Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts

Friday, February 12, 2016

Kenapa Pasar Malam Ini Hanya Dua Kali Sebulan



Ini pasar malam di kampung aku. Bandar Tenggara. Ya, kampung aku adalah bandar. Tapi, bukan macam bandaraya Johor Bharu mahupun bandar Dungun. Malah, Bandar Baru Uda atau Bandar Tun Razak jauh lebih besar dari bandar aku ni. Mungkin Bandar Tenggara ni macam Bandar Tasik Selatan (Olan) kot.

Sebetulnya, Bandar Tenggara adalah pusat bandar wilayah kemajuan luar bandar Johor Tenggara. Kalau kau perhati, kebanyakan bandar bermula di tepi laut, tepi sungai atau di dataran lembah yang luas. Tapi, Bandar Tenggara ni wujud di tengah- tengah hutan. Ia dikelilingi lebih sedozen perkampungan felda, estet dan orang asal dalam lingkungan 30km radius.

Jauh aku punya intro. Kau memang gigih boleh baca sampai sini. Hohohoho.

Pasar malam di kampung aku ni tidak dipanggil pasar malam. Kami panggil pasar lambak. Tak tahu la aku sebab apa di panggil pasar lambak. Nak kata ada joget lambak, memang takde. Mungkin sebab berlambak orang meniaga dan berlambak orang datang shopping dan cari bini di sini.

Pasar lambak di sini diadakan dua kali dalam sebulan. 9 dan 20 haribulan setiap bulan. Kalau 9 dan 20 haribulan tu jatuh hari Khamis malam Jumaat, ia akan dianjakkan pada keesokan hari. Ini bagi peluang pada masyarakat untuk membuat yasinan. Yasinan ini adalah bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai. Ia secara adat dilakukan setiap malam Jumaat.

Selain Bandar Tenggara, pasar lambak juga diadakan dua kali sebulan di perkampungan sekitar 30km radius. Memandangkan ada lebih sedozen perkampungan, memang tak cukup masa untuk rotation dalam tempoh seminggu. Itu sebab kena buat dua kali sebulan. Sebab apa kena buat rotation? Sebab, peniaga yang sama juga yang berniaga di pasar-pasar lambak tersebut.

20 tahun lepas memang meriah pasar lambak ni. Panjang. Memang tak larat nak jalan dari hujung ke hujung. Ialah, masa tu tak ramai mampu ada kereta untuk ke Kluang, Kulai atau Kota Tinggi. Di pasar lambaklah penduduk membeli barang keperluan yang tak ada dijual di kedai-kedai di Bandar Tenggara ketika itu. Juga, ini adalah peluang untuk penduduk berlibur.

Sekarang pasar lambak kurang meriah. Semakin kontot. Penduduk pun dah ramai yang ada kereta. Jadi, bila-bila masa sahaja mereka boleh ke Kluang, Kulai, Kota Tinggi, malah ke Johor Bharu untuk shopping. Pemuda juga sud
ah bosan untuk mencari bini di pasar lambak. Bosan melihat gadis sekampung. Keturunan tak berkembang. Ada baiknya mereka mengorat makwe bandar. Rambut karat, jeans ketat, pakai Myvi, kerja kerani. Keturunan pun berkembang.

Sebelum jauh aku merepek, aku tamatkan artikel ni di sini. Memang anti-klimaks. Tak macam drama laki curang bini derhaka petang-petang tu yang kau boleh agak penamatnya walaupun baru tengok episod pengenalan.

Friday, February 15, 2013

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Pekan, salah satu daerah di selatan Pahang. Juga, seperti mana bandar-bandar di Pahang yang lain, ia tenang dan mendamaikan. Tambah syok, bila ia berada di muara lembah Sungai Pahang, lalu membentuk geografinya yang unik.

Ada beberapa jalan boleh dilalui jika aku dari Dungun hendak pulang ke Bandar Tenggara. Tapi, jujurnya aku gemar laluan pantai Dungun-Kuantan- Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi- Bandar Tenggara. Walaupun bukan laluan yang terpendek atau tercepat, tetapi ia laluan yang mendamaikan! Kurang lebih 450km sahaja.

Kalau lalu laluan itu, Pekan pasti akan aku singgah. Singgah menikmati condol mamak yang pekat atau rojak atau kedua-duanya di tepi hiruk pikuk jalan raya; di pinggir sungai. 

