Showing posts with label rengit. Show all posts
Showing posts with label rengit. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Beli Barang Terpakai Rengit Secara Online

Rupaya, ada juga pembaca blog ini. Silent reader. Walhal, terkadang aku merasakan aku hanya menulis syok sendiri. Hahahahaha.

Ada seorang silent reader ni. Kawan aku. Kawan satu sekolah masa aku tingkatan satu hingga tiga. Sebetulnya, aku memang betul-betul dah tak ingat siapakah beliau. Sampai saat post ini ditulis aku masih mencari klue, siapakah beliau. Terukkan aku. Hohohoho

Aku skodeng FB kawan aku ni. Owh, rupanya beliau berada di Simpang Renggam. Sebenarnya, selepas aku skodeng FB dia, baru aku tahu maklumat pada perenggan di atas.

Kawan aku ni PM dalam FB aku kerana barangkali beliau teruja membaca post aku pasal Rengit. Rupanya, ada tempat lagi menarik dari Rengit; Benut.



Tapi, kalau kau tidak berada di Johor, pasti sukar untuk pergi ke Rengit atau Benut. Jadi, kawan aku ini ada penyelesaiannya! Kau boleh beli online. Memandangkan lokasi beliau di Simpang Renggam yang tak jauh dari Rengit dan Benut, kau boleh terus memesan dari beliau. Beliau meniaga menggunakan medium Facebook Page.



Itu dia! Tak payah pergi rengit. Kau masuk je ke https://www.facebook.com/gerobokkarat . Senang. Sambil makan nasi pun kau boleh beli barang terpakai Rengit!



Tuesday, February 11, 2014

Rengit Sekali Lagi: Kedai Barangan Terpakai.

Dulu, tiga tahun lepas, aku pernah tulis mengenai kedai barangan terpakai di Rengit. Tulisan itu menjadi antara tulisan aku paling popular. Boleh tengok post tersebut DI SINI

Tempoh hari, aku sekali lagi ke sana. Hajatnya, untuk mencari mixer pembancuh tepung. Malangnya barang tersebut sangat "rare". Kalau ada pun, harganya mahal dan lebih berbaloi untuk membeli yang baru.

Rupa-rupanya, penjelajahan aku ke Rengit sebelum ini tidak menyeluruh. Ada lagi kedai yang tidak dikunjungi. Banyak lagi kedai yang lebih tersusun. Tapi, ia terletak lebih ke dalam.

Lama juga aku meronda kali ini. Lebih kurang 2 jam. Banyak perabot yang menarik. Kalau kau baru naik rumah, boleh ke sini untuk memborong perabot.

Jalan punya jalan, akhirnya aku sambar juga sebuah beg pakaian. RM30. Boleh la kan daripada takde!






Tuesday, June 19, 2012

Nasi Beriyani Batu Pahat

Sinonim, nasi beriyani dengan Batu Pahat. Macam pizza dengan Itali. Hahahahaha (Ayat kitar semula)

Tapi, di Batu Pahat, selain nasi beriyani, juga terkenal dengan mee racun. Juga, dalam ingatan aku, aku mengenali Batu Pahat dengan lontong goreng.

Tapi, lama sudah aku tidak ke Batu Pahat. Paling hampir mungkin Parit Raja atau Rengit.

Tapi, tempoh hari, dalam kesesatan yang terpandu, aku terjumpa sebuah restoran Nasi Beriyani Batu Pahat di Taman Equine, Seri Kembangan. Ia terletak bersebelahan Ani Sup Utara.



Bila tengok senarai harga makanan, aku dan Pn. Nurul agak terkejut. Harganya hampir sama dengan set makan tengahari di KFC. Berbanding 10 tahun lalu di Batu Pahat, harga nasi beriyani gam Kurang dari RM5! Hahahahaha. Inflasi

Lalu kami memasan nasi beriyani gam daging dan ayam.



Tapi, aku kecewa. Yang sampai bukan beriyani gam. Tapi beriyani biasa sahaja. Sefaham aku, kalau beriyani gam, daging/ayam akan dimasak bersama nasi. Jadi, sepatutnya aku kena menguis nasi baru jumpa ayam/daging.

