Monday, October 15, 2012

Steamboat Dungun

Pada aku, agak sukar mencari steamboat di Dungun. Paling hampir mungkin di Paka, di Rumbia Resort. Tapi, orang kampung macam aku kalau nak pergi makan steamboat di resort atau hotel, pasti orang akan tengok atas bawah. Hahahahaha

Jadi, bagi mengelakkan orang pandang skeptikal pada aku, ada baiknya aku ke warung atau gerai makan yang biasa-biasa sahaja untuk menikmati steamboat. Pernah, aku makan steamboat di Kuala Terengganu. Di medan selera menghadap muara sungai di Pulau Warisan. Agak enak. Tapi suasana gerai agak kurang menyenangkan. Agak hiruk.

Dulu, pernah ada iklan "Steamboat Buatan Sendiri" di Restoran Saujana, depan Esso Dungun. Tapi, asal aku pergi je mesti steamboatnya tiada. Dengan alasan bahan mentah kehabisan stok. Kecewa, dan lama-kelamaan restoran itu tidak menjual steamboat.

Tapi, tempoh hari, aku singgah makan di Kedai Makan Saiful 21, sebelah CIMB Dungun. Kerana terlihat dapaur mudah alih yang banyak, aku pasti kedai ini menjual steamboat. Lalu aku memesan steamboat sehidangan. Sehidangan steamboat kedai ini boleh dimakan dengan kenyang oleh 4 orang dewasa. Walaupun aku dan Pn. Nurul sahaja berdua, kena juga memesan sehidangan, kerana kedai ini tidak menjual 1/2 hidangan. Ahhh! Belasah je la. Lapar! Hahahaha



Setiap hidangan, dua kuah disediakan. Sup dan tomyam. Jadi, kami makan kedua-duanya. Memang tidak mengecewakan.


Makanan dia memang banyak gila. Memenag betul-betul kenyang! Tapi tak habis. Bungkus bawa balik, buat sarapan pagi esok. Huhuhuhuhuh




Sunday, October 14, 2012

Analisis Minyak Masak

Dulu, masa SPM aku pening bila belajar kimia. Biologi memang aku tak pernah ambil. Kalau ambil, barangkali aku sudah jadi biol. Hahahahahah.

Tapi, entah macam mana, hari ini aku berlagak jadi pakar kimia. Atau pakar pemakanan, barangkali.

Telah menjadi suatu yang normal, bila mana masyarakat secara umumnya merasakan bahawa minyak kelapa sawit adalah suatu bahan masakan yang rendah mutu, kurang khasiatnya. Telah dimomokkan dirancangan masakan tempatan bahawa minyak keluaran negara barat seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari adalah jauh lebih bermutu dari minyak kelapa sawit.

Aku cuba menyangkal kenormalan dan momokan di atas.

Tempoh hari, tatkala menunggu Pn. Nurul memilih sayur di Pasar Mini Qimily di Dungun, aku meninjau-ninjau bahagian minyak masak.

Kebetulan, ada 4 jenis minyak masak pada rak.



Minyak Bunga Matahari

Minyak Soya

Minyak Jagung

Minyak Sawit

Jadi, sekarang mari kita lihat fakta nutrisi minyak-minyak ini.

Minyak Bunga Matahari





Minyak Soya


Minyak Jagung




Minyak Sawit

Jadi, sekarang kita bandingkan. Lihat pada "per 100 ml"

Tenaga
Minyak Bunga Matahari = 819 kcal
Minyak Soya = 900 kcal
Minyak Jagung = 819 kcal
Minyak Sawit =813 kcal
Lebih rendah lebih baik. Jadi? :-)


Jumlah lemak
Minyak Bunga Matahari = 91 kcal

Minyak Soya = 100 kcal

Minyak Jagung = 91 kcal

Minyak Sawit =90.4kcal
Lebih rendah lebih baik. Jadi? :-)

Jadi, minyak sawit kurang lemak dan kurang kalori.

Tapi, ini hanya pandangan aku. Kalau kau ada pandangan lebih baik, kasi komen sikit kat bawah!

Monday, October 08, 2012

Pas Masuk Dewan


Satu gambar, seribu makna. Tambah bermakna bila ada tangan-tangan ghaib yang menambah maknanya.

Teringat post yang dulu. Masa muda-muda.
http://roshaizulnizam.blogspot.com/2009/02/johor-vs-kelantan.html

Sunday, October 07, 2012

Berat Siti Nurhaliza Lebih 3kg

Cait! Berita macam ini pun ada. Muka depan pula tu.