Tempoh hari, kerana petang masih awal, aku lantas singgah di Muzium Sultan Abu Bakar. Hanya kira-kira 300 meter dari lokasi van mamak cendol. Memandangkan aku bukan rakyat Pahang, aku dikenakan caj RM5. Kalau kau rakyat Pahang, kau hanya perlu membayar RM4. Kalau nak masuk percuma ke muzium ini, kau perlu berpakaian sekolah. Hahahaha









Aku suka muzium. Begitu juga dengan muzium ini. Lanskap luarnya memang terbaik! Ada monumen jentera perang lama. Juga, ada arca haiwan yang diperbuat dari kayu. Dengan laman yang luas dan hijau, juga kolam pancutan yang minimalis, ia kelihatan hebat kawan!

Sebetulnya, muzium ini adalah istana lama. Istana Kota Baram.



Ada pelbagai segmen di muzium ini. Ada segmen tentang fabrik dan fesyen, ada segmen tentang orang asli di Pahang, ada segmen tentang kesultanan Pahang, juga, ada segmen tentang seni dan budaya Pahang. Klise bagi sebuah muzium. Tapi, di muzium ini banyak skrin interaktif disediakan.





Muzium ini banyak gambar, artifak dan replika. Tapi, malangnya tiada penerangan mengenai objek-objek tersebut. Agak mengecewakan. Kalau tengok sesebuah gambar tu, aku tak tahu gambar itu mengenai apa. Atau, kalau melihat patung pakai baju, aku tak tahu apa patung itu lakukan atau pakai. Jadi, masuk muzium tu hanya lihat-lihat sahaja. Tanpa banyak ilmu yang boleh diserap.

Barangkali kerana muzium ini baru, jadi perkara tersebut barangkali akan ada. Barangali. Aku bersangka baik ni. Hahahahaha.


Saturday, March 19, 2011

Malu aku! Mukanya ni macam ditampal kulit babi!

"Ya Allah! Malu saya cikgu! Dulu abangnya kena buang. Ini adiknya pula. Malu saya cikgu. Mukanya ni macam ditampal kulit babi!"

Masih terngiang-ngiang dialog di atas. Semasa aku di SMT Kota Tinggi seingat aku. Kawan aku dibuang asrama. Abangnya dahulu pun pernah juga dibuang dari asrama yang sama. Dialog di atas diucapkan oleh bapa kawan aku kepada salah seorang guru kami. Menariknya, dialog diucapkan dengan slang Jawa yang pekat. Sebutan babi itu menjadi "babbi".


Dan, terkadang-kadang terasa juga muka ini macam ditampal dengan kulit babi apabila membaca keratan akhbar seperti di atas. Aiseymen....

Wednesday, March 24, 2010

Mesin Itu Untuk Menaip

Lama aku tidak menggunakan mesin taip. Paling akhir seingat aku, semasa membuat laporan projek rekabentuk bagi subjek Pengajian Kejuruteraan Jentera sewaktu tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi 12 tahun yang lampau. Kalau diikutkan hati mahu saja aku menulis laporan itu menggunakan tangan, tapi masih segar kata dua Cikgu Maidin, "Siapa tulis tangan, markah pun standard tulis tangan jugalah".

Pada masa itu, ada juga rakan-rakan yang menulis menggunakan komputer, dan mereka dipandang sebagai manusia yang sangat hebat dan sangat kehadapan pengetahuan ilmunya.

Itu 12 tahun yang lalu. Kini, komputer menjadi satu pekara yang biasa. Ia tidak lagi dianggap sebagai kehandak, tetapi ia merupakan suatu keperluan. Ia memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Ia amat membantu di zaman dunia tanpa sempadan kini.

Namun, masih lagi ada manusia yang setia pada mesin taip. Tuan rumah aku misalnya, masih menggunakan mesin taip untuk memberi resit pembayaran sewa rumah.


Bila ditanya kenapa pakcik tak pakai komputer. Jawab beliau, beliau lebih selesa menggunakan mesin taip. Juga, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Jawapan yang klise, secara tersurat. Tetapi, secara tersirat menaip memerlukan ketelitian. Kesilapan menaip bermaksud kau perlu membuang seminit masa kau untuk membetulkan kembali ejaannya.Ataupun kau perlu membuang kertas kau.

Ternyata pakcik itu memang teliti orangnya...

