Monday, May 21, 2012

Nasi Ayam Buyong Corner

Di Dungun, tiada lapangan terbang. Tapi ada Jalan Lapangan Terbang. Jalan Lapangan Terbang itu merupakan jalan menuju ke UiTM Dungun dari jalan besar Kuala Terengganu - Kuantan.

Amat jarang sekali sebelum ini untuk aku makan tengahari di sekitar gerai-gerai Jalan Lapangan Terbang. Tak tahu kenapa. Barangkali kurang menarik. Barangkali juga ia bukan laluan ke politeknik ataupun bandar Dungun.

Tapi, tempoh hari dengan sengaja, pada suatu petang aku melalui Jalan Lapangan Terbang. Lalu terpandang gerai ini. Tapi, kelihatannya para pekerjanya sedang berkemas. Lalu, beberapa hari kemudian, aku memutuskan untuk makan tengahari di situ.



Menu utamanya adalah nasi ayam. Tapi, kedai ini juga menjual makanan yang ada kaitan dengan sup dan ayam. Antaranya mee sup dan rojak ayam. Kami memasan nasi ayam dan rojak. Sebetulnya, aku masih dalam misi mencari tempe dalam rojak di negeri Terengganu. Adakah kedai ini akan menamatkan misi aku itu? Kita tunggu sambungan post ini.





Hahahahaha.

Sambung kat sini je. Aku malas nak buat post lain.



Seperti dijangkakan, rojaknya tiada tempe. Rasanya bolehlah. Sedikit manis dan kurang pedas. Tapi, ayam dia memang banyak. Ayam lebih banyak dari tepung. Fuh!

Nasi ayam dia pula boleh tahan. Takla rasa ajinomoto dengan kicap je. Kuantiti memang banyak. Boleh tak makan 2 hari lepas makan kat sini. Hahahahahha


Tu dia, ayam bergantungan. Aku tengok mamat yang potong ayam tu tak berhenti dari mula aku masuk kedai, sampai aku keluar kedai.


Tapi, aku ada rahsia dengan mamat potong ayam ni. Hahahahahaha

Aku rasa, kedai ini menjadi pilihan pelajar. Tidak hairan kerana harganya murah, kuantiti banyak dan servis dia memang cepat.


Kalau kau di Dungun, dan sangat lapar, kau boleh ke kedai ini...

Saturday, May 12, 2012

Ayam kampung masuk bandar.

Dulu, 5-6 tahun lepas, di Dungun sangat banyak kambing dan lembu berkeliaran. Bukan hanya berkeliaran di kebun-kebun dan ladang-ladang, malah mereka boleh berkeliaran ke taman-taman perumahan, tong sampah besar, jalan raya dan tidak ketinggalan pusat bandar. Pada aku, melihat keaadaan pada masa itu amat merimaskan. Ini kerana, kerapkali aku terpaksa membrek Iswara aku dengan kuat dan menginjak-injak pedal brek beberapa kali (ABS manual) untuk mengelakkan diri dari melanggar lembu yang tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahahaha

Itu kisah lembu. Kambing pula pernah beberapa kali naik atas bumbung Iswara aku dan melompat-lompat di atasnya. Argh! Tapi takpe, aku sabar je la. Kambing tu tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahah

Tapi, atas inisiatif transformasi kerajaan Majlis Daerah Dungn (MPD) ketika itu, jumlah kambing, lembu dan haiwan jinak yang berkeliaran semakin berkurangan. MPD telah menangkap haiwan jinak yang berkeliaran ini dan membuat lelongan awan terhadap haiwan terbabit. Jadi, bila MPD buat macam itu, pemilik-pemilik haiwan berkeliaran ini mula pergi sekolah dan menambat haiwan mereka di tempat sepatutnya. Hahahahah

Ini pula kisah ayam. Tempoh hari dalam perjalan pulang ke Pulau Rusa, aku terjumpa seekor ayam jantan sedang menggoda ayam betina, di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong-Bukit Khor- Lebuhraya LPT. Sangat romantis kelihatannya. Juga, aku kagum bagaimana ayam-ayam itu boleh berjaya melintas di jalan yang sesak tanpa kecederaan. Ayam punya usaha, Allah punya kuasa!


Friday, May 11, 2012

Bank Simpanan Nasional - Perbankan tanpa cawangan

Di Dungun, aku rasa sangat leceh untuk berurusan di Maybank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Kawasan di situ agak berserabut dan susah untuk memakir kenderaan. Barangkali setaraf dengan keadaan di Kuala Lumpur. Hahahahah.

