Monday, June 18, 2012

Melaka 14: Taman Buaya

Tempat ni jauh sikit dari bandar. Terletak di Ayer Keroh. Jalan menuju plaza tol Plus Ayer Keroh. Sepanjang jalan ni terdapat banyak taman/zoo. Antaranya, Zoo Melaka, Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Kerana Pn. Nurul sangat gemar menonton gelagat buaya dalam National Geographic, beliau kepingan sangat melihat buaya dari dekat. Hahahahaha

Masa aku sampai di sini, hari sudah menginjak petang. Sekitar jam 3. Tapi, pengujung ramai dan suasana meriah. Tapi, tidak percuma untuk masuk ke sini. Sedikit bayaran dikenakan. Barangkali untuk menampung kos makan buaya.


Bila masuk dalam, ada buaya besar. Tapi dah keras. Aku tak tahu sama ia diawet atau hanya replika sahaja.


Masuk dalam lagi, jumpa semacam monumen bangunan menarik yang ada di Malaysia.


Masuk dalam lagi, tak jumpa lagi buaya. Jumpa ular, kura-kura dan burung dahulu.








Dah, mana buayanya?

Sabar. Buaya ada. Kalau tunjuk awal-awal nanti ko baca bahagian atas je. Habis cerita buaya, kau terus tutup blog aku ini. Hahahahahaha


Kedepan lagi jumpa buaya, keratapi rasaksa dan rumah hantu. Tapi aku tak masuk, hanya meninjau dari luar.




Ke belakang lagi, ada semacam mini taman tema. Bolehlah buat geli-geli.



Haa...sekarang baru bahagian buaya. Nah! Tengok gambar buaya ini.




Penat berjalan melihat buaya, kau boleh mengurut dengan gadis China mesin urut Gintel pada pintu keluar.



Puas hati masuk dalam ni. Banyak koleksi buaya yang mereka ada. Dan, banyak buaya mereka lebih besar dari aku!

Sunday, June 17, 2012

Melaka 13: Pahlawan Walk

Pahlawan Walk terletak berhadapan Menara Taming Sari dan satu jalan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.



Di sini, kau boleh membeli cenderahati dan makanan Melaka. Banyak gerai dalam ini. Tapi, aku nasihatkan kau untuk survey harga bagi mendapatkan harga terbaik pada kualiti yang cemerlang.

Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau kau tak beli dodol dan gula melaka.


Juga cencaluk. Tapi, kalau kau resdung. Sila abaikan cencaluk. Kalau kau berdegil, kau akan rasa semacam lubang hidung kau bergabung menjadi satu. Hahahahaha

  


Macam biasa, boleh juga kau beli cenderahati sebagai bukti kau dah sampai Melaka!




Ulasan Buku: Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Walaupun aku tak romantik, tapi aku baca novel cinta. Hahahahahaha

Sebelum ini aku ada ulas mengenai novel ini episod 1. Kau kena baca dua-dua episod, baru best. Kalau kau baca salah satu sahaja, kau akan rasa semacam kencing tak lawas. Huhuhuhu



Dalam episod ini, dipaparkan kehidupan Azam setelah tamat pengajian di Al-Azhar dan pulang ke Indonesia. Di kampung halamannya, dipaparkan kisah beliau yang tidak malu menjual bakso, walaupun berkelulusan Al-Azhar. Bermula kecil-kecilan, perniagaan bakso beliau yang dikenali sebagai "Bakso Cinta" semakin laris dari hari ke sehari.

Selain menjual bakso, Azam turut mengajar secara sambilan disebuah sekolah pondok milik Pak Kiyai Lutfi. Cerita tambah menarik bila Azam turut menaruh hati ke atas anak Pak Kiyai Lutfi, Anna. Malangnya Anna merupakan tunangan orang. Tunang kepada rakan Azam sendiri, Furqan.

Furqan akhirnya berkahwin dengan Anna, namun perkahwinan mereka gagal kerana Furqan telah disuntik darah HIV/AIDS. Anna diceraikan dengan status janda berhias.