Sunday, February 28, 2010

Kelapa Bakar

Kalau kau singgah di Ayer Hitam, Johor, ada baiknya kau singgah di tempat ini.

 

Gerai ini terletak di tepi jalan Kluang-Ayer Hitam. Berhampiran Institut Pertanian Ayer Hitam. 

Kelapa muda di panggang di atas bara selama satu jam. Boleh diminum sejuk atau panas. Harga sebiji RM4.00. Rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi bila tambah dengan sedikit madu.



Ada satu lagi gerai, setahu aku, terletak di jalan Kota Tinggi - Ulu Tiram. Juga di Johor. Tempat lain aku tak pasti ada atau tidak.

Wednesday, June 24, 2009

Duri Dalam Daging

Selak-selak fail-fail dalam netbook aku yang murah ini (kerana aku belum mampu untuk membeli laptop yang mahal) terjumpa suatu gambar lama dalam arkib aku. Antara gambar yang sempat di selamatkan dari henpon yahudi cap kambing gurun aku yang lama itu.

Perhatikan gambar di bawah. Adu tulang ikan tertusuk di jari itu, dan jari itu adalah jari mak aku. Owh!


Kecelakaan itu berlaku tatkala mak aku sedang membersihkan lubang sinki. Mujur aku ada di Bandar Tenggara tatkala itu. Menggunakan kereta Lamborghini Biru aku, aku terus memecut ke klinik kesihatan Bandar Tenggara. Malangnya ia tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Terus aku memecut ke sebuah klinik swasta, juga di Bandar Tenggara. Malang sekali lagi, doktor yang cun itu tidak berani untuk mencabut duri itu.

Sekali lagi aku memecut. Kali ini lebih laju. Ada stail macam 30% Karamjit Singh dan 70% Jensen Button. Terus ke Hospital Kota Tinggi yang berjarak 40km++ dari Bandar Tenggara. Pembantu perubatan di hospital itu dengan selamba merawat mak aku. Beliau kelihatan amat berpengalaman walaupun sekadar pembantu perubatan.

Selesai rawatan mak aku cakap "Nasib baik kau ada Jam..."

p/s: Moral: Berhati-hati dengan duri ikan...

Tuesday, March 31, 2009

Iklan Layanan Masyrakat 5: Telur Pindang

Jalan-jalan di Johor Bahru yang keliru tempoh hari.

Dalam perjalanan pulang melalui Kota Tinggi untuk ke Bandar Tenggara, aku singgah di Hentian Rehat Panti. Atas meja di salah sebuah kedai, terdapat telur pindang. Memang klasik beb. Lama aku tak makan telur pindang. Dulu, kalau pergi kenduri kawin, mesti tuan rumah beri telur pindang sebagai bontrot/berkat/buah tangan. Sekarang susah nak jumpa. Biasanya tuan rumah beri kek/gula-gula/jajan.

Memang sedap sekali telur pindang tu. Memang kena dengan bakso yang aku pesan di gerai itu.

Kalau kau orang Johor, untuk mendapatkan telur pindang itu dalam kuantiti banyak, kau boleh hubungi En. Jalil di talian 019-7416610. Gerai beliau nombor 11.

Kalau kau orang Terengganu, aku boleh tolong kau belikan telur pindang itu dari En. Jalil. Tapi, hulur sikit la duit minyak kat aku. Huhuhuhuhu

Sunday, March 22, 2009

Papan Tanda Yang Mengusutkan Keadaan

Seminggu aku tak online. Ada tugas rasmi yang perlu dilakukan di Johor Bharu dan Kota Tinggi. Sudah lama kiranya aku tidak ke Johor Bharu. 3 tahun barangkali. Nyata, Johor Bharu banyak berubah. Banyak flyover telah wujud, antaranya di persimpangan ke Pontian/UTM Skudai. Juga di Taman Perling ada flyover menuju lebuhraya ke Gelang Patah/Nusanjaya.

Walaupun dulu kerap aku ke Johor Bharu, tapi aku sesat juga. Bukan kerana banyak jalan yang berubah, tetapi kerana papan tanda jalan yang mengelirukan. Ada juga papan tanda yang dilindungi pokok sepenuhnya.

Masalah papan tanda jalan ni bukan hanya berlaku di Johor Bharu, malah di seluruh Malaysia. Pada hemat aku, papan tanda di Malaysia ni hanya ditujukan pada mereka-meraka yang amat biasa dengan sesuatu tempat tersebut. Erm...

