tidak tahu kenapa, kerana aku jatinya bukan dari Lembah Kelang.

Agak sinonim aku kira antara Lembah Kelang dan kesesakan jalan raya. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing, hati kuman sama dicicah. (Sila abaikan peribahasa yang terakhir). Nak pergi kerja sesak, nak balik kerja sesak, nak berfoya-foya sesak, nak balik kampung - lagilah sesak.

Jarang sekali aku menempuh kesesakan di Lembah Kelang,  kerana aku jatinya bukan dari Lembah Kelang. (Ulang ayat perenggan ketiga, kerana aku kehabisan idea). Tapi, terbaru, semalam aku menempuh perjalanan yang tidak menyenangkan dari tol Karak ke tol Gombak. Hingga aku merasakan lutut aku menjadi longgar.




Aku Tidak Mahu Tinggal Di Lembah Kelang!!!!

Friday, July 23, 2010

Masjid Shah Alam

Kalau kau pergi ke Shah Alam, tempat ini mesti kau pergi. Ia menjadi mercu tanda Shah Alam. Kalau tak silap aku, wang pembinaan Masjid Shah Alam ini adalah dari sumbangan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Memang sangat cantik masjid Shah Alam. Juga, sangat luas dan besar. Agak melelahkan juga apabila menaiki tangga untuk ke dewan solat utama.

Menarik lagi, terdapat juga pengawal keselamatan merangkap pemandu pelancong di masjid Shah Alam.


Juga, kedapatan gerai jualan di kaki lima masjid. Pelbagai barangan ada dijual. Antaranya tudung, minyak wangi, buku, kerepek dan kurma.


Tapi, bila ke sini jangan kau lupa untuk solat. Kalau fardu sudah dibuat, buat sahaja yang sunat. Tapi, pastikan ia bukan waktu haram untuk solat.

p/s: Ini post aku paling islamik.

Wednesday, July 14, 2010

Bisnes Yang Lumayan

Hujung bulan lepas, aku ke Shah Alam, menghantar anak saudara aku ke majlis perkahwinan beliau. Lalu, sempat juga aku bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.

Aku dibawa ke Jusco Taman Equin. Sebetulnya, aku tidak tahu secara tepat lokasinya. Hanya mengikuti sahaja abang ipar aku yang sudah lama berkelana di Bangi.

Pada pintu masuk Jusco Taman Equin, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi ikan. 


Sebagai orang kampung, terdetik juga dalam hati aku. "Apa kejadahnya bela ikan dalam shopping complex?" Rupa-rupanya ia adalah Fish Spa.


Murah sahaja Fish Spa ni. Hanya RM5 bagi 10 minit kau memberi ikan 'makan' kaki kau.


Sebenarnya, ikan tersebut tidaklah memakan kaki kau seperti mana ikan pirana membaham mangsanya. Ikan-ikan itu akan makan sel-sel kulit mati di kaki kau. Kiranya, kalau kaki kau busuk, banyaklah ikan akan mengerumuni kaki kau. Macam kaki aku di atas, tidak berapa busuk, itu pasal la ikan tak berapa banyak nak makan kaki aku. Hahahahaha

Bisnes Fish Spa ni memang untung. Kau hanya perlu modal ikan dan kolam. Kemudian, amat pasti ikan itu kau tak perlu bagi makan. Malahan, kau yang akan dibayar apabila sesorang memberi ikan kau makan.

Erm...ada erfikir juga ni...

Saturday, July 10, 2010

Tak Cukup Huruf "G"

Tempoh hari, tergerak hati aku bersama kawan-kawan untuk solat di Masjid Biru yang terletak di Pantai Teluk Lipat di Dungun. Tiba-tiba kelihatan sebuah tabung derma di pintu masuk tandas masjid tersebut.


Perhatikan tulisan huruf T A B O N. Berbeza sekali dengan tulisan huruf G. Barangkali ejaan asal yang ditulis adalah TABON. Tapi seseorang yang prihatin telah menambah huruf G. Barangkali penulis ejaan TABON ingin menulis dalam bahasa yang diucapkan oleh orang Kuala Lumpur

Tuesday, June 15, 2010

Tempe Untuk Cantik

Kepada awek-awek, gadis-gadis, ibu-ibu, atau puan-puan yang ingin cantik tanpa perlu berlapar perut barangkali boleh memakan tempe sebagai makanan ruji.

