Thursday, June 06, 2013

PERKAYA Inn, Marang

PERKAYA, singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (aku tak berapa pasti, mungkin la kot)

Dinaungi oleh sekumpulan ahli politik dan usahawan tempatan, PERKAYA juga mendapat tajaan dari MAIDAM.

Akan tetapi, atas inisiatif sendiri, PERKAYA juga membina semacam rumah inap yang disewa kepada orang luar. Rumah inap ini diberi nama PERKAYA Inn. Dengan hanya sewa sebanyak RM50 semalam, ia sangat berbaloi!

Pintu masuk. Ambil gambar malam. APTB!

Biliknya memang luas. Kalau setakat 10 orang dewasa memang selesa. Bilik dilengkapi 1 katil queen, 1 katil bujang, satu set meja makan, satu almari, satu meja solek, satu televisyen, satu rak televisyen, penyaman udara, cerek elektrik dan peti ais. Juga, dilengkapi satu bilik mandi dan satu tandas.






 Juga, disediakan juga kopi segera untuk dua orang. Sama standard macam hotel! Tapi, kalau kau duduk 10 orang, lapan orang lagi kena minum kopi kat luar. Hahahahaha

Ada lapan bilik kesemuanya di sini. Selain penginapan bilik, ada juga disediakan penginapan dorm. Ada dua dorm yang boleh memuatkan 20 orang pada setiap dorm.

Selain bilik dan dorm, masih dalam kawasan yang sama, ada semacam mini dewan. Dalam satu bangunan dengan mini dewan itu terdapat juga mini dewan makan. Jadi, kalau nak buat aktiviti macam kem motivasi atau sebagainya untuk 40 orang lebih, boleh saja di buat di sini.

Semua yang di atas, aku cerita yang bagus. Tapi ada yang tak bagus. Yang tak bagusnya, PERKAYA Inn ni terletak dalam kawasan PERKAYA. Jadi, kau tak boleh keluar masuk antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Sebab masa tu pintu pagar berkunci. Tapi, jika kebetulan pakcik yang jaga pintu pagar tu masih berjaga, atau terjaga, atau kau kejutkan dia, boleh saja kau keluar jam 2 pagi.

Ok, suka tak dengan tempat ni? Kalau suka, dengan bersegera hubungi nombor di bawah.



Saturday, June 01, 2013

Buat Duit dengan assignjob.com

Jarang sekali aku menulis dalam bab buat duit. Hahahahaha

Ok, kali ini serius. Sebab bab buat duit ni kena serius! :-)

Sebenarnya, ini merupakan web yang baru. Aku rasa kurang seminggu ia dilancarkan. Konsepnya sama lebih kurang dengan fiverr.com atau murahnya.my. Cuma, aku rasa interfacenya agak santai dan tidak berserabut.

Dalam web ini kau boleh mengupah orang lain atau membuat kerja orang lain dengan bayaran $1.00. Tapi, aku rasanya, kerja yang kau tawarkan harusnya bersesuaian dengan nilai. $1.00. Takkan lah nak suruh buat artikel 1000 patah perkataan dengan upah $1.00.

Memandangkan, web ini baru lagi, tiada banyak kerja yang ditawarkan. User masih ada kurang 5 orang pada masa ayat ini ditulis. Tapi, admin telah menyediakan dua kerja untuk mudah untuk dilaksanakan.

Aiseh, panjang tulis, tak bagitau apakah websitenya. Ok, kau boleh ke http://www.assignjobs.com/

Untuk mendaftar sila ikut langkah berikut

1. Pergi ke http://www.assignjobs.com/

2. Pada hujung atas kanan, klik "Join For Free"

3. Kemudian, isi maklumat-maklumat yang diperlukan. Dan tick kedua-dua ruang di bawah. Siap? Klik "Sign Up"

4. Kemudian, dia akan hantar link confirmation ke emel kita. Klik yang dalam emel tu untuk pengesahan.

5. Siap! Kau sudah berdaftar, dan automatik kau mendapat $2.00.


------------------------------------------------------------------------

Ok, sekarang peneragan untuk buat kerja yang ditawarkan.

1. Login. Kemudian, klik "Available Job" pada kiri skrin

2. Ok, sekarang klik mana-mana job yang ada yang kau rasa boleh buat.

3. Baca deskripsi tugas. Kalau rasa yakin boleh buat apa lagi, klik "Apply for this Job"

 4. Kemudian, sekali lagi dia akan beritahu langkah kerja yang perlu kau buat. Ikut je. Dan, akhir sekali dia akan minta bukti screen shoot / print screen job yang telah kau buat.


