Showing posts with label kuala ibai. Show all posts
Showing posts with label kuala ibai. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Senarai Harga Servis Kereta Perodua

Sejak beli kereta Perodua Alza enam tahun lepas, aku memang tak pernah servis di bengkel luar. Semua aku buat di Pusat Servis Perodua. Dan 90% darinya aku servis di Perodua Servis Kuala Ibai.

Bukan aku kaya sangat untuk servis di pusat servis. Tapi, aku rasa julat harganya tidaklah terlalu besar, lebih-lebih lagi di Terengganu ini dimana barang alat ganti kereta agak mahal juga harganya. Pusat servis, aku yakin barangnya tulen dan aku tahu dimana aku nak mengadu jika berlaku sebarang masalah selepas servis.

Juga, ada sebab juga kenapa aku memilih Perodua Servis Kuala Ibai. Malas aku nak taip balik. Elok kau baca post Perodua Servis Kuala Ibai.

Tapi, untuk alignment tayar, aku lebih yakin dengan ZR Tyre. Pernah juga buat di pusat servis, makin lari alignment tayar aku. Hohohoho

Selain alignment, pernah juga aku tukar water pump di bengkel luar. Sebab pusat servis tiada stock water pump. Dua minggu lagi akan sampai katanya. Aku tak boleh tahan masa tu. Aku rasa, kalau tunggu dua minggu lagi, mau jahanam enjin aku disebabkan panas lampau.

Aku, seperti biasa intro bukan main panjang. Nak cerita senarai harga servis kereta perodua. Dah ni melalut sampai post 4 tahun lepas.

Ok, sebelum ke pusat servis perodua, elok kau semak harga dulu dan sediakan duit mencukupi. Nanti malu macam muka tu ditampal kulit babi sebab tak cukup bawa duit.

Kau boleh semak harga servis di http://www.perodua.com.my/service-maintenance. Lepas tu, kau pilih jenis kereta dan berapa ribu kilometer kau punya mileage. Macam aku, sebab mileage dah sampai 170,000km, aku pilih yang 50,000 & 70,000km. Sebab, dia sama je barang yang perlu ditukar dan diservis. Kalau kereta kau dah sampai 270,000km, pun pilih yang 50,000 & 70,000km.


Jangan lupa pula kau tekan butang SEARCH yang warna merah tu. Nanti dia keluar macam ni.

 
Jadi, aku sedia duit dalam dompet sebanyak di atas. Tapi, aku bawa juga lebih. Sebab aku perasan minyak hitam aku bocor di antara enjin dan kotak gear. Nak minta pusat servis tengokkan. Manalah tahu boleh dapat enjin sebiji percuma. Hohohooho.

Monday, November 04, 2013

Perodua Servis Kuala Ibai

Menjadi satu stigma di mana mana pusat servis pengeluar kereta.  Antaranya, kadar servis yang mahal, mekanik yang tidak cekap, masa menunggu yang lama, pekerja yang muka macam baru gaduh dengan laki, dan pelbagai stigma.

Aku sebelum ini pun memang sedikit terpengaruh dengan stigma sebegitu. Ini menyebabkan terasa keberatan untuk ke pusat servis pengeluar kereta.

Tetapi, kerana mengenangkan jaminan pengeluaran selama 3 tahun atau 100 000km,  memaksa aku pergi juga ke pusat servis.

Pertama kali mengunjungi pusat servis adalah suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan. Semasa itu, servis kali pertama.  Dengan orang yang ramai. Ditambah lagi dengan muka kelat penjaga kaunter. Juga, aku tidak diberitahu bahawa kereta aku telah siap! Dengan inisiatif sendiri aku ringan mulut bertanya. Itu pun aku diperlaku seperti bola untuk mengambil kereta sendiri.

Itu kisah lama, di pusat servis perodua bandar, Jalan Hiliran. Kalau ditawarkan servis percuma pun, belum tentu aku akan ke sana lagi. Hohohoho.

Servis kedua dan seterusnya, aku hanya ke pusat servis perodua Kuala Ibai. Ya, harga servisnya mahal juga, sama seperti mana-mana pusat servis pengeluar. Tapi, ada beberapa perkara menyebabkan aku jadi acap ke situ.
1) Pekerja dia senantiasa senyum. Asyik panggil aku encik, walaupun aku datang dengan selipar jepun dan seluar lusuh.
2) Tempat menunggu selesa. Ada tv Astro. Ada majalah. Ada surat khabar arus perdana.
3) Ada wifi percuma. Boleh aku main Facebook. Aku kan kaki Facebook. Hohohoho
4) Ada kupon makan RM3 di kafe kecil. Makan lebih kena tambah, makan kurang tetap RM3.
5) Setiap kali servis mesti ada hadiah diberi. Hamper, beg beroda, kalender, penghalang cahaya matahari dan... entah aku tak ingat. Walaupun kecil, cukup mengembirakan pelanggan.
6) Err..itu je kot

Tapi, ada juga yang tak best. Servis alignment tayar dia memang longkang. Sebelum alignment terasa sterang ke kiri sikit. Lepas alignment terasa lebih ke kanan. Hahahah.

Juga, aku ada pasang bunyi alarm. Nama pun alarm kan, mesti bunyi. Yang peliknya, alarm yang dipasang kadang bunyi, kadang tak bunyi. Sampai dah penat aku mengadu, jadi aku redha je la. Hohohoh

Tapi lepas jaminan 3 tahun ni, aku rasa aku akan buat sendiri atau hantar di kedai luar untuk servis. Untuk pengetahuan kau, aku tengah nak buat schedule preventive maintainance untuk Perodua Alza.