Kalau Maybank, aku selesa berurusan keluar masuk duit melalui Maybank2u. Manakala, Bank Islam, oleh kerana ia bank gaji aku, jadi, duit di situ akan tinggal RM8 menjelang 26hb tiap-tiap bulan. Jadi, ia banyak transaksi keluar dan tiada transaksi masuk. Hahahahahah

BSN paling leceh, sebab aku tiada akaun BSN. Cuma, terkadang perlu menggunakannya untuk mengirim duit kepada orang tersayang. Jadi, terpaksalah aku melecehkan diri mencelah-celah di dalam kesesakan bandar Dungun. Tambah leceh bilamana BSN tiada mesin masuk duit. Jadi, urusan masuk duit hanya boleh dibuat pada waktu bank beroperasi melalui kaunter.

Aku rasa, orang-orang besar di BSN memahami dan mengetahui masalah aku itu. Bukan masalah aku sorang sahaja, barangkali masalah ratusan ribu orang yang lain. Oleh itu, BSN telah memperkenalkan satu inisiatif yang sangat inovatif "perbankan tanpa cawangan".


Melalui sistem ini, aku tak perlu melecehkan diri untuk ke BSN. Cukup sekadar pergi ke kedai yang mempunyai papan tanda ini.


Paling terbaik pada aku, ada kedai yang mempunyai papan tanda ini di hadapan Politeknik Dungun.


Jadi, dengan hanya 500 langkah dari pejabat aku, aku boleh berurusan keluar masuk duit di BSN.

Tapi, kau harus pasti kedai itu adalah ejen BSN dengan melihat sijil ini.

Paling best di "cawangan BSN" ini, hanya makcik sahaja yang mengendalikan urusan. Ternyata makcik itu seorang yang celik teknologi.


Sangat best, bila urusan keluar masuk duit di "cawangan BSN" ini tidak dikenakan sebarang caj. Juga, duit yang dimasukkan terkemaskini pada masa sebenar, on-time.


p/s: Post ini tidak ditaja oleh BSN. Hahahahaha

Sunday, May 06, 2012

Warung Cakna Kuala Dungun

Ini merupakan salah satu kedai makan yang menarik di Dungun. Tapi, orang Dungun kata kedai ni tak best. Err...entahlah.

Pertama kali tiba di kedai makan ini, aku terpesona dengan lanskap dan susun atur kedai. Sangat unik, klasik. Aku maksudkan Warung Cakna di Kuala Dungun.





Lanskapnya sangat menarik.






Menunya tak banyak. Macam bistro.


Pn. Nurul memesan makan barat, aku memesan makanan timur. Dan kami minum air ala Starbuck.




Servis agak lambat aku kira. Barangkali sukar untuk membuat menu di atas. Rasanya tidak mengecewakan. Tapi, aku pernah menikmati yang lebih enak. Tapi, suasana kedai amat menggamit.

Kalau kau hendak ke sini, ia terletak di jalan pantai menuju Kuala Dungun, berhampiran sekolah Cina dan  bus stand lama Dungun.

Friday, May 04, 2012

Nasi Kerabu Mok Teh

Kalau kau dari Batu 6 menuju ke Gong Badak di Kuala Terengganu, pasti kaua akan perasan warung ini. Warung ini terletak berhampiran persimpangan Sekolah Menengah Teknik. Warung Mok Teh.




Aku tergerak untuk pergi kedai ini kerana
1- Bila lalu kat sini pagi-pagi, kedai ni macam penuh orang
2- Asap ayam bakar dia menusuk hidung
3- Perkataan nasi kerabu dia besar. Sangat "attactive"
4- Pn. Nurul ada mak saudara yang bernama Mok Teh. Tapi, kedai itu bukan milik Mok Tek Pn. Nurul
5- Dengar khabar angin yang mengatakan nasi kerabu kedai itu sangat sedap, sehingga menjilat ibu jari orang sebelah.



Jumaat lepas, bangun pagi, bersiap dan aku terus ke kedai itu bersama mak mertua aku bersama dua orang anak beliau. Seorang sudah berkahwin, seorang lagi masih bujang. Yang bujang itu aku tidak pasti sudah berpunya atau belum. Tapi, kau boleh menghantar resume kepada aku jika hendak berkenalan dengan beliau. Hahahahaha.




Kami memesan empat pinggan nasi kerabu.


Rasanya? Boleh tahan la juga. Tapi, aku pernah makan nasi kerabu lagi sedap dari ini. tapi, dia punya apam  memang terbaik dari dapur!


Jadi, kalau ke Kuala Terangganu area Gong Badak-Batu Enam, boleh cuba makan di kedai ini. Boleh tahan, tidak mengecewakan. :-)

Tutorial CIDOS: Maklum balas kurikulum

Belakang parang kalau diasah akan tajam jua. Tapi, kalau cakap belakang memang tiada gunanya. Hahahahaha Utarakan cakap-cakap belakang itu (tentang kurikulum politeknik) melalui CIDOS. Supaya yang belakang akan jadi yang terkehadapan hendaknya.

Taknak cerita panjang, nanti Sharifah Abu Salem tak boleh jual dia punya novel. Hahahahah.