Aku yang terlebih berat 25kg ni takde pula nak masuk surat khabar. Walhal aku SPM pangkat satu. Siti Nurhaliza pangkat 2.

Keliru.

Restoran Jejambat RnR Ayer Keroh

Kalau dari Kuala Lumpur ke Johor, melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, aku pasti akan singgah di restoran jejambat RnR Ayer Keroh.



Tak tahu kenapa aku suka ke sini. Tapi aku amat tertarik dengan idea mewujudkan restoran di atas jejambat. Sambil makan, kau boleh lihat kereta lalu lalang di bawah kau!


Ada restoran makanan segera di atas jejambat ini.



Juga ada restoran tah apa tah yang chicken chopnya tak sedap. Lagi sedap aku masak sendiri.

Ada juga kedai barangan sukan milik bumiputera yang tersohor itu di sini.


Tidak ketinggalan kedai menjual makanan, minuman, kudapan dan cenderahati di sini. Tapi, harganya mahal pada pandangan orang kampung macam aku. :-)



Wednesday, October 03, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Cenderahati Melaka



Kalau kau jumpa benda dia atas ni di Melaka, percayalah, aku kenal tauke yang buat benda tu.

Selain benda di atas itu, beliau boleh juga membuat pelbagai barang cenderahati berasaskan kayu dan benang. Kebanyakan produk yang dibuat mempunyai kepersisan yang tinggi kerana dibuat oleh mesin pemotongan laser dan mesin yang dikawal secara numerik.

Owh, sangat kompleks penerangan di atas. Tapi, kalau kau berminat dengan produk di atas, terus sahaja call 0166467499 (Rizam)

Monday, October 01, 2012

Hutang Pelajaran Mara

Kalau kau ada hutang pinjaman Mara, aku nasihatkan supaya kau jangan tidak membayarnya. Banyak kesulitan yang akan kau hadapi jika culas membayar. Antaranya, tidak boleh ke Golok secara sah, dan keturunan kau serta penjamin kau tidak layak lagi meminjam dengan Mara.

Bayarlah, walaupun pada kadar yang minimum yang kau mampu. Itu menunjukkan komitmen kau untuk membayar. Lagipun tak elok sangat kalau kau berhutang, tapi tidak mahu membayar.

Jika, kau ada kesulitan untuk membayar pinjaman Mara, aku cadangkan kau telefon sahaja nombor di bawah. Insya Allah, mereka akan membantu. Jangan kau merasa skeptikal dengan meraka. :-)


Melaka 23: Tangki Air Tengkolok

Ini episod akhir siri Melaka. Perginya 3 hari sahaja. Tapi kena 3 bulan baru habis cerita. Hahahahaha. Macam haram.

Dalam perjalanan pulang, dari Melaka ke Bandar Tenggara, aku melalui Lebuhraya AMJ. Lalu, terlihat sebuah tangki air.


Sebetulnya, aku tidak pasti beza antara tengkolok, tanjak dan destar!

Sunday, September 30, 2012

Melaka 22: Aiskrim Dua Ringgit

Di Melaka, aiskrim dua cedok RM2. Fuh! Jual 6 cedok je boleh balik modal satu bekas aiskrim!


Tapi aku tak hairan. Biasalah, negeri pelancongan. Di Terengganu pun macam tu juga....

Longkang yang hijau

Dahsyat longkang ni. Hijau pekat! Aku rasa ia lama bertakung. Lalu ia menumbuhkan lumut di atas permukaannya. Kelihatan juga sampah dibuang di dalam longkang itu oleh orang yang rumah dia mesti macam tempat pembuangan sampah. Hahahahahaha




Gambar berlokasi di depan kedai dua ringgit di Rhu Rendang, Marang.

Ulasan Buku: Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga

Buku ini diterbitkan oleh Mastika. Biasalah, mana-mana penerbitan Mastika dan majalah Mastika itu sendiri mesti gempak. Sama juga tajuk buku ini. Tajuknya pun sudah gempak. Tambah lagi dengan gambar Ustaz Azhar, bertambah gempak buku ini. Walhal cerita pasal Ustaz Azhar kurang 5% dari keseluruhan buku ini.

Buku ini merupakan koleksi artikel tentang penghijrahan artis-artis dan kenamaan. Dari lalai ke ingat. Dari lagha ke warak. Antaranya kisah Sham Kamikaze dan Farah Bagaikan Puteri.