Owh, lama rasanya tidak bercerita mengenai tempe. Paling hampir, semasa bujang dahulu tatkala aku berompak-ompakan pada hujung minggu di Kuala Lumpur.

Juga, aku pernah bercerita mengenai tempe di blog lama aku, menggunakan platform wordpress yang percuma, lewat tahun 2006.

Kalau kau nak tahu, tempe mempunyai khasiat yang tersendiri. Lupakan saja budu, nasi dagang, keropok lekor mahupun satar. Tempe memang mempunyai pesona tersendiri!

Sunday, March 28, 2010

Hari Ahad

Aku kerja di Terengganu. Jadi, hari Ahad merupakan hari kerja bagi permulaan minggu. Sama seperti hari Isnin di Kuala Lumpur atau di Johor.

Biasanya hari Ahad aku akan mempunyai semangat untuk membuat kerja dengan gigih, barangkali sebanyak 125%. Tapi, sama seperti hari Ahad yang lainya, semangat itu boleh merudum sehingga tinggal 25% tatkala aku melihat meja kerja aku.


Kalau pen aku jatuh atas meja kerja aku itu, necsaya aku akan mengambil masa sehingga 10 minit untuk menjumpai pen aku kembali. Jadi untuk meningkatkan semangat yang hilang, aku akan bermain ULAT barang dua tiga pusingan. Huhuhuhuhu

Wednesday, September 02, 2009

Dungun Yang Sama Tarafnya Dengan Kuala Lumpur

Dungun tiada McDonald. Jika kau adalah penduduk Dungun, kau perlu memandu sejauh 40km untuk menikmati burger McDonald di Kerteh sana. Tapi, kalau kau di Kuala Lumpur, aku kira pasti tiada masalah mendapatkan McDonald.



Sinonim barangkali, McDonald dengan kaunter pandu lalunya. Dari dalam kereta kau boleh memesan burger kesukaan kau, membayar dan mengambil pesanan juga dari dalam kereta. Amat menyenangkan...



Tapi, kalau kau warga Dungun, kau sebenarnya boleh mengalami perasaan melalui kaunter pandu lalu. Bagi tujuan itu, kau boleh ke Syarikat Air Terengganu (SATU) cawangan Dungun. Dari dalam kereta, kau boleh membayar bil air kau. Amat menyenangkan...



Bil-bil lain aku tak pasti samada boleh di bayar melalui kaunter itu. Ini kerana, aku selesa membayar bil telefon bimbit aku di kedai telefon yang terpilih. Juga, bil elektrik aku telah dibayar oleh kerajaan Malaysia kerana jumlahnya tidak lebih RM20.



Aku rasa, dari segi aspek pembayaran bil melalui kaunter pandu lalu, Dungun adalah sama tarafnya dengan Kuala Lumpur...


Tuesday, April 07, 2009

Jalan Pasar, Kuala Lumpur

Selepas menikmati tempe, Jeff mengajak aku ke Jalan Pasar. Suasana di situ agak bercelaru dan membingitkan. Aku seronok ke situ, memerhati gelagat pembeli dan penjual. Macam-macam barang-barang unik yang kau boleh jumpa di situ. Ubat kuat, ikan hiasan, handphone, emas tiruan dan pelbagai lagi. Kalau kau hendak melihat Kuala Lumpur dari sudut yang lain, kau harus ke sini...











Monday, April 06, 2009

Tempe Di Kuala Lumpur

Hujung minggu yang lalu, aku ke Kuala Lumpur atas suatu urusan rahsia. Huhuhuhuh. Aku, kalau ke Kuala Lumpur, tidak gemar untuk ke KLCC atau ke SOGO atau tempat-tempat yang seumpama dengannya. Aku lebih gemar pergi ke tempat-tempat terpencil di Kuala Lumpur, memerhati gelagat manusia.

