Saturday, May 30, 2009

Reben Tayar


Gambar lama. Sewaktu pertandingan projek semester akhir diploma yang lalu. Ada satu kumpulan meletakkan riben pada tayar lori mereka. Bila di tanya mengapa, mereka berkata "tayar ni hodoh sangat la encik, ada reben ni ni nampak berseri sikit". Erm...

Tuesday, May 26, 2009

Dengarlah Rayuanku Ini...

Selesai sudah menanda kertas peperiksaan akhir. Selesai juga markah dimasukkan ke dalam sistem. Ternyata pencapaian pelajar pada semester ini sedikit merosot. Dijangkakan akan ada yang gagal dan mengulang subjek.

Seperti biasa, tatkala menanda kertas peperiksaan akhir, pasti akan ada ayat-ayat rayuan. Berikut antara ayat rayuan yang berjaya dirakam oleh henpon cap yahudi.


En. Roshaizul Nizam. Sy harap encik bagi lah saya lulus. T.ksh


HARAP-HARAPENCIK LULUSKAN SAYA. SAYA DAH MENCUBA SEDAYA UPAYA SAYA. NI LAST SEM UNTUK SAYA MINTAK TOLONG SANGAT-SANGAT


lulus la cik


(BLUR)


-PB x cukup.
- Tolong Encik


Tolong cik!


To: En Roshaizul Nizam, Sya harap EN bagilah saya lulus. T.kasih.


(Mintak lulus pun jadilah Encik) Ini saja yang termampu


Assalamualaikum cik.....ikhlas dari hati cik...saya harap sangat2 cik dapat tolong luluskan saya...bagilah markah simpati cik utk luluskan saya...Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa cik....


semoga cik bahagia dunia akhirat. wasalam..

Ternyata aku tidak terpengaruh dengan rayuan-rayuan tersebut. Aku harus bertindak profesional.

Disamping rayuan-rayuan tersebut, ada juga yang mendapat 100 markah! Aku memang takjub dengan budak ini. Tahniah kepada beliau.

Monday, May 25, 2009

Akhirnya...Setelah Sekian Lama

Lama sungguh aku tak mengemaskini blog ini. Fikiran, jiwa, minda dan fizikal aku benar-benar kusut beberapa minggu yang sudah. Alhamdullilah hari ini sedikit lega dan menyegarkan (seperti haruman fabreeze barangkali, huhuhuhuhuh)

Kekusutan yang melanda adalah kerana beberapa faktor,

1) Sekarang ini hujung semester. Lalu, pelbagai perkara "hujung semester" perlu dilakukan. Antara yang paling menguji fizikal dan kesabaran adalah tatkala menanda kertas peperiksaan akhir.

2) Persiapan perkahwinan. Kau jangan tak tahu aku hendak berkahwin dengan Cik Nurul tak lama lagi. Jadi selepas ini tak perlulah aku cover line gila babi tatkala sedang berdating. Juga, beberapa minggu sudah aku kalut menguruskan hal borang kahwin dan kad kahwin. Bagi pengetahuan kau semua, aku membuat sendiri kad kahwin bagi menimatkan kos.


3) Membantu rakan-rakan dan juga bos. Beberapa rakan aku dan beberapa bos aku meminta tolong aku membuat beberapa kerja/tugasan/esei untuk mereka. Aku bersetuju kerana mereka bersetuju untuk membayar khidmat aku. Huhuhuhuhuhu

4) Perniagaan kerepek yang secara tiba-tiba menggila. Tak tahu kenapa. Barangkali kerana kesedapan kerepeksedap.com yang begitu menggoda. Oleh sebab itu juga aku masih tidak sempat menghantar kerepek percuma kepada mereka-mereka yang telah aku janjikan. Maaf.

5) Projek gelap aku. Projek ini betul-betul gelap. Kau semua tak tahu. Kawan-kawan aku tak tahu. Mak bapak aku tak tahu. Malah Cik Nurul sendiri pun tak tahu. Huhuhuhuhuh

6) Kesihatan aku tergangu. Betul-betul tergangu. Hingga aku harus mengambil dadah di klinik kesihatan Kuala Abang.

Monday, May 18, 2009

PB J3009 DAD5-S1 Jan09 Muktamad

Markah penilaian berterusan subjek Kaji Daya Bahan 1 (J3009) Diploma Automotif semsester 5 seksyen 1 sesi Januari 2009.