Juga dalca dia ada 3 biji kacang dal. Mungkin harga kacang dal sudah naik melambung.

Ayam dia pula semacam tidak cukup zat.

Rasanya, ia tidak berbaloi dengan duit yang aku bayar.

Tapi, sebab perut lapar, aku belasah je la. Hahahahaha

Paling mengejutkan awek yang jaga kaunter tu bersinglet dan berseluar denim ketat. Macam tak payah pakai baju! Hahahahahaha

Thursday, September 08, 2011

Rengit 3: Kedai Barang Terpakai

Kalau ke Rengit, memang tak sah kalau tak limpas di kawasan yang menjual barangan terpakai. Kedudukannya agak tersorok sedikit, di belakang pasar awam Rengit. Kalau kau dari arah Benut, kau akan jumpa balai polis rengit di sebelah kiri kau. Masa tu, kau boleh perlahankan kenderaan. Kemudian, kau jeling-jeling ke kiri sampai kau lihat Agrobank. Kau masuk simpang selepas bangunan Agrobank tu. Kemudian, kau terus dan jumpa kawasan yang menjual barang terpakai. Jangan kau sangkakan tempatnya teratur dan tersusun. Kawasan itu agak berselerak.








Macam-macam barang kau boleh jumpa kat sini. Dari mainan budak sampailah ke perabot jati. Semua ada. Cuma nak cari tu ada jenuh la sikit. Yang penting kat sini kena pandai tawar menawar dan mainkan emosi peniaga. Hahahahah. Satu set home theater siap dengan amplifier dengan DVD player RM450 sahaja. Tu belum tawar lagi tu! Huhuhuhuh

Wednesday, September 07, 2011

Rengit 2: Nasi Ayam Ali

Nasi Ayam Ali ni tiada dalam perancangan aku dan Pn. Nurul tatkala berpoya-poya di Rengit. Tapi memandangkan waktu sudah tengahari dan perut sudah lapar pada ketika itu, kami memutuskan untuk makan di kedai tersebut yang kelihatan begitu ramai pelanggan. Kalau kau nak tahu sesebuah kedai itu sedap atau tidak, kedai tersebut perlulah

1- Ramai pelanggan
Rasional: Kalau tak sedap, mesti tak ramai pelanggan
2- Dimasak dan dijual oleh makcik tua
Rasional: Makcik tua itu mesti banyak pengalaman memasak. Jadi, pengalamannya itu akan menghasilkan makanan yang sedap. Huhuhuhuhu

Lalu, kami pun menyerbu kedai itu dengan gelojoh.



Nasi ayamnya kelihatan amat menyelerakan






Tapi, nasi ayam itu tak sesedap jangkaan aku. Ayamnya biasa sahaja. Sup sangat mengecewakan, rasa air bercampur perisa sahaja. Tapi, nasinya memang sedap. Sosnya pula memang terbaik!

Barangkali nasi ayam itu tidak kena dengan selera aku.

Tuesday, September 06, 2011

Rengit 1: Azhar Food Industries

Sebagai peniaga kerepek, adalah penting untuk senantiasa mengemaskini pengetahuan tentang perniagaan kerepek termasuklah pengilang, pesaing dan pelanggan. Tempoh hari, semasa cuti hari raya, aku bersama Pn. Nurul sempat bersiar-siar di Rengit, dengan pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk membuat tinjuan terhadap pengilang kerepek yang ada di sepanjang Parit Hamid-Parit Raja-Senggarang-Parit Botak-Rengit. Banyak kilang yang kami masuk. Tapi, aku rasa yang terbesar adalah Azhar Food Industries yang terletak di Rengit.


Memang besar gila kilang kerepek ni. Gila pun tak besar macam ni. Siap ada khidmat penghantaran menggunakan trailer. Harganya juga murah, lebih murah berbanding dengan tempat yang selalu aku ambil kerepek selama ni. Tapi, aku rasa aku tak akan ambil stok di sini kerana kos pengangkutan aku akan meningkat beberapa belas peratus. Juga, aku sudah selesa berurus niaga dengan Wak Asmon yang aku kenal lebih lima tahun.