Aku di Kuala Lumpur ditemani oleh rakan aku, seorang Jawa yang mempunyai nama panggilan Jeff. Beliau membawa aku ke suatu tempat makan di Batu Caves, menikmati hidangan sarapan yang enak ala kampung.

Aku teruja bila mendapati kedai tersebut menjual tempe goreng. Aku obses juga kiranya terhadap tempe. Barangkali sama juga bagimana orang Pantai Timur obses terhadap budu atau orang Melaka obses terhadap cencaluk.

Tuesday, March 03, 2009

Iswaraku Yang Amat Kusayangi

Ini bukan kereta untuk dijual. Kereta ini tidak akan dijual di bawah harga RM100,000.

Kereta ini sangat laju.

Ia juga sangat boleh diharapkan untuk membawa tuan punya beliau berulang alik ke Johor dari Terengganu setiap bulan.

Selain itu, beliau juga pernah dibawa menjelajah Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Perak.

Namun, kereta ini tiada penyaman udara dan radio. Ini kerana pemilik beliau adalah seorang yang kedekut.

Kereta ini juga hanya dimandikan tiga bulan sekali.

Namun, beliau masih setia terhadap tuannya...

Monday, January 19, 2009

TAG Yang Kesekian Kalinya

Aku tak tahu apa masalah budak ni. Sudah 2 kali beliau mengetag aku...owh!

Tiga Perkara Tentang Orang Yang Telah TAG Kamu
1. Berasal dari Paka, Terengganu
2. Beliau menonton AJL TV3 semalam.
3. Ada 10 lagi perkara tentang beliau yang korang perlu tahu

Tiga Perkara Tentang Aku
1. Pernah membesar di Sarawak dan Kuala Lumpur.
2. Pernah menyertai acara lompat jauh semasa di sekolah
3. Kerap di kejar anjing

Filem Kegemaran
1. Sembilu (sedey cerita ini, begitu syahdu!)
2. Gerak Khas The Movie (ganas siut cerita ni)
Huhuhuhuhuhu

Saiz Pinggang
42 inci

Warna Seluar Dalam
Berwarna-warni. Jika digabungkan semua spektrum warna seluar dalam aku, maka, akan terhasil warna putih, iaitu satu warna yang tergabung semua spektrum warna. Ada paham?


Dan seperti biasa aku taknak tag sesiapa

Thursday, January 15, 2009

Kisah Kunci

Hohohoho. Tajuk post macam "Kisah Kaisara"

Demi untuk memudahkan akses ke pejabat aku, aku memutuskan untuk men"duplicate" kunci pejabat aku. Lalu aku memutuskan untuk men"duplicate" kunci di kedai foto SAKURA yang terletak berhadapan KFC Dungun. Bukan para-para SAKURA ye kawan-kawan....


Mulanya seorang akak (barangkali pekerja kedai itu) telah men"duplicate' kunci yang aku mahukan. Setelah dikenakan RM3, aku dengan semangat berkobar-kobar mencuba kunci itu. Tetapi.... CIS! Gagal!

Aku kembali ke kedai itu. Kelihatan seorang Apek (barangkali tauke kedai itu) menjaga kedai itu. "Ah! Ni taukenya. Mesti cemerlang kerja duplikasi beliau", getus hati kecilku. Aku pun menyatakan kegagalan kunci yang dibuat oleh pekerja beliau. Kemudian, beliau dengan bersahaja men"duplicate" kunci yang aku mahukan. Setelah siap beliau berkata "Hok nih mesti boleh".

Aku kembali ke pejabat dan mencuba kunci yang "mesti boleh" itu. Tetapi....CIS! Sekali lagi kegagalan ditemui. Aku kembali semula ke kedai SAKURA itu. "Tokei, tak boleh masuk la". Kemudian si Tauke pun membelek-belek kunci itu. "Oooo...ini kunci limited punya. Takpe, saya cuba bikin ha". Lalu beliau pun mula melakukan kerja beliau.

15 minit berlalu.... Tiba-tiba beliau berkata kepada aku. "Tak boleh bikin la. saya pulang duit". Aku pun mengambil kembali RM3 daripada beliau dengan seribu kekecewaan. Kebetulan semasa kejadian aku pergi dengan Acik.