Jujur, buku ini klise seperti majalah mastika. Tapi, dengan harganya kurang RM10, ia amat berbaloi dengan kisah yang dipaparkan. Ia boleh jadi pembakar semangat kepada sesiapa yang masih teragak-agak untuk berubah kearah yang lebih baik!


Ulasan Buku: Muhammad Al-Fateh Penawan Constantinaple

Sabda Rasullulah SAW
"Kota Konstantinaple akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandinya adalah sebaik-baik pasukan"
(HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)



Bagi yang aku kira sangat mesti dibaca oleh semua pemuda Muslim. Kisah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan dan panglima perang muda yang berjaya menakluk kota Constantinople. Ironinya, beliau berjaya menakluk kota tersebut selepas 800 tahun hadis di atas diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Usaha menawan kota Constantinople dimulakan oleh Saidina Ali. Tapi tidak berjaya. Usaha iu diteruskan lagi oleh Muawiyah bin Abu Sufian. Gagal. Dicuba lagi pleh Khalifah Harus al-Rasyid, tapi masih belum berjaya.

Kemudiannya, Sultan Beyazid melancarkan beberapa siri serangan untuk menakluk Constantinople, tapi masih tidak berjaya. Tapi, beliau dikenang sebagai orang yang paling gigih cuba untuk mewana kota itu.

Kejayaan Sultan Muhammad menakluk Constantinople adalah hasil dari didikan ayahanda beliau, Sultan Murad dan seorang alim yang juga penasihat Sultan Murad iaitu Syeikh Syamsuddin Al-Wali. Oleh itu, Sultan Muhammad telah dipersiapkan untuk menawan kota itu dengan ilmu agamanya, ilmu strategi peperangan, ilmu pertarungan dan pelbagai lagi. Malah, Sultan Murad juga menjadi "mastermind" dalam rangka awal usaha menakluk kota itu. Juga, beliau bertanggupjawab mereka "blueprint" bagi Sultan Muhammad untuk meyambung legesi pemerintahan beliau.

Atas visi Sultan Murad, akhirnya, dengan kesungguhan dan ketakwaan, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan kota Constantinople peda 29 Mei 1453, pada usia 19 tahun! Penaklukan Constantinople amat penting bagi peluasan agama Islam. Lokasinya yang terlatak diantara benua Asia dan Eropah, membolehkan Sultan Muhammad menakluk dan menyebarkan Islam sehingga Jerman dan Asia Tengah.

Tetapi, Allah lebih menyayangi beliau. Beliau wafat pada usia yang relatifnya muda, 49 tahun pada 1481 akibat diracun oleh seorang yahudi bernama Maesto Jakopa.

Thursday, September 27, 2012

Petai vs Asparagus

Temph hari di Mydin Mall, Kuala Terengganu


Petai lebih "kelas" berbanding asparagus. Makan asparagus? Hek eleh, apa barang makan asparagus. Petai makanan orang kaya beb. Hahahahaha

Wednesday, September 26, 2012

Ulasan Buku: 1511H [Kombat]

Faisal Tehrani merupakan antara penulsi kegemaran aku. Plot novel 1515, Perempuan Politikus Terakhir dan Sebongkah Batu di Kuala Berang masih aku terngiang-ngiang. Tulisannya kelihatan islamik, tetapi terkadang ada semacam kritik sosial.



Kali ini aku berpeluang membaca buku 1511H [Kombat]. Jalan ceritanya cukup mudah. Mengisahkan Komander Muhammad Amin yang mengepalai sekumpulan pejuang syahid menakluk kota New York. Perjuangan beliau didukung bersama rakan-rakan seangkatan yang direkrut dan dibiayai oleh seorang wanita hartawan yang berhati mulia. Kisah ini sebuah kisah futurustik, yang kononya berlaku pada tahun 1511 Hijrah.

Novel ini memperlihatkan sisi yang sangat positif mengenai jihad, yang mana kerap media barat menganggap jihad adalah suatu yang keji. Menarik lagi novel ini, Faisal Tehrani berjaya menggarapkisah dan strategi peperangan dengan cukup menarik. Beliau dapat membayangkan teknologi peperangan pada zaman itu.

Akan tetapi, membaca novel ini aku mula sedar bahawa "knowledge is power". Kejayaan menawan kota Now York bukan hanya semangat jihad sahaja, tetapi lebih kepada perancangan peperangan dan pembangunan teknologi peperangan.


Monday, September 24, 2012

Melaka 21: Buah Melaka

Gila. Kentang. Tak pasal-pasal kentang jadi gila!

