Showing posts with label losong. Show all posts
Showing posts with label losong. Show all posts

Monday, January 02, 2017

Tempat Makan Terbaik di Kuala Terengganu: Nasi Kerabu dan Mee Jawa Losong

Mulanya aku tak tahu kenapa orang luar Johor panggil mee Jawa. Sebab aku yang Jawa dan asal Johor panggil makanan itu mee rebus. Tapi, aku ada huraikan tentang perbezaannya di sini.
<<< Beza mee rebus Johor dengan mee rebus Terengganu >>>

Dulu, kerap aku makan mee Jawa ni di kedai Selera Selatan. Mee Jawa di kedai tu sangat minimalis. Hanya mee, tauge sedikit daun bawang serta bawang goreng. Yang mewah adalah kuahnya. Pekat dan berdaging. Memang citarasa mee Jawa yang asli. Mee Jawa yang terbaik di Terengganu pada aku. Dan ia satu-satunya kedai menjual mee Jawa di Dungun; mengikut pengetahuan aku.

Sayangnya kedai itu sudah tutup. Aku rasa sudah 2 tahun. Sejak itu aku semakin ketagih mee Jawa. Aku hanya dapat menikmati hanya tatkala pulang ke Johor. Bersepah kedai menjual mee Jawa a.k.a mee rebus.

Entah macam mana, pada suatu hari semasa aku melalui Jalan Sekolah Sultan Ahmad di Losong, Kuala Terengganu, aku ternampak banner "MEE JAWA UDANG". Fuh, tengok banner je dah ngences air liur aku. Terus aku menanam impian untuk menikmati mee Jawa di kedai itu.



Ditakdirkan aku ke kedai itu dua malam yang lepas. Buka setakat mee Jawa, banyak lagi menunya.


Aku terus order mee Jawa dia. Fuh! Terubat rindu. Walaupun kurang sikit berbanding Selera Selatan atau Johor, tetapi ia tetap sedap. Menghirup juga aku hingga titisan kuah terakhir.



Selain itu, ada juga Char Kuew Tiow. Pun sedap juga. Manis pedas semua cukup.

Mee sup dia pun sedap. Sesedap rasa.

Dan, signature dish kedai itu, Nasi Kerabu tidak mengecewakan. Harganya hanya RM4 sahaja. Macam tak sepadan dengan kualiti dan kesedapannya.

Kedai ini terletak di Jalan Sekolah Ahmad, Losong, Kuala Terengganu. Malas cerita panjang, dalam Google Maps kau boleh cari "NASI KERABU LOSONG".







 Ha, apa lagi? Pergi start enjin kereta. Hohohohoho

Saturday, February 08, 2014

Satar Kuala Kemaman

Kalau di Kuala Terengganu, barangkali keropok lekor menjadi makanan signature kepada daerah tersebut. Banyak kedapatan kedai menjual keropok lekor yang sedap. Antaranya di Losong, Bukit Tok Beng dan Sungai Rengas.

Manakala kalau di Kemaman, satar boleh dikatakan makanan signature. Dan, kedai menjual satar banyak kedapatan di Kuala Kemaman.

Dulu sekitar 2006, masa mula-mula ke merantau ke Terengganu, seingat aku harga satar 25 sen sebiji. Masa yang berkadar langsung dengan inflasi menyebabkan harga satar 25 sen kekal menjadi sejarah.

Lama juga sebenarnya aku tidak makan satar di Kuala Kemaman. Tempoh hari, dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, aku berhenti rehat di Kuala Kemaman. Lalu, singgah di Warung Otak-Otak Che Wan. Mengikut pengetahuan aku, kedai ini antara kedai terawal menjual satar di Kuala Kemaman.


Selain satar, kedai ini turut menjual otak-otak dan keropok lekor. Juga, menjual pelbagai jenis sup dan mee kari.






Aku dan Pn. Nurul memilih untuk memesen pakej satar + otak-otak. Enam batang otak-otak dan enam biji satar. Harga set tersebut RM7. Satar diberitahu harganya 50 sen sebiji. Maka sudah tentu otak-otak berharga RM2 bagi setiap 3 batang.


Pada aku, harganya agak mahal. Tapi, rasa sedikit berbaloi kerana satarnya sangat mewah isi ikannya. Manakala otak-otaknya menggunakan ikan tenggiri.

Kami juga memesan keropok lekor goreng. RM2. Ini hasilnya.


Saiz keropok itu lebih kurang ibu jari aku. Ini bermakna aku boleh makan dua batang sekali suap! Hahaha. Ini memang tidak berbaloi. Harganya mahal. Keropoknya tak berapa sedap. Ini ditambah lagi dengan penggunaan minyak yang entah berapa puluh kali diguna semula.

Petang untuk kami membayar RM12 hanya untuk minum petang. Orang macam aku ni pun dah terasa mahalnya. Kalau orang yang gaji bawah RM2000 macam manalah agaknya ya. :-(

Sunday, March 22, 2009

Kisah Yang Tidak Senonoh

Post yang keempat hari ini. Pergh, gila babi. Rekod untuk hari ini.

Ahad lepas, aku membawa mak bapak dan adik-adik aku untuk jalan-jalan cari bini di Kuala Terengganu. Selepas jumpa bini yang diinginkan di Pulau Rusa, kami singgah di Losong. Kemudiannya terus ke Masjid Terapung di Kuala Ibai.

Cuaca hujan waktu itu. Terasa pundi kencing begitu penuh. Kalau tidak dibuang, air itu akan mendak dan menghasilkan batu karang. Aku bergegas ke tandas di Masjid Terapung itu. Cis!!! Tutup!!!


Tiba-tiba ada seorang pakcik bagitau aku "Kat luar tu ada tandas". Aku bergegas ke luar masjid itu, di kawasan orang jual cenderahati. Sekali lagi aku menyebut, cis!!! 50 sen!!! Aku menjangkakan tandas itu cemerlang kualitinya. Maklumlah, bayar 50 sen. Tapi, sokong bawa rebah.

Durjana aku rasa tandas itu. Dengan bau yang tidak menyenangkan dan kemudahan yang sama tahap dengan tandas awam yang percuma.


Aku tak paham apa yang mereka cuba lakukan. Tapi, seolah-olahnya mereka cuba menghalang orang ramai berkunjung ke Masjid Terapung dan Kuala Ibai. Dan mereka seolah-olah cuba membunuh industri pelancongan di Terengganu. Apa agaknya yang mereka cuba lakukan? Hairan aku...