Acik: Kedai ni memang tak bagus
Aku: Apa yang tak bagusnya?
Acik: Dulu...aku pernah ambil gambo kat kedai dia, punyalah tak lawa. Dia ambil gambo aku melalui pandangan atas.
Aku:Dahtu apa jadi?
Acik: Gambo jadi tak lawa la. Nampak kepala aku besar.
Aku: Kepala ko memang beso.
Acik: Hampeh. Ko nampak tak kat kedai dia tu ada katil dan gambar amoi cun.
Aku: Perasan jugak beb.
Acik: Aku rasa dia tinggal kat kedai tu juga la. Pastu gambar amoi tu mesti awek dia. Pastu awek dia tinggalkan dia.
Aku: Pastu dia keciwa dan tinggal kat kedai tu sorang-sorang.
Acik: Kesian dia...
Aku: Aku peduli apa sama dia, kunci aku ni tak siap-siap ni. Dia ingat aku takde kerja lain ke selain pergi kedai dia.
Acik: Ala..ko pergi Dayabumi je.
Aku: Kat Kuala Lumpur ke?
Acik: Mu ingat Dayabumi ada kat Kuala Lumpur je ke? Kat Dungun pun ada.
Aku: Kat mana?
Acik: Tu...

Lalu, aku pun men"duplicate" kunci di Dayabumi. RM2.50 je. Menjadi kunci yang dia buat. Sekali cucuk terus boleh masuk, lancar, tiada halangan

Tuesday, January 06, 2009

Terima Kasih BSN

Dulu, bila orang sebut Bank Simpanan Nasional mesti terbayang bank yang buruk dan terletak di ceruk-ceruk pekan kecil. Pelanggannya pula biasanya makcik dan pakcik yang buta huruf ataupun budak-budak sekolah yang nak keluarkan duit biasiswa. Oleh yang demikian ada yang mengatakan bahawa BSN adalah "Bank Orang Kampung" atau "Bank Budak Sekolah". Produk pun tak la banyak. Ada la dua tiga jenis je. Di tambah lagi kerani-kerani di kaunter yang masam mencuka wajahnya dan melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Tapi itu semua dulu....

Sekarang ini aku rasa BSN makin bertambah baik dari masa ke semasa. Gadis-gadis genit berbaju jingga begitu murah senyumannya dan mesra layanannya. Walaupun kebanyakan cawangan BSN masih terletak di kawasan yang agak pedalaman, tetapi suasananya dalamannya agak memikat. Air-cond sejuk, seat selasa. Selain itu, mudah bagi aku untuk berurusan dengan BSN kerana cawangannya banyak dan terletak di tempat-tempat yang agak startegik.

Dan lagi, produk BSN makin banyak dan sangat kompetitif berbanding bank yang lain. Contoh, yang aku gunakan sekarang kad kredit Al-Aiman. Dengan caj 15% setahun dan caj cash advance hanya RM50 bagi apa-apa nilai, ia amat berbaloi.

Tapi, yang aku sayang sangat dengan BSN sekarang (huhuhuhuhu) ni adalah perkhidmatan pelanggannya. Memang luar biasa bagus!

Akhir tahun lepas aku ada buat cash advance melalui kaunter di BSN Daerah Kota Tinggi. Kerana kegopohan aku, kad kredit BSN aku telah tertinggal di kaunter bank. Mulanya aku tak perasan. Tetapi, setengah jam kemudian, seorang akak (yang cun) telah menelefon aku mengatakan kad kredit aku tertinggal. Cis! Puaka aku rasa! Lalu akak tersebut berjanji untuk menyimpan kad kredit aku.

Kemudiannya, beberapa jam kemudian, seorang kakitangan BSN Kuala Lumpur telah menelifon aku bagi mengesahkan bahawa kad kredit aku tertinggal di bank. Aku mengiakan sahaja. Kemudian, beliau mencadangkan untuk aku mem"block" sementara kad tersebut untuk keselamatan. Memandangkan aku seorang yang kedekut, aku bertanya kepada beliau "kena caj ke ni?". Lalu beliau menjawab "Free of charge ! Nanti, bila Encik dah ambil balik kad kredit Encik, Encik boleh unblock." Dan aku bersetuju dengan cadangan beliau.