Ini merupakan markah yang muktamad.

Sila download di sini.

Saturday, May 16, 2009

Penilaian Berterusan J3009 DEM3-S1 Jan 09

Berikut adalah markah penilaian berterusan bagi subjek Mekanik Bendalir J3008 Diploma Mekatronik semester 3 seksyen 2 sesi Januari 2009.

Sila download di sini

Saya bagi markah yang agak tinggi. Tapi, jangan terleka. Kelak kepala terhantuk pada alang pintu. Semoga berjaya dalam peperiksaan. Semoga kita tidak berjumpa lagi semester hadapan. Doa banyak-banyak sebelum masuk ke dalam bilik peperiksaan. Doakan sekali supaya saya cepat naik gaji. Apa kau ingat gaji pensyarah politeknik ni besar sangat kah?

Thursday, May 14, 2009

Nota Mekanik Bendalir - Muncung/Nozzle

Bagi pelajar Diploma Mekatronik yang mengambil subjek Mekanik Bendalir, berikut ada nota tambahan bagi topik muncung/nozzle. Nota ini sesuai untuk kau kerana kau semua tidak mengambil subjek Termodinamik yang menjadi asas topik muncung/nozzle.

Kau boleh download nota tersebut di sini

Penilaian Berterusan J3009 DAD5-S1 Jan 09

Kepada pelajar DAD5-S1 Politeknik Dungun yang mengambil subjek Kaji Daya Bahan 1 pada semester Januari 2009, markah PB boleh dimuat turun di sini


Markah tidak termasuk ujian 1 dan tugasan 3. Maaf, kerana saya belum sempat untuk menanda.


Diingatkan supaya para pelajar tidak memakan belacan atau kepala ikan. Ini dikhuatiri memudaratkan pemikiran semasa menjawab peperiksaan kelak.


Jangan gelabah dan gopoh ketika menjawab soalan. Kegogopohan boleh menghilangkan kecerdikan.


Doa banyak-banyak supaya saya lembut hati ketika menanda kertas peperiksaan. Doakan juga supaya saya menjadi kaya.


Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.

Monday, May 11, 2009

Kau Semua Memang Hebat


Tahniah aku ucapkan kepada anak buah aku yang merekacipta sebuah mesin yang diberi nama "Mesin Ajaib Pencucuk Bebola Ikan". Kau semua memang hebat kerna berjaya menggondol kepala tempat kedua kategori Projek Terbaik dan tempat pertama kategori Pameran Terbaik dalam Pertandingan Projek Semester Akhir Diploma sesi Januari 2009 di Politeknik Dungun.

Kiranya kau semua layak mendapat A. Cuma lagi kau belum hantar laporan dan mesin ajaib itu kepada aku. Bila kau nak hantar? Ke nak aku bagi kau semua gred C?

Kepada kumpulan "Mesin Pemberi Makan Kucing Automatik" dan "Mesin Pengering Ikan Terjulur" tahniah juga aku ucapkan atas usaha kau. Juga aku menagih laporan kau. Aku tak kisah kalau kau tak nak hantar, lagi senang kerja aku dan kita boleh berjumpa lagi semester hadapan.




Monday, May 04, 2009

Gaya Terkini: Baju Terbalik 2

Aku ada cerita kisah pelajar aku memakai baju terbalik sebelum ini. Tempoh hari, sekali lagi aku bertemu dengan pelajar yang memakai baju terbalik. Bagi pengetahuan kau, baju tersebut memang direka sedemikian; tak tahu kenapa; mungkin kerana ada permintaan. Adakah kau sudi memakai baju gaya sedemikian?

Tak Sakit Gigi Lagi...!

*jangan kau baca post ini tatkala kau sedang mengunyah sesuatu di dalam mulut kau

Sapok Biki, kau tak perlu tumbuk aku lagi. Gigi aku tak sakit lagi, kerna Dr Norlela sudah pun mencabut gigi yang buruk itu.


p/s: Kalau anak kau liat untuk memberus gigi dan gemar memakan makanan manis, kau harus tunjukkan gambar dalam post ini kepada beliau.

Saturday, May 02, 2009

Kalender Percuma 2008

Selepas membeli sebuah buku di Pesta "Jom Baca", aku keluar dan terpampang sebuah banner dari gerai A&W.

Sekarang sudah 2009. Apa kejadahnya aku nak pakai kalender 2008? Barangkali mereka tersilap membawa banner...