Mujur aku membawa google maps bersama, walaupun tidak 100% membantu, namun ia amat membantu tatkala aku kusut membaca papan tanda jalan yang mengelirukan. Kelemahan utama google maps: dia tak kira jalan rosak, jalan ada divider, jalan sesak, ataupun jalan berubah, dia main bedal je. Kalau aku mempunyai kereta terbang, mungkin google maps 100% boleh membantu. Ermm...

Wednesday, January 28, 2009

Tag Keenam

Tag kesekian kalinya dari Halena

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (soalan tiada kaitan)
C) Continue this game by tagging 8 other people. (aku tidak mahu tag sesiapa. boleh?)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1.What have you been doing recently?
Mengular..

2.Do you ever turn your cell phone off?
Amat jarang berlaku

3.What happened at 10am today?
Kerja la. Kan hari keje nih. Apa punya soalan la...

4.When did you last cry?
Rahsia. Huhuhuhuhuh

5.Believe in fate/destiny?
Rukun Iman. Mestilah percaya

6.What do you want in your life now?
Aku tak tau. Kepala otak aku berkecamuk. Arggghhhh!!!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Aku redah je kalau hujan

8.What's your favourite thing to do on the bed?
Kira duit.

9.What bottoms are you wearing now?
Seluar slack

10.What's the nicest things in your inbox?
Soalan ni untuk inbox emel atau inbox henfon?

11.Do you tend to make the relationship complicated?
Tidak sama sekali.

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Gila apa. Susah nak cari saiz macam aku

13.What was the last movie you caught?
Budak Kelantan. Best cerita ni.

14.What are you proud of?
Diri aku sendiri. Semacam ada motivasi tersendiri bila aku bangga menjadi diri aku sendiri.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Cis! Soalan meragukan. Lalu aku memutuskan untuk tidak menjawab. Huhuhuhu

16.What was the last song you sang out loud?
Memandangkan kereta aku tidak mempunyai radio, aku memang menyanyi kuat-kuat tatkala berpetualang sama ada dari Johor atau dari Terengganu. Dan semalam 1/10 dari masa perjalanan, aku telah menyanyikan lagu Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi.

17.Do you have any nicknames?
-Ijam
-Ijam buah (sebab bapak aku penjual buah-buahan yang berjaya)
-Roshaizul
-Ijam gemuk

18.What does the newest text say?
(aku membuat anggapan soalan ini untuk teks pada henfon aku)
Jam... aku mc hari ni, mintak tlg ko ckp kat syidah ek...Ckp aku mc...

19.What time did you go to bed last night?
1 pagi.

20.Are you currently happy?
Ya. Tapi tidaklah sehingga melompat-lompat kegembiraan.

21.Who gives you the best advise?
Awek aku. Dia kalau beri nasihat, aku boleh tertunduk keinsafan...

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Pernah jugak kadang-kadang. Huhuhuhuh

23.Who did you talk on the phone last night?
Cik Nurul.

24.Is something bugging you now?
Bugging tu apa? Maklum lah, aku lemah english. SPM dulu dapat 8.

25.Who was the last person to make you laugh?
Diri aku sendiri. Aku kan seorang yang lucu. (poyolah ko Jam!)

Tuesday, January 06, 2009

Terima Kasih BSN

Dulu, bila orang sebut Bank Simpanan Nasional mesti terbayang bank yang buruk dan terletak di ceruk-ceruk pekan kecil. Pelanggannya pula biasanya makcik dan pakcik yang buta huruf ataupun budak-budak sekolah yang nak keluarkan duit biasiswa. Oleh yang demikian ada yang mengatakan bahawa BSN adalah "Bank Orang Kampung" atau "Bank Budak Sekolah". Produk pun tak la banyak. Ada la dua tiga jenis je. Di tambah lagi kerani-kerani di kaunter yang masam mencuka wajahnya dan melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Tapi itu semua dulu....

Sekarang ini aku rasa BSN makin bertambah baik dari masa ke semasa. Gadis-gadis genit berbaju jingga begitu murah senyumannya dan mesra layanannya. Walaupun kebanyakan cawangan BSN masih terletak di kawasan yang agak pedalaman, tetapi suasananya dalamannya agak memikat. Air-cond sejuk, seat selasa. Selain itu, mudah bagi aku untuk berurusan dengan BSN kerana cawangannya banyak dan terletak di tempat-tempat yang agak startegik.