Aku mengambil kad kredit aku yang tertinggal di BSN Kota Tinggi pada awal tahun ini. Aku disambut dengan senyuman oleh akak yang menyimpan kad kredit aku. Sambil menghulurkan sampul surat bergam yang berisi kad kredit aku, beliau berseloroh kepada aku "Muda-muda lagi dah lupa...". Huhuhuhuhu

Setengah jam kemudian, BSN Kuala Lumpur telefon aku untuk unblock kad kredit aku. Dan aku setuju. Memang efisyen kerja BSN ni. Memang aku rasa dihargai sebagai pelanggan BSN...

Wednesday, November 19, 2008

Jangan Kau Tertipu: Itu Duit Palsu

Sharing is caring (fuyooo! speking london aku)

Jalan-jalan di Kuala Terengganu, aku terjumpa suatu peringatan dari MydinMall Kuala Terengganu.

JANGAN TERTIPU
WANG PALSU
CIRI-CIRI PENGENALANNYA
- NO SIRI BERMULA ...530...
-JALIR PERAK TIDAK TIMBUL
-KERTAS YANG TIDAK BERMUTU (cap ayam - ni aku tambah)
Memiliki dan menggunakan WANG PALSU adalah satu kesalahan Jenayah

Friday, August 22, 2008

Bila Pak Lah Naik LRT

Aku tengok Buletin Utama TV3 malam tadi. Pak Lah yang berjiwa rakyat itu telah mencuba untuk menaiki LRT. Barangkali itu kali pertama beliau menaiki LRT dan beliau terkejut melihat kesesakan di stesen dan dalam LRT. Dan beliau juga terkejut apabila mendengar keluh kesah pengguna LRT. Dan beliau berjanji akan memperbaiki sistem pengangkutan di ibu negara.

Barangkali juga, Pak Lah perlu turun ke seluruh negara bagi melihat sendiri sistem pengangkutan di seluruh negara. Jika di ibu negara Pak Lah merasakan bahawa sistem pengangkutan begitu teruk, di tempat yang bukan ibu negara keadaan barangkali lebih teruk!!!

Barangkali Pak Lah perlu turun ke Bandar Tenggara misalnya. Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk samada ke Kulai/Johor Bahru, atau ke Kluang, atau ke Kota Tinggi di stesen bas Bandar Tenggara. Barangkali Pak Lah boleh menulis sebuah novel sementara menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Dungun. Barangkali juga Pak Lah boleh meminta pengawal peribadi beliau membawa payung dan kerusi lipat sebagai persediaan untuk menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh mendengar rungutan pelajar Politeknik dan UiTM Dungun yang tiada kenderaan sendiri tatkala mereka perlu dengan segera ke bandar Dungun. Mereka perlu membayar RM2 sehala, dan RM4 untuk pergi dan balik. Dan barangkali lebih menjimatkan jika mereka menyewa kereta kancil selama sejam dengan bayaran RM5 dan boleh dinaiki seramai 5 orang yang mempunyai berat badan kurang 50kg. Barangkali juga bisnes kereta sewa di bandar Dungun mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Err...cuba korang kira berapa banyak "barangkali" yang aku guna dalam post ni, termasuklah "barangkali" dalam ayat ini.

p/s: Barangkali cikgu Apis17 boleh menggunakan post ini sebagai contoh penggunaan perkataan "barangkali" dalam karangan Bahasa Melayu darjah 5.

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu

Saturday, July 26, 2008

Apabila Harga Minyak Naik...

Rizam sahabat lama aku yang berada di Melaka telah menghantar satu emel yang menarik...



Barangkali ini bahana apabila harga minyak naik. Huhuhuhuhu

Barangkali juga kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur.

Dan amat pasti aku tak pernah balas emel-emel yang dikirim oleh Rizam.