Friday, May 01, 2009

Pesta Buku Dungun

Rabu lalu, aku bersiar-siar di Bandar Dungun, dengan maksud ingin mengular dan berfoya-foya pada jam 3.00 petang. Tiba-tiba, aku nampak keadaan sedikit meriah di Perpustakaan Awam Dungun. Biasanya keadaan lengang di situ. Cuma sibuk tatkala budak-budak sekolah pulang sambil membuat aksi-aksi merbahaya menggunakan motosikal C70 bapak mereka.

Lalu, aku pon masuk ke perpustakaan itu. Wah, ada ekspo "Jom Baca". Aku bergegas masuk. Rupanya, ada mini ekspo buku di situ.


Aku pun terus sambar buku terbaru karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad bertajuk Revolusi Yang Ditangguhkan. Ini karya kedua Shahnon Ahmad yang aku beli selepes karya beliau yang diharamkan, berjudul Shit.

Setelah membayar RM9 untuk buku itu, aku terlihat seorang budak perempuan leka melihat-lihat buku. Seperti orang dewasa lagak beliau.


Pasti bijak budak itu...

Wednesday, April 29, 2009

Mesin-Mesin Ajaib Untuk Dijual

Semalam, tamat sudah pameran projek semester akhir pelajar diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun. Bermacam-macam mesin yang ajaib fungsinya dan pelik rupa parasnya.

Berikut antara mesin-mesin ajaib yang dihasilkan. Kita mulakan dahulu dengan projek-projek di bawah seliaan aku.


Mesin pengering ikan ajaib!!!
Mesin untuk mengeringkan ikan kering. Apabila cuaca cerah, ia akan terjulur dari oven. Apabila cuaca gelap, atau hari hujan, buzer akan berbunyi dan pengguna perlu berlari-lari anak untuk menekan butang supaya tray yang terjulur itu dapat dimasukkan kembali ke dalam oven. Seterusnya oven akan mengeringkan ikan itu


Mesin pemberi makan kucing automatik!!
Kalau kau ada kucing, tetapi malas memberi makan kepada kucing ini, kau harus menggunakan mesin ini. Makanan akan masuk sendiri ke dalam bekasnya apabila kucing kau terasa lapar. Hebat bukan?


Mesin pencucuk bebola ikan automatik
Owh! Minta maaf Haris, Saiful and the geng. Aku lupa nak ambil gambar mesin ajaib kau. Tetapi, mesin kau yang paling berjaya. Tahniah aku ucapkan!

Disamping itu, terdapat juga mesin-mesin ajaib yang mendapat sedikit khidmat nasihat aku,

Kincir angin
Ini kincir angin jenis horizontal. Tapi hanya kipas sahaja yang direka. Bila ditanya kepada penyelia mereka mengapa hanya kipas sahaja direka, beliau menjawab, kepala budak-budak boleh keluar darah kalau aku suruh di buat gearing dan power transmission


Mesin ajaib yang boleh memasukkan minyak gearbox dengan satu suis sahaja!!!
Jika dijual, pasti mesin ini menjadi rebutan tauke-tauke bengkel. Ye la, tak payah susah-susah nak pam minyak masuk gear box



Mesin pemampat spring kereta.
Budak-budak yang buat mesin ni pening-pening lalat nak buat analisis. Huhuhuhu


Mesin untuk menjujus brek kereta.

Kau tahu apa maksud menjujus? Tak tau? Kau tanya Dewan Bahasa dan Pustaka


Mesin mengangkat tayar lori.
Sungguh efisyen mesin ni. Tak perlu kau terkangkang untuk menolak tayar lori.


Juga, terdapat beberapa mesin ajaib yang lain, yang menaraik pada padangan aku.

Lelabah robot.
Best layan robot ni jalan. Dia punya best tu sama macam layan tiger show, agaknya la. Huhuhuhu


Motor roda 3.
Aku nak hadiahkan bapak aku menatang ini sempena hari jadi beliau yang ke 58 nanti. Pasti mudah bapak aku nak membawa pisang-pisang beliau.


Mesin pembuat keropok lekor.
Ini mesin yang paling ajaib. Masuk je ikan, terus jadi keropok lekor rebus. Siap boleh makan. Tinggal cari sos cili je.


