Showing posts with label sungai lembing. Show all posts
Showing posts with label sungai lembing. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Kuantan 6: Lombong Sungai Lembing

Pergh, lama gila nak habis post bersiri Kuantan ni. Cerita tahun lepas, sambung tahun ni pula. Kau boleh follow cerita-cerita yang lepas.
Kuantan 1: Pantai Batu Hitam
Kuantan 2: Hotel Sri Manja
Kuantan 3: Ikan Bakar Tanjung Lumpur
Kuantan 4: Gua Caras
Kuantan 5: Muzium Sungai Lembing

Dari Muzium Sengai Lembing, kau boleh terus sahaja ke Lombong Sungai Lembing. Jaraknya tidaklah begitu jauh, aku kira lebih kurang 500 meter sahaja. Kalau kau ingin bersenam, kau boleh sahaja berjalan kaki mendaki bukit. Tapi, aku lebih selesa untuk berkereta. Hohohooho



Nak masuk kena ada tiket. Agak mahal juga. Tapi, ini harga sebelum diskaun 50%. Bila ditanya kepada penjaga tiket "Diskaun sampai bila?". Beliau menjawab "Entah bang, sampai bila-bila kot" Hohohohoho.



Setelah masuk, kau kena tunggu dulu di sebuah stesen keretapi. Keretapi akan membawa kau masuk ke dalam terowong lombong. Taklah jauh sangat. Lebih kurang 500 meter je kot. Hohoho


Masuk dalam, dah tak boleh ambil gambar. Gelap. Cuma ditemani cahaya suram. Tapi, di dalam, suasana agak nyaman kerana ada blower dihembus dari luar. Suasana di dalam dipaparkan diarama, carta dan booth mengenai perlombongan di Sungai Lembing suatu ketika dahulu.






Jauh juga menyusuri terowong ini. Aku rasa ada lebih kurang 2km sebelum sampai ke The Kiew. The kiew merupakan semacam lif yang membawa pekerja lombong ke dasar atau permukaan lombong. Di sini terdapat simulasi The Kiew. Kau dapat rasa debaran sebenar apabila berada di dalam The Kiew bila menaiki simulasi ini.


Sebetulnya, banyak lagi kawasan terowong yang belum dibuka lagi. Ini disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan. Analisis risiko yang mendalam apaila sesuatu kawasan terowong ingin dibuka semula.




Tapi, yang menarik mengenai kisah lubang sejuta. Pada akhir zaman perlombongan, syarikat lombong tak mampu membayar gaji pekerja. Oleh itu, sekumpulan pelombong memasuki lombong (lubang sejuta) yang telah ditutup untuk melombong saki baki bijih besi yang ada. Bijih ini dijual di pasaran gelap. Hasil daripada kegiatan itu membolehkan pelombong-pelombong itu mendapat hasil RM1 Juta dalam tempoh yang singkat. Ini sangat lumayan berbanding ketika mereka bekerja dengan syarikat.


Lama juga aku dan Pn. Nurul berada di dalam lombong itu. Berpuluh juga la. Tapi, menyihatkan! Hohohoho. Di akhir lawatan, aku sempat bermain dengan benda ini. Human powered train!


Monday, January 06, 2014

Kiuantan 5: Muzium Sungai Lembing

Sememangnya, hajat utama aku ke Kuantan adalah untuk ke muzium. Aku memang suka muzium. Suka hingga tahap ketagih barangkali. Hohohoho.

Agak jauh juga jarak Kuantan ke Sungai Lembing. Aku rasa kurang lebih 40km. Jalan ke sana juga agak sunyi, tapi mendamaikan.

Pemandangan cukup unik sekonyong-konyong tiba di Sungai Lembing. Rekabentuk rumah kelihatan sedikit lama. Suasana sekitar sedikit hening. Mungkin akan bertambah hening jika tiada kujungan pelancong ke sini.



Tercari-cari juga lokasi muzium. Tapi, tidaklah begitu sukar mencarinya. Cuma terus sahaja. Kira-kira satu km jarak dari pintu gerbang hingga ke muzium.



Muzium ini dibuka hampir setiap hari. Dah macam KFC buka 365 hari setahun. Tapi, muzium ni dibuka kurang dua hari dari KFC. Ia dibuka 363 hari setahun. Ia akan ditutup dua hari pada hari raya puasa.



Diberitakan, muzium ini adalah rumah asal pengurus lombong. Rumah ini sangat unik. Berciri kolonial awal 1900-an. Muzium ini terletak di atas bukit. Dari sini, kau boleh lihat pemandangan sekitar Sungai Lembing. Pemandangan cukup menarik. Maka, tak hairan kelihatan sekumpulan anak muda bergaya hip hop sedang mengambil gambar di sekitar muzium.



Muzium ini banyak menceritakan tentang sejarah perlombongan di Sungai Lembing. Dari tahun ia bermula, teknologi yang digunakan, sosio masyarakat dan sebab kejatuhannya diceritakan di muzium ini. Aku malas nak cerita. Kalau kau nak tahu, kau ke pergi sendiri ke sini. Hohohohoo.



Muzium ini dua tingkat. Tapi, aku tertarik dengan apa yang berada di tingkat bawah. Ada satu bilik di tingkat bawah menunjunkkan peralatan yang digunakan untuk melombong. Aku kira, peralatan yang digunakan agak canggih jika dilatari pada zaman itu. Tak sangka pada zaman tu dah ada Ammeter! Hohohoho. Juga, dia buat pam pakai kayu je. Memang terbaiklah!



Lama juga aku berada di muzium ini. Dua jam barangkali. Aku boleh saja habiskan masa 4 jam di sini. Tapi, muncung Pn. Nurul dah panjang sejengkal. Jadi, sebelum ia menjadi sedepa, baik aku ajak beliau beredar dari sini. Hohohoho.