5. Bila dah siap job, print screen kerja yang telah dibuat. Berikut contohnya

6. Buka web http://imageshack.us/

7. Klik "Browse" dan pilih gambar print screen tadi. Pada bahagian Image Size, pilih Do Not Resize. Kemudian klik Upload Now.

8. Bila dah siap, klik pada "Continue To Image Link"

9. Kemudian, copy "Direct Link" dan paste pada seperti langkah no 4 di atas.





10. Dari langkah no 4, boleh klik terus 'Submit". Job kau akan di review dulu oleh tuan punya job itu. Kalau ok, barulah dibayar...

Panjang aku menulis kali ni. (Panjang ke?) Hahhahah. Nantikan sambungan cerita ini pada post akan datang. Pada post akan datang aku akan tunjuk cara untuk dapat hasil dari setiap kawan kau yang kau refer ke web tersebut. Jadi, apalagi cergaskan diri ke http://www.assignjobs.com/

Tuesday, May 28, 2013

Wow! Rosmah Mansur Emel Aku!!!

Sebelum ni, seringkali aku menerima emel dari Negeria, Uganda, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Mali, Brazil, dan sekian banyak lagi negara yang aku lupa. Maklum sajalah, emel itu telah aku guna semenjak tahun 1998, pada zaman Dr. Mahathir memerintah.

Emel-emel yang aku terima itu kebanyakkan isinya klise. Orang kaya - banyak duit - ada orang nak ambil duit dia - dia nak simpan ke luar negara - melalui akaun aku - nanti dia beri komisyen. Dan, kebanyakan emel itu aku balas dengan program-program skim cepat kaya seperti Empay, ABFund atau SwishCash. Dan terkadang aku mengajak mereka menyertai sayarikat MLM seperti CNI dan Cosway.

Barangkali idea menghantar emel secara rawak, blasting dan berbentuk spam telah dicedok oleh sekian ramai ahli politik. Samada daripada Barisan Pembangkang atau Kerajaan Pakatan. Tapi, kerana gaya bahasa yang menarik dan menggunakan teknik persuasif, aku tidak mengganggapnya seperti spam. Seterusnya, ahli politik ini berkembang dan mula menggunakan SMS marketing menggantikan emel marketing dalam kempen politik mereka.

Lama kiranya aku tidak menerima emel kempen politik. Tapi, sejurus sebelum pilihanraya, Anwar Ibrahim, de facto Parti Keadilan Rakyat ada mengemel aku meminta sumbangan pilihanraya.

Itu aku tidak berapa hairan. Selepas pilihanraya, Rosmah Mansur menghantar emel peribadi kepada aku. Wow! Rosmah Mansur tu! First Lady of Malaysia. Aku amat terharu! Hahahaha.

Menurut emel yang aku terima, Rosmah Mansur mempunyai masalah dengan duitnya yang banyak di Switzerland sana. Dan secar eksklusif, Rosmah Mansur meminta aku seorang sahaja untuk membantu beliau. Apa macam? Hebat tak aku?




p/s: Spammer ni tengah gian daun ketum agaknya masa tulis emel tu. Agak-agak la nak menyamar. Hahahaha.

Monday, May 27, 2013

Penerima APC 2012 Dapat SSP BSN

Aku, bukanlah cemerlang sangat hingga layak untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Bagi sesiapa yang tak tahu, APC ni merupakan suatu ganjaran kepada pekerja kerajaan yang rajin dan cemerlang. Setiap tahun, 10% dari kakitangan kerajaan layak mendapat APC.

Dulu, hadiahnya sangat lumayan. Tak tahu aku selumayan mana, tapi ia melibatkan pergerakan gaji yang besar. Tapi kini, penerima APC hanya mendapat sijil, cenderahati dan wang RM1,000. Juga peluang lebih baik sedikit untuk kenaikan pangkat.

Dulu, penerima APC mendapat wang tunai yang terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Kini tidak lagi! Kerana penerima APC sekarang menerima saguhati RM1,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Wow! Ada peluang menang Mercedes! Hahahaha

Aku kira ini perkembangan yang sihat. Ialah, kalau bagi duit RM1,000, dalam masa beberapa minit sahaja boleh dihabiskan membeli di Lazada atau Zalora yang servisnya entah apa-apa itu. Sekurang-kurangnya, dengan SSP BSN, lambat la sikit untuk dulu tu habis.