Dan lagi, produk BSN makin banyak dan sangat kompetitif berbanding bank yang lain. Contoh, yang aku gunakan sekarang kad kredit Al-Aiman. Dengan caj 15% setahun dan caj cash advance hanya RM50 bagi apa-apa nilai, ia amat berbaloi.

Tapi, yang aku sayang sangat dengan BSN sekarang (huhuhuhuhu) ni adalah perkhidmatan pelanggannya. Memang luar biasa bagus!

Akhir tahun lepas aku ada buat cash advance melalui kaunter di BSN Daerah Kota Tinggi. Kerana kegopohan aku, kad kredit BSN aku telah tertinggal di kaunter bank. Mulanya aku tak perasan. Tetapi, setengah jam kemudian, seorang akak (yang cun) telah menelefon aku mengatakan kad kredit aku tertinggal. Cis! Puaka aku rasa! Lalu akak tersebut berjanji untuk menyimpan kad kredit aku.

Kemudiannya, beberapa jam kemudian, seorang kakitangan BSN Kuala Lumpur telah menelifon aku bagi mengesahkan bahawa kad kredit aku tertinggal di bank. Aku mengiakan sahaja. Kemudian, beliau mencadangkan untuk aku mem"block" sementara kad tersebut untuk keselamatan. Memandangkan aku seorang yang kedekut, aku bertanya kepada beliau "kena caj ke ni?". Lalu beliau menjawab "Free of charge ! Nanti, bila Encik dah ambil balik kad kredit Encik, Encik boleh unblock." Dan aku bersetuju dengan cadangan beliau.

Aku mengambil kad kredit aku yang tertinggal di BSN Kota Tinggi pada awal tahun ini. Aku disambut dengan senyuman oleh akak yang menyimpan kad kredit aku. Sambil menghulurkan sampul surat bergam yang berisi kad kredit aku, beliau berseloroh kepada aku "Muda-muda lagi dah lupa...". Huhuhuhuhu

Setengah jam kemudian, BSN Kuala Lumpur telefon aku untuk unblock kad kredit aku. Dan aku setuju. Memang efisyen kerja BSN ni. Memang aku rasa dihargai sebagai pelanggan BSN...

Thursday, December 11, 2008

Roshaizul Yang Buta IT

1993, Kelas 6 Bestari, Sekolah Rendah Bandar Tenggara 1
Hadzrie: Jam, ko tak nak join kelas komputer ke?
Aku: Komputer tu apa?

1996, Kelas 3RKA1, Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai
Alan: Jam, ko nak outing nanti belikan aku disket.
Aku: Disket tu apa?

1998, Kelas 5 Jentera, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
Romlie: Ajax, camna nak gelapkan perkataan dalam Word ek?
Ajak: Ala, ko tengok kat bahagian atas skrin ko. Ada huruf B. Ko klik situ. B tu stand for Bold.
Aku: Err....Word tu apa? Bold tu apa? Bolt and nut ke? Ke bot pancung?

2000, Makmal AutoCAD, Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja
Lecturer: Lepas siap drawing tu, save dekat desktop PC. Pastu save as jugak dekat dalam disket.
Aku: Encik, camna nak save dekat desktop? Pastu camna nak save as dalam disket?

2003, Pusat Penyelidikan Automotif, UTM Skudai
Aku: Bang, ada disket tak? Nak save file Word ni.
Mardani: Disket takde, thumdrive ada la.
Aku: Thumdrive tu apa?

2005, Makmal ICT, Kampus Bandar, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Aku: Ko buat apa tu Pis?
Hapis: Syyyhhh...aku tengah download ni.
Aku: Download tu apa?
Hapis: Syhhhhh...!! Jangan cakap kuat-kuat!

2008, Makmal Robotik, Politeknik Dungun
Mazudi: Jam, tolong aku boleh?
Aku: Tolong apa?
Mazudi: Tolong install FileZila dalam setiap PC dalam lab ni?
Aku: Fail Zila tu apa? Zila Jalil punya fail ke?