Lama tak update blog. Dekat 3 bulan. Tapi ok la kot. Sebab aku pernah tak update blog lebih 2 tahun! Hahahahaha

Masih lagi cerita honeymoon ke Melaka. Lapuk. Lapuk pun lapuk lah. Sebab, pada aku Melaka tak pernah lapuk. Senantiasa segar malar. Tapi, ironinya, aku sudah ke Melaka dua kali selepas siri Melaka dalam blog ini.

Kembali ke tajuk. Buah Melaka.

Kalau tiada kisah buah Melaka ini, aku tiada kepastian ada atau tidak negeri bernama Melaka ini. Diceritakan bahawa Melaka mendapat namanya tatkala Parameswara melihat anjing peliharaan beliau ditendang oleh seekor pelanduk. Merasa kagum dengan situasi itu, Parameswara yang sedang bersandar di pokok Melaka menjadikan kawasan tersebut sebagai "MELAKA".

Melawat Melaka, baru aku tahu rupa paras pokok Melaka. Juga, baru aku tahu pokok Melaka ada buah.





Sunday, July 01, 2012

Melaka 20: Beca

Beca Melaka memang unik dan menarik. Dengan dihasi bunga dan macam-macam lagi hiasa, memang terasa nak naik beca di Melaka. Berbanding di Kuala Terengganu, becanya suram, berkeladak dan kelihatan dalam keadaan yang tidak elok. Juga, kebanyakan beca di Kuala Terengganu di kayuh oleh warga emas.

Boleh dikatakan beca yang terburuk di Melaka adalah beca yang paling cantik di Kuala Terengganu. Barangkali akan ada yang terasa tentang pernyataan aku itu. Tapi, itulah hakikatnya!

Kebanyakan pengayuh beca di Melaka adalah orang muda. Semuda lewat belasan tahun pun ada. Selain beca yang dihias cantaik, ada sesetengah beca yang memasang speaker besar di bawah seat penumpang!





Tapi, kadar beca di Melaka agak mahal. Harga sewa beca adalah RM50 sejam, dan kau akan di bawa sekeliling bandar Melaka. Pada aku, ia merupakan suatu pendapatan yang lumayan. Kalau dapat kayuh 4 jam seharu pun sudah dapat RM200. Fuh, kalau gaji aku!

Tapi, jujur, aku tak sampai hati nak naik beca. Dengan berat 100kg, aku khuatir aku yang akan mengayuh beca membawa pengayuh yang berat 50kg dan kelelahan. Hahahahaha

Tapi, aku tengok mat saleh yang lebih besar dari aku selamba je naik. Memang tiada hati perut mat saleh tu.

Melaka 19: Muzium Samudera

Tiba-tiba jadi sibuk. Ada projek duniawi. Lalu, tiba-tiba sahaja kisah Melaka terhenti. Hahahahaha

Ok, kembali fokus. Fokus cerita Melaka. Agak basi. Agak lama. Hahahaha

Pada hari pertama aku dan Pn. Nurul di Melaka, ini merupakan tempat pertama yang kami kunjungi. Tapi, malangnya, kerana kami keluar awal sangat, muzium ini tutup. Sekadar meninjau-ninjau di luar. Tatkala tinjauan di lakukan, semua orang yang lalu kawasan tu kehairanan melihat kami. Malah, pakcik tukang sapu itu pun tengok aku atas bawah. Barangkali, beliau hairan ada orang lain yang sama awal dengan beliau.

Aku terus lupakan sahaja niat untuk masuk muzium ini. Tapi, Pn. Nurul berguling banting ingin ke muzium ini. Katanya nak berdiri di anjungan kapal macam cerita Titanic. Akhirnya, aku mengalah. Lalu, kami kembali ke sini pada hari terakhir. 

Alangkan nak masuk jamban pun kena bayar, inikan pula masuk muzium.



Katanya, kapal ini merupakan model kapal Portugis, Flora de la Mar.


Binaan kapal ini sangat mengagumkan aku.






Seperti namanya, pamaren dalam muzium ini banyak berkaitan samudera. Juga, banyak juga maklumatnya yang sama seperti di muzium lain di Melaka.





Best juga pemandangan atas kapal ni. Boleh lihat seberang sana...



Sebetulnya, ada lagi bangunan muzium samudera di sebelah kapal ini. Tapi, kerana kesuntukan masa, kami berlalu pergi. Mungkin 12 tahun lagi kami akan datang lagi! Hahahahha