Sunday, May 26, 2013

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO Sesi Jun 2013

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik Konvensional/METrO Sesi Jun 2013

Calon lulusan SPM yang memohon ke Politeknik Konvensional/METrO boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai jam 12.00 tengahari, 24/05/2013.

di alamat : http://upu.mohe.gov.my/

Cetakan surat tawaran kemasukkan ke Politeknik Konvensional/METrO boleh dibuat mulai jam 2.00 petang, 27/05/2013 di www.politeknik.edu.my

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran pengajian ke Politeknik boleh mengemukakan permohonan rayuan secara online yang akan dibuka mulai Isnin 27 Mei 2013 jam 2 petang.
 
 

Thursday, May 23, 2013

Pajak Gadai Ah Wang dan Optical Brain

Kalau kau ke Terengganu cuti sekolah akan datang, jangan kau lupa untuk bertandang ke Pasar Besar Kedai Payang. Ini kerana, mungkin itu kali terakhir kau berkunjung ke sana. Sebab, dengar cerita Menteri Besar Barisan Nasional itu bercadang untuk merobohkannya dan menggantikannya dengan yang baru. Hahahahaha

Ok, sebetulnya bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang ada satu semacam deretan kedai pusat beli belah yang baru. Aku tak tahu apakah namanya, maaf. Tapi, yang nyata kalau kau dari arah Istana Maziah atau Syahbandar, kau akan ternampak satu papan tanda yang amat besar!


Dari jauh yang jaraknya 200 meter, kau boleh lihat dengan jelas papan tanda itu. Lagi mencuri tumpuan, warna yang garang, kombinasi merah dan kuning mengujakan bahagian "Optical Brain" otak orang yang melihatnya. Hal ini seterusnya membuatkan mata terpaku ke papan tanda itu dan membaca apa yang tertulis pada papan tanda itu.

Lagi menagkap "Optical Brain" adalah perkataan AH WANG. Dan, ada semacam nota kaki "Kedai Pajak Kami Juga Dibuka Pada Setiap Hari Jumaat".

Aku tidaklah begitu mahir tentang teori "Optical Brain" ini. Yang au pasti, kebanyakaan syarikat pengiklanan profesional menggunakan teori ini untuk menarik pengguna/pembeli.

Dengan lokasi yang strategik, kaedah pengiklanan yang baik, aku rasa kedai pajak ini lebih berjaya dari kedai pajak Ar-Rahnu.

Belajar sesuatu?

Sunday, May 19, 2013

Kursus Blog Bersama Anak PERKAYA

Ahhh...lama tak menulis. Ada beberapa projek diusahakan. Antaranya projek http://babyneeds.my/. Walaupun buta IT, namun, berjaya juga aku siapkan shopping cart tu! Hahahaha

Juga ada beberapa teknologi sedang aku tekuni. Antaranya hal berkaitan FB Ads. Jika aku rajin dan berkesempatan, akan aku kongsikan di sini. Owh ya, banyak ujikaji FB Ads aku diaplikasikan di  https://www.facebook.com/BabyNeedsShop

Tapi, entah mengapa aku bersemangat untuk menulis kembali setelah memberi kursus membuat blog untuk penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PERKAYA) Marang Terengganu. Sebetulnya, aku bukanlah otai dalam bidang ini. Tahu sikit-sikit je. Standard orang kampung.

Memandangkan aku calon bidan terjun untuk kursus membuat blog itu, tidak banyak persediaan yang dapat dilakukan. Nota pun takde. Semua stok dalam otak aku.

Bagi kursus ini, aku menggunakan platform Blogger/Blogspot. Pada asalnya, selain belajar buat blog menggunakan Blogger/Blogspot, aku nak juga ajar budak-budak tingkatan empat tu Nuffnag, ChurpChurp dan Says.my.

Tapi, jujur, aku sangat terkejut dengan perubahan teknologi. Dalam kepala aku, teknologi blogging masih pada tahap dua tahun lepas. Aku agak terkejut bila explore dan study untuk persedian kursus ini.

