Showing posts with label simpang renggam. Show all posts
Showing posts with label simpang renggam. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Beli Barang Terpakai Rengit Secara Online

Rupaya, ada juga pembaca blog ini. Silent reader. Walhal, terkadang aku merasakan aku hanya menulis syok sendiri. Hahahahaha.

Ada seorang silent reader ni. Kawan aku. Kawan satu sekolah masa aku tingkatan satu hingga tiga. Sebetulnya, aku memang betul-betul dah tak ingat siapakah beliau. Sampai saat post ini ditulis aku masih mencari klue, siapakah beliau. Terukkan aku. Hohohoho

Aku skodeng FB kawan aku ni. Owh, rupanya beliau berada di Simpang Renggam. Sebenarnya, selepas aku skodeng FB dia, baru aku tahu maklumat pada perenggan di atas.

Kawan aku ni PM dalam FB aku kerana barangkali beliau teruja membaca post aku pasal Rengit. Rupanya, ada tempat lagi menarik dari Rengit; Benut.



Tapi, kalau kau tidak berada di Johor, pasti sukar untuk pergi ke Rengit atau Benut. Jadi, kawan aku ini ada penyelesaiannya! Kau boleh beli online. Memandangkan lokasi beliau di Simpang Renggam yang tak jauh dari Rengit dan Benut, kau boleh terus memesan dari beliau. Beliau meniaga menggunakan medium Facebook Page.



Itu dia! Tak payah pergi rengit. Kau masuk je ke https://www.facebook.com/gerobokkarat . Senang. Sambil makan nasi pun kau boleh beli barang terpakai Rengit!



Sunday, February 09, 2014

Dah Macam Kena BOM!

Aku jarang balik Johor. Tapi, tidaklah terlalu jarang. Barangkali setahun, paling kurang empat kali aku akan pulang ke Johor. Menziarah orang tua yang utamanya. Membeli kerepek jatuh nombor dua.

Biasanya aku akan beli kerepek di sekitar Air Hitam - Parit Raja - Senggarang. Ada beberapa kedai yang mana aku telah menjadi pelanggan tetap selama beberapa tahun.

Jika dahulu, untuk membeli kerepek, dari Bandar Tenggara, aku akan melalui bandar Kluang, melalui Bandar T6. Tapi, beberapa tahun lepas, telah ada jalan potong ke Renggam, sebelum Felda Bukit Tongkat. Melalui jalan itu, ternyata lebih dekat. Dari Bandar Tenggara, boleh sahaja aku melalui jalan itu ke Renggam. Dari Renggam, terus ke Simpang Renggam dan sampai ke Air Hitam.

Walaupun jalan itu baru, tetapi, jalan tersebut telah mengalami kerosakan. Sama keadaanya seperti jalan Felda Inas ke Kulai. Dipercayai jalan tersebut bertar nipis dan dilalui oleh lori.

Memandu di jalan seperti itu, amat menguji kecekapan memandu. Harus sentiasa berwaspada dengan keadaan jalan dan kenderaan terutama lori yang dipandu laju.

Terkadang, aku rasa kadaan tidak aman kerana rupa paras jalan seperti di bom!





p/s: Semasa melalui jalan tersebut tempoh hari, jalan sedang dibaiki. Tapi, tak pasti berapa lama ia boleh bertahan.

Saturday, September 10, 2011

Mee Udang Simpang Renggam



Kalau kau singgah atau lalu di Simpang Renggam, Johor, kau boleh mencuba menikmati mee udang, kuew tiow goreng dan cendol di sebuah gerai buruk di tepi jalan. Gerai tersebut terletak di jalan keluar dari tol plaza Simpang Renggam.








Cendol dia, sedap. Rasa agak "light". Tak muak kalau makan banyak-banyak. Aku rasa dia guna susu, bukan santan. Tapi cendolnya sedikit masin.

Mee udangnya aku rasa terbaik. Walaupun udang hanya 3 ekor, tapi kuahnya memang rasa udang. Mee dimasak sekali, bukan dicelur. Makan memang tak rasa muak. Kuahnya ada rasa macam mee bandung sikit, ada rasa macam mee racun sikit, ada rasa macam kuah yong tau fu pun ada.

Kuew tiow goreng kerang. Gaya mamak. Kerangnya pun banyak. Makan tak payah taruk sos. Kalau tak fikir pasal kalori, rasanya aku boleh tibai sampai 3 pinggan. Hahahaha.




Tak macam mana secara tiba-tiba meja makan menjadi macam ni
Hahahahaha.

p/s: Selain 3 yang di atas, kedai tersebut juga menjual air tebu, minuman panas dan rojak