Wednesday, October 08, 2008

Drama Meleleh

Aku perasan, setiap kali raya, stesen televisyen di Malaysia berlumba-lumba menyiarkan rancangan yang menarik. Rancangan yang begitu klise sudah pastinya filem-filem, rancangan nyanyian lagu hari raya beramai-ramai dan juga drama meleleh yang tajuknya pasti akan ada perkataan "lebaran", "raya", "takbir" dan seangkatan dengannya.

Terus terang, aku tidaklah begitu teruja untuk menonton rancangan-rancangan tersebut kerana aku lebih suka beraya menziarah saudara dan rakan-rakan di serata pelosok negeri Johor, dari Muar ke Johor Bharu, juga dari Pontian ke Kota Tinggi, dan tidak ketinggalan di Bandar Tenggara.

Menarik, setiap kali aku berkunjung ziarah ke rumah orang, pastinya mereka akan menyalakan suis peti televisyen mereka. Kebetulan, kebanyakan rumah yang aku pergi rancangan drama meleleh sedang ke udara di peti televisyen mereka.

Pemerhatian aku, tidak kurang 10 drama meleleh telah ke udara sepanjang hari raya. Ini menunjukkan para pembikin drama Malaysia amat gemar menerbitkan drama yang pelakonnya mesti menangis. Jika ditanya oleh wartawan hiburan mengapa mereka ini gemar membikin drama meleleh sempana hari raya, barangkali ini jawapan mereka "Itu kehendak penonton. Kita buat drama untuk orang tengok. Tak guna buat drama yang orang tak nak tengok". Barangkali juga mereka akan menjawab begini, "Drama yang saya buat ni akan memberi keinsafan kepada penonton".

Aku setuju dengan pendapat mereka itu. Tapi, kalau sampai sepuluh drama leleh setiap kali raya, apa kejadahnya. Muak! Bukan ke Eidulfitri adalah tentang meraikan kejayaan? Bukan ke Eidulfitri adalah tentang kegembiraan?

Apa kata sekali sekali dibuat pula cerita tentang cabaran mualaf berpuasa, misalnya. Ataupun kisah perjalanan kejayaan seorang ahli perniagaan muslim. Boleh juga dibuat drama tentang kegembiraan seorang anak yang berjaya memajukan ekonomi keluarganya.

p/s: Gue suka bangat sinetron Diari Ramadhan/Raya Rafique.

Friday, August 22, 2008

Bila Pak Lah Naik LRT

Aku tengok Buletin Utama TV3 malam tadi. Pak Lah yang berjiwa rakyat itu telah mencuba untuk menaiki LRT. Barangkali itu kali pertama beliau menaiki LRT dan beliau terkejut melihat kesesakan di stesen dan dalam LRT. Dan beliau juga terkejut apabila mendengar keluh kesah pengguna LRT. Dan beliau berjanji akan memperbaiki sistem pengangkutan di ibu negara.

Barangkali juga, Pak Lah perlu turun ke seluruh negara bagi melihat sendiri sistem pengangkutan di seluruh negara. Jika di ibu negara Pak Lah merasakan bahawa sistem pengangkutan begitu teruk, di tempat yang bukan ibu negara keadaan barangkali lebih teruk!!!

Barangkali Pak Lah perlu turun ke Bandar Tenggara misalnya. Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk samada ke Kulai/Johor Bahru, atau ke Kluang, atau ke Kota Tinggi di stesen bas Bandar Tenggara. Barangkali Pak Lah boleh menulis sebuah novel sementara menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Dungun. Barangkali juga Pak Lah boleh meminta pengawal peribadi beliau membawa payung dan kerusi lipat sebagai persediaan untuk menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh mendengar rungutan pelajar Politeknik dan UiTM Dungun yang tiada kenderaan sendiri tatkala mereka perlu dengan segera ke bandar Dungun. Mereka perlu membayar RM2 sehala, dan RM4 untuk pergi dan balik. Dan barangkali lebih menjimatkan jika mereka menyewa kereta kancil selama sejam dengan bayaran RM5 dan boleh dinaiki seramai 5 orang yang mempunyai berat badan kurang 50kg. Barangkali juga bisnes kereta sewa di bandar Dungun mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Err...cuba korang kira berapa banyak "barangkali" yang aku guna dalam post ni, termasuklah "barangkali" dalam ayat ini.

p/s: Barangkali cikgu Apis17 boleh menggunakan post ini sebagai contoh penggunaan perkataan "barangkali" dalam karangan Bahasa Melayu darjah 5.

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu