Pantai ini tidaklah sepopular Pantai Cherating mahupun Teluk Cempedak yang popular dan kusut itu. Pantai Batu Hitam suasananya tidak sesak. Ia sengat dekat dan sejajar dengan Pantai Balok. Kurang lebih jaraknya 10km dari bandar Kuantan, menghala ke Pelabuhan Kuantan.
Suasana pantai ini agak tenang. Cuma akan sibuk sedikit pada petang hujung minggu. Namun, tempoh hari aku ke sana pada jam 3 hari Jumaat, jadi, memang sangat lengang. Mujur cuaca agak redup, jadi boleh sahaja aku dan Pn. Nurul berpeleseran di pantai itu.
Pantainya yang berwarna hitam tidaklah menyebabkan ia kelihatan cantik. Tapi, ia kelihatan unik! Pantainya memang hitam. Termasuklah batu-batu di pantai ini juga hitam. Bukan hitam legam, sekadar hitam kelabu gitu.
Juga, di pesisiran pantai itu kedapatan liang dan jejak ketam. Ketam yang dah mati pun kelihatan ada. Agak kagum juga. Lebih kagum, pantainya kelihatan bersih.
Aku tak tahu mengapa batu dan pasirnya kelihatan hitam. Barangkali ada mitos atau sejarah atau faktor geologi yang membuatkannya begitu.
No comments:
Post a Comment