Antaranya perubahan tersebut
1- Blogger/Blogspot hanya menerima akaun Gmail sahaja. 
2- Bila daftar Gmail, kena masukkan no telefon. Kemudian, verification code akan dihantar ke telefon dan kena verify supaya Gmail kita boleh guna. Barangkali Gmail cuba memastikan pemunya emel adalah manusia, bukan robot. Juga, setelah aku bertanya En. Google, setiap satu no telefon, boleh verify 15-20 Gmail.
3- Says.my dah takde income ke? Dah macam laman sosial aku tengok. Takde dah rasanya satu klik 20sen. Haiyh!
4- Nuffnag layout baru. Dan tetiba ada RM64 dalam Nuffnag aku. Terus aku klik "Cash Out"! Hahahaha
5- Churp Churp tetap cool. Masih ada lagi satu klik 20sen. Layoutnya pun berubah, tapi aku masih boleh faham lagi.

Akan tetapi, dalam banyak keadaan, apa yang dirancang tidak semestinya terjadi. Begitu juga dengan kursus blog ini. Ada beberapa masalah yang timbul semasa kursus blog ini berjalan.
1- Banyak blog yang budak-budak buat di"unpublished" kerana disyaki blog spam. Aku pula mensyaki perkara tersebut terjadi kerana aktiviti membuat blog yang banyak pada IP yang hampir sama menyebabkan Blogspot curiga.
2- Ada budak-budak yang buat sehigga empat blog, tapi semua di "Unpublished". Kasihan. Ini menyebabkan moral dan semangat mereka untuk belajar jatuh mendadak.

Akan tetapi, 35 pelajar, berjaya juga 14 orang menyiapkan satu blog dengan satu entry.  Hebat!
http://sekarangkinidanselaman.blogspot.com/
http://hatikui.blogspot.com/
http://ieyfarid95.blogspot.com/
http://harishamizan.blogspot.com/
http://gopaaa.blogspot.com/
http://nuyueammyrah.blogspot.com/
http://amirklate.blogspot.com/
http://aniqkaye.blogspot.com/
http://yaallahbantulahaku.blogspot.com/
http://jambubo.blogspot.com/
http://niezalimanperkayahostel.blogspot.com/
http://syazwanq.blogspot.com/
http://telukmenare.blogspot.com/
http://hensem-dilarang-masuk.blogspot.com/ <<< Ini aku punya!

Semoga, blog di atas berjaya dikemaskini secara berkala!


Monday, May 06, 2013

Pen Drive Mini Cooper

Mari baca jika anda rasa perlu menjadi lain dari yang lain...
Ramai Yang Akan TERKEJUT Melihatnya...! 

‘Key-Chain’ Yang Anda Pakai Itu Sebenarnya Adalah ‘Pen-Drive’ 16 GB Memang Sempoi...!

  
SMS "MINI" ke 0197223166 

Hebat sangat ke ‘pen-drive’ comel ni...?
Hendak kata ianya terlalulah hebatnya tidak juga namun yang pasti ianya memang ‘cool’. 
Walaupun ianya key-chain namun ianya...
  Merupakan ‘pen-drive’ yang bersaiz 16 GB... besarkan saiznya.  
 Rekaannya amat-amat comel yang pasti mengambil perhatian orang yang memandangnya.
  Ianya juga amat-amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada insan tersayang mahupun insan-insan yang anda hormati.
Amat-amat sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi samada koleksi ‘key-chain’ atau koleksi  ‘pen-drive’.
 Anda boleh jadikannya sebagai tanda penghargaan anda kepada pelanggan-pelanggan anda untuk  dijadikan sebagai hadiah BONUS, pemberian percuma atau hadiah penghargaan.

Merah

Turqoise

Pink

Biru


Bagaimana nak dapatkan ‘pen-drive’ yang comel ni...???

SMS "MINI" ke 0197223166.
 
RM 100 sahaja
RM 75 sahaja


Satu nilai yang tidak dapat dibandingkan dengan kelainan yang bakal anda terima nanti. Jadi tempah ‘pen-drive’ comel anda sekarang.



Lagi cepat anda bertindak lagi bagus...
Dari pengalaman saya menjual pelbagai barangan pelik lagi comel... ramai diantara kita ingin membeli barangan yang pelik mahupun comel tetapi atas sebab bertangguh maka apabila stok barangan tersebut habis maka barulah sibuk bertanya samada masih ada lagi atau tidak barangan tersebut...