1. Pergi ke http://www.cidos.edu.my/

2. Login CIDOS.

3. Klik "Kajian Maklumbalas Kurikulum" pada bahagian atas kiri skrin

4. Akan terpampang senarai program.
Program mekanikal ada pada tab "3"


5. Klik program yang hendak dikomen. Skrin akan bertukar ke paparan lain. Kemudian klik sekali lagi pada nama program.


6. Kemudian klik "Answer the question"

7. Ok, sekarang sudah masuk page untuk komen. Boleh masukkan data-data yang diperlukan. Politeknik, Deparment dan Code and Course Name.
Seterusnya dah boleh komen. Baca soalan dia betul-betul. Terkadang agak mengelirukan.
Juga, tak boleh biarkan ruangan kosong. Mesti ada aksara. Kalau tak tahu nak tulis apa, cuma jawab "ok", "none", "CLO cemerlang" dan sebagainya. Atau boleh saja taip "-" atau "."

Itu sahaja. Selamat mencuba

Thursday, May 03, 2012

Tempah bisnes kad yang murah dan cun di bisneskadonline.com

Dalam banyak keadaan, aku lebih gemar mencari maklumat di internet. Tapi, kau harus faham bahawa maklumat dan ilmu itu berbeza. Pada aku, sesuatu yang salah jika kau menuntut ilmu melalui internet. Menuntut ilmu harus berguru.

Cis, aku melalut. Selain maklumat, terkadang, aku gemar membeli-belah diinternet. Ini kerana, banyak barang yang aku inginkan tiada di Dungun. Jika ada pun, kadang-kala harganya mahal. Oleh itu membeli diinternet adalah penyelesaiannya.

Tidak terkecuali, dalam hal membeli dan menempah kad bisnes. Kad bisnes penting bagi memperkenalkan bisnes kau pada prospek. Ia satu alat yang hebat. Banyak keadaan dimana aku mendapat jualan dari orang yang menerima kad bisnes aku setahun yang lepas.

Jika di Dungun, harga standard kad bisnes adalah RM30 bagi seratus keping. Mahal pada aku, kerana aku boleh dapat RM65 bagi 300keping, depan belakang!


Murah beb. Harga termasuk kos pos. Diaorang buat kerja pun cepat.



Amacam? Cun tak kerja diaorang. kalau kau berminat, kau boleh tengok di http://bisneskadonline.com/


Wednesday, May 02, 2012

Jualan murah Al-Ikhsan

Bertempat di Dewan Sivik Batu 48 Dungun (Depan Sekolah Menengah Intan Zaharah) telah diadakan suatu pesta muda-mudi jualan murah oleh syarikat pakaian sukan bumiputera rockers yang terkemuka, Al-Ikhsan.


Promosi berlangsung hingga 3 Mei 2012. "Timing" yang baik, sebab kakitangan kerajaan dapat "back dated" gaji. Lumayan!


Sebetulnya, aku sangat jarang pergi ke kedai sukan. Ini kerana, baju dan pakaian yang dijual di sana biasanya tidak menyediakan saiz aku. Kalau aku beli juga, rasanya bahagian perut akan terbuka! Hahahahahah.



Jadi, aku tidak tahu harga sebenar. Jadi, aku tidak tahu sama ada yang dijual itu betul murah atau sama sahaja. Tapi, kalau mengikut harga kasut, dalam lingkungan RM79-RM159. Aku rasa harga itu agak berpatutan. Kalau kasut bundle, harganya lebih kurang RM30-RM100.




Lalu, aku sambar sepasang kasut serta sepasang stoking. Bukan kerana nafsu, tapi kasut sukan yang sedia ada sudah tidak boleh diharapkan.


Malam nanti tidur dengan kasut baru. Hahahahahahah.

Tuesday, May 01, 2012

Mekanik bendalir punya fasal

Esok, semua pelajar ploiteknik malaysia yang mengambil subjek Fluid Mechanics/Mekanik Bendalir akan menduduki peperiksaan akhir pada jam 2.30-4.30 petang. Aku doakan kau semua berjaya. Termasuklah kelas yang aku ajar, Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 3.

Aku jarang tengok statistik blog aku. Barangkali pada kadar kekerapan seminggu sekali. Tadi, baru aku perasan yang statistik hari ini dan minggu ini ada kaitan dengan perenggan pertama post ini.
Statistik harian

Statistik mingguan

Nampaknya, banyak trafik harian dan bulanan tertumpu pada post "Nota J3008 Mekanik Bendalir Politeknik Malaysia", barangkali bersempena peperiksaan akhir Mekanik Bendalir pada hari esok.

Pada statistik mingguan, rangking kedua jatuh kepada post "Nota J3009 Kaji Daya Bahan 1". Tidak hairan kerana pada hari khamis dan isnin yang lalu, berlangsung peperiksaan akhir bagi subjek itu.

Paling terkejut (sila buat gaya terkejut!) statistik harian jatuh kepada post berjudul "Cabul". Hahahahahaha