Friday, May 01, 2009

Pesta Buku Dungun

Rabu lalu, aku bersiar-siar di Bandar Dungun, dengan maksud ingin mengular dan berfoya-foya pada jam 3.00 petang. Tiba-tiba, aku nampak keadaan sedikit meriah di Perpustakaan Awam Dungun. Biasanya keadaan lengang di situ. Cuma sibuk tatkala budak-budak sekolah pulang sambil membuat aksi-aksi merbahaya menggunakan motosikal C70 bapak mereka.

Lalu, aku pon masuk ke perpustakaan itu. Wah, ada ekspo "Jom Baca". Aku bergegas masuk. Rupanya, ada mini ekspo buku di situ.


Aku pun terus sambar buku terbaru karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad bertajuk Revolusi Yang Ditangguhkan. Ini karya kedua Shahnon Ahmad yang aku beli selepes karya beliau yang diharamkan, berjudul Shit.

Setelah membayar RM9 untuk buku itu, aku terlihat seorang budak perempuan leka melihat-lihat buku. Seperti orang dewasa lagak beliau.


Pasti bijak budak itu...

7 comments:

oranglidi said...

haha.. Kanivel jom baca? knapa wa x penah dengar? fakta: rakyat melayu membaca 1 muka surat sebulan... nasib baik wa masuk arena memblog.. boleh gak wa membaca..

roshaizul said...

huhuhu, tu la pasal, nasib baik kita memblog, boleh gak baca 1 muka surat sehari!

cikgu said...

Salam..pegi jgk kat pesta buku tu dlm kul 2.30 - 3.00 ptg rabu..berselisih bahu dgn cik nizam...maner tahu x?nasib tak kenal jer..hehehe.hari khamis g jgk..ader la sngkut majalah kesihatan 3 buah.

lemon said...

jom ramai2 pegi pesta computer di mesra mall pulak..tapi xmeriah pun...agagaga!!

roshaizul said...

@cikgu aiha,
aah, kalau kenal boleh belanja air a&w kat luar tu. huhuhuhu

@halena,
jauh nak g mesra mall...

lemon said...

ape susah..iswara tanpa radio ko kan ade??lalalalalalala~~~

roshaizul said...

iswara aku tak laju