Tuesday, April 21, 2009

Sapok Biki, Tumbuklah Gigi Gerahamku...

Gigi aku sakit. Tak boleh buat kerja. Jiwa kacau. Tu yang lama tak kemaskini blog ini. Owh! Sungguh pengalaman yang tidak indah. Jika Sapok Biki ada di sebelah aku, sudah pasti akan aku suruh beliau menumbuk gigi geraham aku yang berlubang ini.
Jika tumbukan pemenang pingat emas tinju lightweight Sukan Komenwel 1998 itu tidak berkesan juga, akan ku pinta Mike Tyson pula yang menumbuk gigi geraham aku.

Tetapi adalah diharapkan supaya Mike Tyson tidak menggigit telinga aku.

Sebenarnya, gigi ini lama dah berlubang. Di kesan lama dulu, setahun nan lampau. Tetapi kerana sikap bermalas-malasan aku, diabaikan sahaja gigi yang berlubang itu. Akhirnya, aku betul-betul tak tahan pada jam 10.00 malam. Terus aku memandu dengan gaya Alex Young menuju ke klinik pergigian Norlela.


Doktor tu dah nak nak tutup klinik,
Aku: Doktor! Tolong! Gigi saya sakit!
Doktor: Saya nak tutup dah ni...
Aku: Tolonglah doktor, sakit sangat ni, tak boleh buat kerja, rasa nak lompat bintang 1500 kali je.
Doktor: Ok la...nga nga sikit.
Aku: Aaaaa
Doktor: Geraham bongsu.... bengkak teruk tu. Sakit ke?
Aku: Kalau tak sakit, saya tak ke sini.
Doktor: Jap ye,
(Beliau menyediakan ubat-ubatan aku)

Doktor: Ni ada 4 jenis ubat, yang ni makan 3 kali sehari...bla...bla...bla...bla...
Aku: Ni berapa hari boleh baik ni.
Doktor: 3 hari je, sebab saya bagi awak ubat banyak ni.
Aku: Oooo..ok, berapa hengget ni?
Doktor: 25 hengget.

Aku pulang, nak makan ubat yang aku beli. Setengah jam juga aku baca arahan pada sampul ubat tu. Tu la, doktor cakap kau berangan!!! Lalu, aku dengan nekadnya makan ubat-ubatan tersebut...


Tiba-tiba aku rasa mengantuk dan khayal. Agaknya ni rasa makan pil kuda. Terus aku tertidur....zzzzzzzzzz

8 comments:

wanhamery said...

aku syorkan ko pakai gigi palsu la jam..senang je jaga..kalu rosak,leh tinggal je kat klinik untuk baiki..tak perlu susah2..lagi pun ko kan pemalas orgnyer...huhuhuuuuu

oranglidi said...

alahh.. baru sakit gigi dah nak cabut gigi..

kenape x cabut kepala lu jika sakit didahi?

berani? sila datang

http://cakapwa.blogspot.com/

roshaizul said...

wanhamery,
bernas idea ko

oranglidi,
cabut kepala? err...

oranglidi said...

hahah.. woi2! kerana lu follow wa, wa follow lah lu.. orait?

lemon said...

tak payah panggil sapok biki laa weh!!!aku pun leh terajang ko punye gigi..abes bersepai gigi mu!keh3x!!!!

P/S : tak nampak pun kerepk di gerai no 28...tipu eaa???

zairi said...

punya banyak ubat dia kasi, rupa2 dia suruh ko tido.baik ko telan panadol je tadi.

eh..aku letak butir2 peribadi aku kat sini untuk kerepek tu bleh ke?nak alamat ke ape?

Umie said...

over dose tuh...sib baik bangun semula...buatnya tak bangun2..????

kekekeke

roshaizul said...

orang lidi,
orait bro!

halena,
alah, ko terajang tak rasa apa2 pub.

p/s: ada, di gerai 28a

zairi,
aku dah lali dengan panadol

p/s: bagi aku alamat dan no tepon ko. lagi bagus ko sms aku. aku jarang online. 019-7223166

umie,
panjang umur aku...