Tuesday, June 24, 2008

Kekusutan Melanda Jiwa

Kisah ni dah lama. Kira-kira 2 bulan lepas. Aku kena observe budak-budak poli Dungun yang buat praktikal di Lembah Kelang kerja selama tiga hari. Sebelum ini aku memang tak pernah ke Lembah Kelang dengan berkereta. Adalah dua tiga kali aku ke Lembah Kelang dengan bas dan ronda-ronda ibukota dengan keretapi (komuter, LRT, STAR, Monorel). Mula-mula cuak juga hendak ke Lembah Kelang. Tapi, aku redah, janji kerja aku siap!!!

Sepanjang di Lembah Kelang, ada beberapa perkara menarik yang aku hendak kongsikan bersama. Mungkin pada pandangan orang Lembah Kelang perkara yang akan aku nyatakan di bawah adalah perkara biasa, tapi pada aku ianya adalah luar biasa bagus (sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan --- gaya CNI --- apa yang aku repekkan ni?)

1. Di Jalan Brunei, Pudu, aku tengok daging babi di jual di tepi jalan. Selamba. Lalu aku dapatlah melihat kaki babi yang gebu digantung bagi menarik perhatian pelanggan. Huhuhuhuhuhuh

2. Sedang aku dan rakanku berpusing-pusing di Shah Alam untuk mencari Seksyen 13, tiba-tiba aku dengar bunyi hon dari sebuah kereta bernombor pendaftaran KL yang dipandu oleh seorang kakak yang cun. Dia tanya aku. "Dik, macam mana nak pergi Seksyen 27?". Aku dengan muka yang kusut menjawab, "Tah la kak, saya pun tengok peta ni, nak cari Seksyen 13". Tapi dalam hati aku berkata "Aik? Orang KL pun tak tahu jalan KL?" Huhuhuhuh, sungguh syahdu

3. Jalan di Shah Alam banyak bulatan. Bulatan Kemajuan, Bulatan Pinggiran, dan bermacam-macam nama bulatan lagi(di kampung aku, Bandar Tenggara hanya ada satu bulatan sahaja). Bila kami sesat di bulatan-bulatan tersebut, kami akan pusing bulatan tersebut empat lima kali sambil menelifon rakan-rakan yang mahir dengan bulatan-bulatan di Shah Alam. "Hello Jul, aku kat Bulatan Kemajuan nak pergi Seksyen 13, aku nak ikut pukul berapa ni?!!!"

4.
Sykt Lekir Jati: Bangi ngan Putrajaya dekat jer
Aku: Ye ke dekat? Kalau tengok peta ni macam jauh je
Sykt Lekir Jati: Iye... memang dekat
Aku: Brapa dekat tu?
Sykt Lekir Jati: Dalam 20 minit jer..
Aku: ????

(Perbualan Telifon)
Aku: Jul, dekat tak Klang dengan Shah Alam?
Azrul: Dekat jer...
Aku: Brapa dekat?
Azrul: lebih kurang 20km jer...
Aku:???

Orang Lembah Kelang kata 20km, 20 minit dekat. Aku rasa jauh!!! Aku dari Dungun hendak ke Paka pun rasa malas. Orang Lembah Kelang setakat Bangi-Putrajaya, Klang-Shah Alam dekat jer...

5. Jalan sikit tol. Jalan banyak sikit lagi banyaklah kena bayar tol. Tol, tol dan tol... Kini aku fahamlah kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang...

6. Jalan di Lembah Kelang berselirat! Aku jadi keliru dan bingung. Dari Shah Alam kami boleh sesat sampai Lapangan Terbang Subang dan nyaris-nyaris nak sampai Rawang. Dari Keramat ke Pudu kami ambil masa lebih sejam! Walhal jalan tidaklah begitu sesak...

7. Muka orang Lembah Kelang ketat dan kelat. Barangkali kerana tekanan kerja, kesesakan lalu lintas dan kos sara hidup tinggi. Syukur aku kerja di Dungun. Bandar yang tenang sehingga lembu boleh menguasai jalan raya. Huhuhuhuhuuh

Kesimpulannya Lembah Kelang memang kusut!!!

p/s: Er... ada kaitan ke cerita aku dengan tajuk?