Anna sebetulnya mengkagumi sosok Azam. Rajin, rendah diri, berilmu dan ada minda bisnes yang bagus. Tapi, kerana Furqan terlebih dulu melamarnya, beliau terpaksa melupakan Azam.

Manakala, Azam pula, semenjak Anna telah menjadi tunangan orang, seringkali lamaran beliau terputus di tengah jalan. Namun, beliau redha akan ketentuan Ilahi.

Hinggakan, akhirnya Azam meminta Kiyai Lutfi mencarikan jodohnya. Kebetulan, Anna telah habis edah. Lantas, Pak Kiyai terus meminta Azam mengahwini Anna. Owh! Happy ending. (Aku sedang mengesat air mata kegembiraan, hahahaha)

Tapi, sub plot novel ini agak longgar. Tidak diceritakan bagaimana keadaan adik bongso Azam yang berusia 9 tahun apabila mereka kehilangan ibu mereka.

Tidak dinyatakan juga kesudahan kawan adik Azam (aku lupa namanya) yang mengandung anak luar nikah dan menyebabkan bapanya mati akibat serangan jantung.

Juga, tiada pengakhiran bagimana kisah percintaan watak-watak lain seperti Fadhil dan  Cut Mala.

Tapi, pada aku novel ini memang terbaik. Banyak pengajaran, kata hikmah dan motivasi diselitkan dalam novel ini. Aku masih boleh bagi 3 thumbs up!

Saturday, June 16, 2012

Melaka 12: Asam Pedas Melaka

Sinonim, asam pedas dengan Melaka. Macam pizza dengan Itali. Hahahahaha

Mengikut kata rakan-rakan, sangat banyak kedai asam pedas di Melaka ini. Ada yang kata dekat pasar Batu Berendam. Ada kata di Bukit Cina asam pedas neraka. Tapi aku memutuskan untuk ke kedai asam pedas ini, bersebelahan dengan Pahlawan Walk, Asam Pedas Gerai 35. Tah betul tah tidak. Kawan aku bagitau kat tempat ni. Tapi, nama kedainya takdela tulis 35.

Argh! Belasah je la. Lapar.


Err, aku pergi siang. Tapi, ambil gambar kedai ni malamm. Eh, belasah je la sekali lagi!

Sampai kat restoran ini, teruja beb tengok dia punya lauk. Sampai boleh lupa tujuan asal nak makan asam pedas.





Tak boleh tahan. Tengah penat, perut lapar. Ikan kering pun berselera tengok! Hahahaha

Tanpa membuang masa, aku dan Pn. Nurul memesan beberapa lauk


Sedap masakannya. Kiranya kalau Dato' Seri Najib lalu belakang aku dan melaungkan 1 Malaysia pun, aku tak perasan. Hahahahahaha

Servis dia memang baik. Tapi harganya aku kira agak mahal. Makanan di atas lebih kurang sama dengan gaji 2 hari operator kilang.

Melaka 11: Menara Taming Sari

Kalau nak tengok Melaka dari atas, kau boleh cuba naik Menara Taming Sari. Tiketnya tidaklah mahal sangat. RM10 untuk dewasa.


Menara Taming Sari ini terletak satu jalan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.




Menara Taming Sari ini semacam lift 360 darjah. Aku tak pasti ketinggiannya, tapi yang aku pasti ia merupakan binaan tertinggi di Melaka.


Rasa macam gayat juga bila lift tu naik. Bila sampai di atas, dia akan pusing tiga kali. Jadi, kau boleh tengok keseluruhan bandar Melaka. Pemandangan memang cantik. Manusia punya asa, Allah punya kuasa.





Friday, June 15, 2012

Melaka 10: Pintu Gerbang Santiago Kota A Famosa

Ini boleh dikatakan mercu tanda Melaka. Tak sah kalau ke Melaka jika tidak ke sini. Ia berada di bawah bukit St Paul.