Jadi untuk mengelak dari berlakunya perkara tersebut maka anda perlu bertindak segera kerana ini adalah barangan ‘HOT’ dan selalunya barangan ‘HOT’ ini selalu kehabisan stok dalam masa yang singkat.

SMS "MINI" ke 0197223166

Saturday, February 16, 2013

Sup belut Dungun

Lama tak makan sup belut. Slurrrpppp!

Tempoh hari, kerana Pn. Nurul keletihan sebab menjadi co-pilot dari Bandar Tenggara ke Dungun, lalu kami memutuskan untuk makan malam di kedai sahaja. Memandangkan mood cuti masih lagi terasa di Dungun, lalu, banyak kedai makan tutup di Dungun.

Kami lalu di Jalan Lapangan Terbang. Lalu terjumpa kedai ini. Rezeki.



Nampak biasa sahaja. Tapi, ia menyajikan masakan panas dan juga sup. Bukan sup semalam atau minggu lepas. Sup yang dibuat memang fresh, on the spot dia buat, ala-carte. Ada pelbagai jenis sup. Antaranya sup perut, sup daging, sup tulang dan tidak ketinggalan sup belut!

Kuah sup dia memang terbaik! Masam, manis, pedas dan berempah. Memang pekat! Sangat sesuai dengan belut yang diletak di dalam sup itu. Slurrppp!



Selain sup, belutnya boleh juga dimasak paprik atau kunyit. Lain kali nak cuba yang tu pula!

Owh, lupa nak beritahu lokasinya. Kalau kau dari jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu, ambil jalan ke UiTM Dungun. Lepas bulatan stor JKR, ada sebuah kedai makan di sebelah kanan. Berkembar dengan kedai runcit. Cubalah!


Friday, February 15, 2013

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Pekan, salah satu daerah di selatan Pahang. Juga, seperti mana bandar-bandar di Pahang yang lain, ia tenang dan mendamaikan. Tambah syok, bila ia berada di muara lembah Sungai Pahang, lalu membentuk geografinya yang unik.

Ada beberapa jalan boleh dilalui jika aku dari Dungun hendak pulang ke Bandar Tenggara. Tapi, jujurnya aku gemar laluan pantai Dungun-Kuantan- Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi- Bandar Tenggara. Walaupun bukan laluan yang terpendek atau tercepat, tetapi ia laluan yang mendamaikan! Kurang lebih 450km sahaja.

Kalau lalu laluan itu, Pekan pasti akan aku singgah. Singgah menikmati condol mamak yang pekat atau rojak atau kedua-duanya di tepi hiruk pikuk jalan raya; di pinggir sungai. 

Tempoh hari, kerana petang masih awal, aku lantas singgah di Muzium Sultan Abu Bakar. Hanya kira-kira 300 meter dari lokasi van mamak cendol. Memandangkan aku bukan rakyat Pahang, aku dikenakan caj RM5. Kalau kau rakyat Pahang, kau hanya perlu membayar RM4. Kalau nak masuk percuma ke muzium ini, kau perlu berpakaian sekolah. Hahahaha









Aku suka muzium. Begitu juga dengan muzium ini. Lanskap luarnya memang terbaik! Ada monumen jentera perang lama. Juga, ada arca haiwan yang diperbuat dari kayu. Dengan laman yang luas dan hijau, juga kolam pancutan yang minimalis, ia kelihatan hebat kawan!

Sebetulnya, muzium ini adalah istana lama. Istana Kota Baram.



Ada pelbagai segmen di muzium ini. Ada segmen tentang fabrik dan fesyen, ada segmen tentang orang asli di Pahang, ada segmen tentang kesultanan Pahang, juga, ada segmen tentang seni dan budaya Pahang. Klise bagi sebuah muzium. Tapi, di muzium ini banyak skrin interaktif disediakan.





Muzium ini banyak gambar, artifak dan replika. Tapi, malangnya tiada penerangan mengenai objek-objek tersebut. Agak mengecewakan. Kalau tengok sesebuah gambar tu, aku tak tahu gambar itu mengenai apa. Atau, kalau melihat patung pakai baju, aku tak tahu apa patung itu lakukan atau pakai. Jadi, masuk muzium tu hanya lihat-lihat sahaja. Tanpa banyak ilmu yang boleh diserap.

