Showing posts with label indera mahkota. Show all posts
Showing posts with label indera mahkota. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

ABC Tunjuk Langit, Nasi Ayam Gebu Membukit

Jalan-jalan bersama Cik Nurul ke Kuantan hujung minggu yang lalu. Singgah sebentar di Indera Mahkota untuk menyerahkan netbook kepada Cik Ayu yang merengek-rengek meminta Abang Ijam beliau membelikannya.

Oleh kerana badan terasa letih ditambah lagi dengan syaitan bergayut-gayut dikelopak mata, aku membawa kedua-dua cik tersebut untuk menjamu selera di sebuah kedai yang sederet dengan Bank Rakyat dan 7-11 Indera Mahkota.

Aku memesan nasi ayam, kerana aku lihat ramai orang beratur untuk mendapatkannya. Apabila nasi itu masuk kedalam mulut aku...fuh!!! Sungguh lembut, gebu dan enak berkrim. Memang sedap nasinya, walupun ayamnya hanya mempunyai rasa yang biasa sahaja.


Manakala Cik Nurul memesan ABC. Tanpa beliau sangka, ABC tersebut begitu unik. Tegak menjulang rupa parasnya. Ramuanya cukup mewah dangan segala macam manisan dan jeruk. Rasanya pun sangat sedap, manis. Cuma kurang sesuai untuk pesakit kencing manis.



Aku syorkan kau pergi ke kedai ini untuk memesan kedua-dua menu tersebut. Memang sedap dan menghairahkan.

Friday, December 26, 2008

Aku Cuti Lagi!!!

Setelah berhempas-pulas menanda kertas peperiksaan sehingga terpengaruh dengan tabiat-tabiat yang luar biasa, aku pulang ke Bandar Tenggara semalam. Perjalanan aku mengambil masa 11 jam lamanya, bermula jam 11.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Dan itu merupakan tempoh masa yang normal kepada aku.

Dalam perjalanan pulang ke Bandar Tenggara, sempat aku singgah di Paka dan Kemaman untuk menghantar saki-baki minyak hitam dan tiub motosikal yang masih belum lagi kehabisan.

Singgah juga di Gebeng untuk berjumpa Hazree bagi membincangkan beberapa projek sulit lagi menyulitkan seperti ini. Juga singgah juga di Taman Mahkota Aman untuk berjumpa pakcik aku (yang ini bukan pakcik aku). Setelah itu, singgah mengambil adik aku di Indera Mahkota 5 dan anak sedara aku di Stadium Darulmakmur.

Singgah di Pekan untuk berjamak qasar asar dan zuhur. Kemudian berhenti makan di Mersing. Dan akhirnya terus ke Bandar Tenggara.

Sekian roshaizul melaporkan lagi.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berguna lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

p/s: Pantun tiada kena-mengena dengan cerita. Hanya kerana ada yang berkehendakkan aku berpantun pada post yang lepas.