Pintu gerbang Santiago merupakan salah satu dari empat pintu gerbang kota A Famosa. A fomosa ini dibina pada zaman Portugis, bagi mengekang asakan bertubi-tubi dari Sultan Mahmud, Johor, Aceh dan Belanda. Bagi memperkuatkan kota A Famosa, Portugis lahanat telah menggunakan batu dan bahan mentah dari runtuhan masjid, istana dan makam. Lebih keji, bila mana Portugis ketika itu menggunakan buruh paksa untuk meenyiapkan kota A Famosa.

Apabila Portugis tumbang di tangan Belanda pada 1641, Belanda telah memperkuatkan kota ini dan dicop lambang Syarikat Hidia Timur Belanda (VOC). Logo VOC ini masih boleh dilihat pada pintu gerbang Santiago ini.





Bila British datang, residen British pada masa itu cuba meletupkan kota A Famosa. Tapi atas halangan beberapa pegawai kanan British yang lain, kota itu tidak diletupkan. Tetapi, sudah terlambat. Kota A Famosa sudah musnah dan yang terselamat adalah apa yang kita tengok hari ini. British memang macam tu. Semua dia nak musnahkan.

Paling menarik kini, dalam pintu gerbang Santiago ini ada seorang pelukis. Lukisannya boleh tahan! Tapi, aku tidak berminat untuk memiliki lukisannya itu. Hahahaha.


Nasi Ayam Yong Peng

Yong Peng. Antara pekan atau bandar satelit bagi Batu Pahat. Ia bersempadan dengan daerah Muar dan Segamat.

Yong Peng. Bandar yang sangat sibuk. Terlalu sibuk. Terkadang aku rasa menyampah hendak melalui Yong Peng jika pulang ke Johor melalui Segamat.

Yong Peng. Walaupun sibuk, tapi dahulu Abah aku sangat kerap ke sini untuk memborong buah-buahan. Banyak. Terkadang sampai lori kelihatan senget kerana terlampau sarat dengan buah-buahan. Hingga kini, Yong Peng masih terkenal sebagai pusat borongan buah-buahan.

Yong Peng. Tiada yang menarik, Hanya kesibukan lalu lintas dan deretan pusat borongan buah-buahan. Namun, tempoh hari, aku terjumpa satu gerai nasi ayam.


Gerai ini terletak tidak jauh dari simpang menuju ke Muar, dari Yong Peng. Di hadapan gerai ini ada semacam taman rekreasi.




Nasi ayamnya boleh tahan. Sangat tidak mengecewakan.


Untuk lokasi yang lebih tepat tentang tempat ini, kau boleh rujuk latitud dan longtitud berikut.


Thursday, June 14, 2012

Melaka 9: St. Paul

Dari bangunan Stadthuys, ada laluan untuk ke Gereja St. Paul. Gereja zaman penjajahan ini terletak di atas bukit. Dari atas sini boleh dilihat dengan jelas Melaka, sungainya dan lautnya.

Aku tidak masuk ke dalam gereja ini. Mengikut pemahaman aku, ia makruh. Sekadar lalu sahaja untuk ke A Famosa.


Runtuhan gereja katholik tertua ini asal hanyalah sebuah chapel (gereja kecil) yang dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis Duarto Coelho, sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari serangan musuh semasa berada di Laut China Selatan. Chapel ini ditahbiskan kepada Mary dan dinamakan "Nosa Senhora - The Lady On The Hill".

Bila Belanda datang, mereka mengubah gereja ini menjadi gereja protestan dan ditukar nama menjadi gereja St. Paul. Pada zaman Inggeris, ia dijadikan gudang peluru bagi menghalang serangan Jawa sekitar  1810-1811. Inggeris juga pernah pacak bendera mereka di sini. Ialah, tempat berbukit, jadi sesuai dipacak bendera bagi semua orang nampak yang Melaka adalah tanah jajahan Inggeris.

Pada bahagian luar St.Paul kini, terdapat orang menjual cenderamata. Juga, ada juga pertunjukan haiwan kecil-kecilan.


Aku dan Pn. Nurul berehat sebentar di bicu bukit St.Paul. Melepaskan lelah dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi dari atas bukit.

Hilang lelah, kami turun. Melalui beberapa makam dan perkuburan Belanda untuk ke kota A Famosa.

Bersambung.... Melaka 10. Hahahahaha