Tapi, semakin lama, aku semakin kurang senang dengan Capital Oriental ini. Mereka sering memaksa aku membeli polisi insurans yang sama untuk Pn. Nurul. Pada hemat aku, tidak perlulah Pn. Nurul mengambil insurans jenis Personal Accident (PA) memandangkan aku yang menyara beliau, bukan beliau yang menyara aku.
Paling aku marah dengan Capital Oriental, sudah kiranya 5 orang ejen mereka menelifon aku supaya membeli insurans untuk Pn. Nurul. Ayat 5 orang ejen tersebut sama, semacam ada skrip yang standard di Capital Oriental. Ayat tersebut berbunyi lebih kurang begini
"Kami akan menghantar satu polisi insurans untuk Pn. Nurul. Jadi, di mana saya perlu hantar polisi tersebut?"
Ayat di atas sangat memerangkap. Mulanya aku sangkakan ianya percuma sahaja. Tetapi, secara halus mereka akan meminta nombor kad kredit aku untuk mengecas RM200 untuk polisi Pn. Nurul. Memang macam gampang.
Diingat kembali, modus operandi mereka sama seperi ejen insurans AIA yang pernah menelefon aku dahulu.
Sepertinya, matlamat menghalalkan cara.
Tapi, ramai sebenarnya ejen insurans/takaful yang sangat beretika di luar sana. Antaranya En. Lukman Hakim. Bukan sahaja produknya bagus, mamat ni pun bagus juga. Hahahahaha
p/s: Kim, belanja aku makan seminggu. Hohohohohohoho