Kuasa matahari
Menjana elektrik dari kuasa matahari. Tetapi, arus dia tak berapa kuat. Sekitar 2mA je. Tapi, ini inovasi yang menarik.


Troli ajaib.
Memang ajaib troli ni. Bila berat barang mencecah 25kg, terus mesin motor beroperasi untuk menolak mesin ni. Sesuai untuk makcik-makcik kantin yang tak larat nak tolok troli di pasaraya.

Mesin skodeng dalam air.
Mesin ini boleh masuk dalam air, dan mengambil gambar keadaan di bawah sana. Kalau kau berniat jahat, kau boleh memiliki mesin ini untuk skodeng gadis-gadis mandi di kolam renang. Kalau kau berniat baik, kau boleh gunakannya untuk cari henfon kau yang jatuh dalam air tatkala kau gelojoh menyauk ikan.

Aku Adalah Pengarah Politeknik


Ada satu surat dari bank yang menujukannya kepada aku. Ternyata bank itu silap. Aku bukan pengarah. Aku hanya seorang pencacai...

Apa kata anda?

Tuesday, April 28, 2009

ABC Tunjuk Langit, Nasi Ayam Gebu Membukit

Jalan-jalan bersama Cik Nurul ke Kuantan hujung minggu yang lalu. Singgah sebentar di Indera Mahkota untuk menyerahkan netbook kepada Cik Ayu yang merengek-rengek meminta Abang Ijam beliau membelikannya.

Oleh kerana badan terasa letih ditambah lagi dengan syaitan bergayut-gayut dikelopak mata, aku membawa kedua-dua cik tersebut untuk menjamu selera di sebuah kedai yang sederet dengan Bank Rakyat dan 7-11 Indera Mahkota.

Aku memesan nasi ayam, kerana aku lihat ramai orang beratur untuk mendapatkannya. Apabila nasi itu masuk kedalam mulut aku...fuh!!! Sungguh lembut, gebu dan enak berkrim. Memang sedap nasinya, walupun ayamnya hanya mempunyai rasa yang biasa sahaja.


Manakala Cik Nurul memesan ABC. Tanpa beliau sangka, ABC tersebut begitu unik. Tegak menjulang rupa parasnya. Ramuanya cukup mewah dangan segala macam manisan dan jeruk. Rasanya pun sangat sedap, manis. Cuma kurang sesuai untuk pesakit kencing manis.



Aku syorkan kau pergi ke kedai ini untuk memesan kedua-dua menu tersebut. Memang sedap dan menghairahkan.

Sunday, April 26, 2009

Stesen CNG Petronas Teluk Kalong

Kepada orang Kemaman dan Kerteh, ada berita baik untuk kau. Stesen minyak Petronas di Teluk Kalong sudah menjual Compressed Natural Gas (CNG). CNG ni adalah bahan bakar bagi Natural Gas Vehichle (NGV).



Dengan kadar RM0.68 seliter (ye ke?) sudah pasti CNG lebih menjimatkan berbanding petrol yang berharga RM2.70. Juga, kerana kau memasang CNG kit pada kereta kau, kerajaan yang prihatin (ye ke?) sudi mengurangkan cukai jalan kau sebanyak 25%



Kalau kau pencinta alam sekitar yang sejati, kau harus mamasang CNG kit pada kereta kau. Pembakaran CNG lebih lengkap dan menghasilkan hampir sifar gas berbahaya seperti Oxygen Monoxide dan Carbon Diokside.

Tapi, aku masih tidak mahu menggunakan NGV sebagai bahan bakar kereta aku. Sungguh tidak efisyen untuk aku mengisi CNG di Teluk Kalong yang berjarak 45 minit perjalanan dari Dungun.

Kalau kau orang Kemaman dan Kerteh yang bersungguh-sungguh untuk memasang CNG kit, kau boleh berkunjung ke sebuah kedai berhampiran Risda Kemaman.

p/s: Ini bukan Iklan Layanan Masyarakat ye...

Wednesday, April 22, 2009

Apabila Kura-Kura Lebih Laju Dari Celcom Bradband

Sudah masuk bulan kedua sebenarnya aku melanggan Celcom Broadband yang dipacu oleh modem cap Huawei. Pada aku Celcom Broadband tidak seperti yang aku harapkan...