Barangkali kerana muzium ini baru, jadi perkara tersebut barangkali akan ada. Barangali. Aku bersangka baik ni. Hahahahaha.


Monday, February 11, 2013

Sotong Gunting Berebut

Kuala Terengganu terkenal dengan koleksi celup tepungnya. Dari udang, sotong, ikan, tapai, keropok dan ubi. Boleh kata kedai celup tepong cukup laris jualannya, hampir di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Terengganu.

Tapi, pada aku, kedai celup tepung yang terbaik adalah di Batu Rakit. Rasanya sangat sedap dan harganya relatifnya murah. Kedai ini tiada nama, tiada papan tanda. Tapi, aku namakannya "Kedai Sotong Celup Tepung Gunting Berebut"



1- Kedai ini menjual pelbagai makanan laut celup tepung. Udang, ikan dan paling laris sotong.

2- Menariknya, sotong dicelup goreng seekor. Besar. Sebesar tapak tangan aku. Kalau libas kepala sotong kat pipi kau, berbekas juga la rasanya! Hahahahaha. Oleh sebab adalah mustahil, dan kelihatan tidak bertamadun makan sotong sebesar itu, ia perlu dipotong. Bukan tokey kedai yang potong, kau perlu potong dan kerat sendiri dengan gunting yang disediakan.



3- Juga, kau perlu berebut untuk mendapatkan sotong goreng celup tepung itu. Terkadang, melihat orang yang berebut itu sepertinya orang di Sahara yang kebuluran. Atau semacam tidak pernah makan sotong seumur hidupnya. Ataupun dibayangkan seperti itulah sotong terakhir yang ada di muka bumi, yang lain sudah pupus. Akibat rebutan itu, seringkali badan dan kepala sotong terpisah. Ini menyukarkan tokey untuk menentukan harga. Juga, ada juga yang kelecuran tangan akibat gelojoh merebut sotong yang baru keluar dari kuali panas.



4- Kalau kau tak tergamak untuk berebut, kau boleh berdiri di sebelah tokey, sambil buat muka kasihan. Itu kaedah yang mudah kawan! Tanpa tenaga, tanpa masam muka, tanpa melihatkan kau seperti kebulur sotong. Tokey, dengan senang hati akan mengambilkan sotong terbaik untuk kau, sebelum memberi yang bakinya kepada sang-sang perebut.



5- Pada aku, masalah perebutan itu boleh diatasi jika kedai itu tidak melaksanakan konsep layan diri. Sepatutnya, boleh sahaja pelayan datang ke meja pelanggan dan menanyakan apa yang hendak dipesan. Dan, pelanggan boleh menunggu dengan sabar, ikut giliran di meja masing-masing.


Sunday, February 10, 2013

Bau Asap Eh

Cerita makan lagi. Dahla lama tak post. Sekali post cerita makan. Hahahaha

Kali ini aku nak cerita tentang kedai Bau Asap Eh. Kedai ni terletak di Kampung Serating, Merchang, Marang, Terengganu. Kalau kau dari Dungun, kau akan menemui kedai ini di sisi kanan, menghala ke Kuala Terengganu, ikut jalan pantai.



Selama berulang-alik Dungun - Kuala Terengganu, jarang aku lihat kedai ini dibuka. Kalau pun dibuka, jualannya tinggal sedikit dan tidak lagi bugar. Tapi, entah macam mana, minggu lepas, aku berjaya singgah di kedai itu.



Kedai ini ringkas sahaja jualannya, hanya akok Terengganu, kuih bakar dan bahulu Terengganu. Ketiga-tiga makanan tradisi itu dimasak menggunakan kaedah bakar. Yang bagusnya di sini, ia dibakar menggunakan tempurung dan sabut kelapa. Hasil pembakaran itu menghasilkan asap yang mempengaruhi bau dan rasa kuih-kuih itu. Akhirnya terbitlah nama "Bau Asap Eh".



Kedai ini dibuka hingga sekonyong-konyong usai Asar. Kalau lambat, kau hanya dapat beli debu tempurung sahaja. Hahahaha

Rasanya, tak perlu dipertikaikan. Akoknya tidak terlalu manis, tidak lebih dan tidak peroi. Manakala kuih bakarnya mempunyai rasa pandan yang kuat, juga tidak manis dan kenyal. Memang "A"!





Kalau kau nak rasa kuih Terengganu yang mempunyai rasa asli, di sini tempatnya.