Apa macam, canggih tak? Hahahaha

Monday, April 16, 2012

Keropok Keping Kampung Pengkalan Setar

Kalau kau ke Kuala Terengganu, dan ingin menikmati keropok keping yang segar dan terbaik dari laut, kau boleh ke Kampung Pengakalan Setar, Gelugur Kedai, Kuala Terengganu.

Untuk ke sana, kau perlu cari jalan ke Kedai Kain Desa Murni Pengadang Baru. Kau masuk simpang sebelah kedai kain itu. Kemudian, kau terus kurang lebih 3km aku rasa, dan kau akan nampak Balai Raya Kg. Pengkalan Setar di sebelah kanan kau dan kau masuk simpang sebelah kiri kau, berhadapan balai raya itu.


Suasana kampung itu dipenuhi jemuran keropok di kiri kanan jalan. Juga, kedapatan kedai menjual keropok keping di sepanjang jalan kampung itu.



Keropok ikan di sini dibuat dari ikan yang segar dari laut. Lokasi kampung ini secara geografinya terletak di hulu Sungai Ibai, memungkinkan ikan segar dari laut sampai ke kampung ini melalui Sungai Ibai. Yang paling bagus di sini adalah, harga keropok tidak tetap. Kalau musim ikan sikit, harganya mahal, boleh cecah RM20 sekilo. Tapi, kalau ikan banyak, harganya boleh jatuh sampai RM15 sekilo. Kalau di tempat lain, kalau harga ikan murah, memang tak turun harga keropok. Kalau harga ikan mahal, cepat je naik harga dengan alasan "ikan mahal bos!". Hahahahaha



Selain itu, jalan di Pengkalan Setor ni boleh tembus ke Sungai Derhaka dan ke Kuala Ibai. Tapi, jalan sempit la sikit ya.

Untuk peta ke sini, kau boelh rujuk link di bawah
http://maps.google.com.my/maps?q=hot+plate+mee&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=wl

Sunday, December 18, 2011

Pulau Pinang 5: Pantai Batu Feringgi

Pagi, hari ketiga di Pulau Pinang, kami merancang untuk berpiknik di Pantai Batu Feringgi. Dengan membawa bekalan nasi lemak dan keropok lekor kami bergerak ke Pantai Batu Feringgi seawal jam 8.00 pagi.

Mulanya, dalam bayangan fikiran aku, aku menjangkakan Pantai Batu Feringgi adalah seperti Pantai Port Dickson atau Pantai Batu Burok yang mempunyai jalur pantai yang panjang dan luas. Rupanya, kawasan Pantai Batu Feringgi agak terhad dan sempit. Owh!





Walaupun begitu, aku tetap merasakan Pantai Batu Feringgi adalah pantai yang unik dan cantik. Lain dari yang lain.

Mulanya juga, kami merancang untuk bermandi-manda. Akan tetapi, sewaktu tiba, ombak agak bergelora. Barangkali kesan gerhana malam semalam belum hilang sepenuhnya.

Lalu, kami putuskan untuk makan sahaja dan bersuka-ria di pesisir pantai


Jalan sepanjang Batu Feringgi ini juga agak berliku. Teringat aku seprti jalan di Bukit Putus, cumanya Batu Feringgi ini terletak di tepi laut.

Di sekitar Batu Feringgi juga, kedapatan banyak kediaman dan hotel mewah. Sama situasinya seperti di Batu Buruk-Kuala Ibai, Kuala Terengganu atau Tanjung Puteri-Stulang di Johor Bharu.


Friday, December 03, 2010

Masjid Terapung

Kalau kau singgah di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Masjid Terapung. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Terletak di Kuala Ibai dan berhampiran dengan Terengganu Equestrian Resort (TER).

Sebetulnya masjid ini tidaklah terapung di atas air. Cuma, tiang asasnya di benamkan ke dasar tasik. Ia kelihatan terapung bila air tasik naik dan menutupi binaan tiang asasnya.

Sebetulnya juga, aku kurang gemar berhenti di masjid ini. Barangkali kerana aku sudah kerap je sana. Mungkin juga kerana aku sudah kurang bersiar-siar di sekitar Kuala Ibai. Kemungkinan juga masjid tersebut agak serabut kerana ramai pelancong yang ingin ke sana.



Sunday, March 22, 2009

Kisah Yang Tidak Senonoh

Post yang keempat hari ini. Pergh, gila babi. Rekod untuk hari ini.

Ahad lepas, aku membawa mak bapak dan adik-adik aku untuk jalan-jalan cari bini di Kuala Terengganu. Selepas jumpa bini yang diinginkan di Pulau Rusa, kami singgah di Losong. Kemudiannya terus ke Masjid Terapung di Kuala Ibai.

Cuaca hujan waktu itu. Terasa pundi kencing begitu penuh. Kalau tidak dibuang, air itu akan mendak dan menghasilkan batu karang. Aku bergegas ke tandas di Masjid Terapung itu. Cis!!! Tutup!!!


Tiba-tiba ada seorang pakcik bagitau aku "Kat luar tu ada tandas". Aku bergegas ke luar masjid itu, di kawasan orang jual cenderahati. Sekali lagi aku menyebut, cis!!! 50 sen!!! Aku menjangkakan tandas itu cemerlang kualitinya. Maklumlah, bayar 50 sen. Tapi, sokong bawa rebah.

Durjana aku rasa tandas itu. Dengan bau yang tidak menyenangkan dan kemudahan yang sama tahap dengan tandas awam yang percuma.


Aku tak paham apa yang mereka cuba lakukan. Tapi, seolah-olahnya mereka cuba menghalang orang ramai berkunjung ke Masjid Terapung dan Kuala Ibai. Dan mereka seolah-olah cuba membunuh industri pelancongan di Terengganu. Apa agaknya yang mereka cuba lakukan? Hairan aku...