Walaupun aku melanggan pakej 3G yang kononnya berkelajuan 3.6 Mbps, namun purata kelajuan yang mampu dicapai hanyalah sekitar 50-100 kbps. Pada tahap kura-kura seperti sekarang ini, kelajuannya hanyalah antara 0-20 kbps. Apa yang mampu aku buat dengan kelajuan sebegitu? Seingat aku, kadar kelajuan maksimum yang pernah dicapai adalah sekitar 500 kbps. Ternyata jauh dari kadar 3.6 Mbps.

Jangan kau terpedaya dengan iklan Celcom yang mengatakan broadband mudah alih mereka sepantas tahi bintang yang pantas berlegar-legar di alam semesta. Aku hanya percaya bahawa Celcom Broadband adalah sepantas tahi yang berputar dalam mangkuk jamban jenis duduk apabila tombol flush ditekan. Huhuhuhuhuhu....

Namun, sehingga ke detik ini, aku tidak berkira-kira untuk menukar ke kaedah mengakses internet yang lain. Sesungguhnya, di Dungun ini hanya Celcom Broadband dan Streamyx sahaja yang boleh beroperasi. Dan lagi, aku tidak menggemari Streamyx kerana kos permulaannya yang lebih tinggi dan kau perlu memberi komitmen kepadanya selama setahun.

Erm....

Kucing Dua Mata

Apa kejadah la tajuk ni. Kucing memang dua mata. Ada ke kucing 3 mata? Kalau ada, itu kucing jin namanya. Ada ke kucing 1 mata? Kalau ada itu kucing lanun namanya.

Owh! Silap. Sepatutnya post ini bertajuk "Kucing Yang Mempunyai Dua Warna Mata"


Mula kucing tu gesel-gesel kat kaki aku. Aku rasa macam nak lambung beliau kemudian tendang sekuat hati, macam penjaga gol sepak beliau. Tetapi, bila aku terpandang beliau, hati aku menjadi sayu.

Gambar kucing itu diambil di sebuah kedai makan yang terletak di lampu isyarat menuju UiTM Dungun...

Tuesday, April 21, 2009

Sapok Biki, Tumbuklah Gigi Gerahamku...

Gigi aku sakit. Tak boleh buat kerja. Jiwa kacau. Tu yang lama tak kemaskini blog ini. Owh! Sungguh pengalaman yang tidak indah. Jika Sapok Biki ada di sebelah aku, sudah pasti akan aku suruh beliau menumbuk gigi geraham aku yang berlubang ini.
Jika tumbukan pemenang pingat emas tinju lightweight Sukan Komenwel 1998 itu tidak berkesan juga, akan ku pinta Mike Tyson pula yang menumbuk gigi geraham aku.

Tetapi adalah diharapkan supaya Mike Tyson tidak menggigit telinga aku.

Sebenarnya, gigi ini lama dah berlubang. Di kesan lama dulu, setahun nan lampau. Tetapi kerana sikap bermalas-malasan aku, diabaikan sahaja gigi yang berlubang itu. Akhirnya, aku betul-betul tak tahan pada jam 10.00 malam. Terus aku memandu dengan gaya Alex Young menuju ke klinik pergigian Norlela.


Doktor tu dah nak nak tutup klinik,
Aku: Doktor! Tolong! Gigi saya sakit!
Doktor: Saya nak tutup dah ni...
Aku: Tolonglah doktor, sakit sangat ni, tak boleh buat kerja, rasa nak lompat bintang 1500 kali je.
Doktor: Ok la...nga nga sikit.
Aku: Aaaaa
Doktor: Geraham bongsu.... bengkak teruk tu. Sakit ke?
Aku: Kalau tak sakit, saya tak ke sini.
Doktor: Jap ye,
(Beliau menyediakan ubat-ubatan aku)

Doktor: Ni ada 4 jenis ubat, yang ni makan 3 kali sehari...bla...bla...bla...bla...
Aku: Ni berapa hari boleh baik ni.
Doktor: 3 hari je, sebab saya bagi awak ubat banyak ni.
Aku: Oooo..ok, berapa hengget ni?
Doktor: 25 hengget.

Aku pulang, nak makan ubat yang aku beli. Setengah jam juga aku baca arahan pada sampul ubat tu. Tu la, doktor cakap kau berangan!!! Lalu, aku dengan nekadnya makan ubat-ubatan tersebut...


Tiba-tiba aku rasa mengantuk dan khayal. Agaknya ni rasa makan pil kuda. Terus aku tertidur....zzzzzzzzzz