Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Menantu Yang Baik Adalah Orang Jawa

Hemat aku, tajuk ini agak kontroversi. Umum mengetahui, di Malaysia orang Jawa banyaknya bermastautin di Johor. Hampir semua daerah di Johor boleh di temui orang Jawa. Johor dan Jawa semacam sinonim.



Umum juga mengetahui pasukan bolasepak JDT juga berasal dari Johor. Pasukan ini menjadi kontroversi kerana mengambil pemain bintang pasukan lain. Ini menyebabkan pasukan ini dibenci. Ramai mengharapkan pasukan ini kalah. Lalu, mereka boleh mengeluarkan kenyataan sebagai "pahlawan papan kekunci" di Facebook 'Harap star je ramai, main kalah juga! Padan muka! Hahahahaha'

Jadi, bila membaca tajuk di atas, pasti ramai yang mencemuh. 'Ini mesti Jawa totok penyokong JDT'.
Hohohohoho

Tapi, sebetulnya, Jawa di Malaysia tidak hanya di Johor. Di Selangor dan Perak juga kedapatan orang Jawa. Malah, MP Bagan Serai kalau tak silap aku juga merupakan orang Jawa dan fasih berbahasa Jawa halus.

Tapi, yang pastinya, dalam radar pengetahuan aku, ada juga beberapa kerat  orang jawa di Terengganu. Lebih tepat di Dungun!

Kabare sedulur sedulur wong Jowo. Monggo mampir Dungun!

Thursday, August 29, 2013

Jersi Piala Malaysia 2013

Aku, seorang kaki bangku. Jangan kau bayangkan kaki aku macam kaki kerusi yang kau duduk itu. Tapi, kaki bangku merujuk kepada orang yang tak pandai main bola.

Semasa kecil, aku dikenali sebagai seorang yang berkaki pengkor. Yakni, tidak pandai menendang bola. Kalau aku pemain JDT, dengan kepengkoran kaki aku, aku tidak boleh melorong kemas kepada Safee Sali. Barangkali bola yang aku sepak akan sampai ke kaki Fakri Saarani, lalu belian menjaringkan gol untuk Kelantan melalui larian pantas dan sepakan deras dari luar kotak penalti!

Kalau pun aku menjadi kesebelasan utama dalam pasukan, hanya dua posisi ini sahaja yang aku diarahkan untuk bermain.
1- Penjaga gol - Sebab aku besar
2- Last Man (Pertahanan Tengah) - Ialah, sebab aku lambat berlari. Jadi, duduk dengan penjaga gol baik-baik.
Hahahaha

Sebetulnya, tiga perenggan di atas adalah pengenalan. Isu utama pos ini adalah untuk memberitahu bahawa aku menjual jersi original pasukan bolasepak Piala Malaysia 2013. Ya, ditekan di sini, ORIGINAL. Bukan Gred Dubai, bukan juga Gred AAA jauh sekali Gred Golok.

Pelbagai koleksi jersi yang ada 
2- Jersi Chelsea (You drunk Mourinho! Hohohoho)
8- Jersi Negeri Sembilan (4 jenis)
10- Jersi PKNS (4 jenis)
12- Jersi T-Team Home
13- Jersi ATAM (3 jenis)
14- Jersi Felda (2 jenis)
15- Jersi Sime Darby 
16- Jersi PDRM 2012

Ini pula, sebahagian gambar koleksi jersi yang ada.













Apa macam? Ada yang berkenan? 


Friday, July 23, 2010

Masjid Shah Alam

Kalau kau pergi ke Shah Alam, tempat ini mesti kau pergi. Ia menjadi mercu tanda Shah Alam. Kalau tak silap aku, wang pembinaan Masjid Shah Alam ini adalah dari sumbangan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Memang sangat cantik masjid Shah Alam. Juga, sangat luas dan besar. Agak melelahkan juga apabila menaiki tangga untuk ke dewan solat utama.

Menarik lagi, terdapat juga pengawal keselamatan merangkap pemandu pelancong di masjid Shah Alam.


Juga, kedapatan gerai jualan di kaki lima masjid. Pelbagai barangan ada dijual. Antaranya tudung, minyak wangi, buku, kerepek dan kurma.


Tapi, bila ke sini jangan kau lupa untuk solat. Kalau fardu sudah dibuat, buat sahaja yang sunat. Tapi, pastikan ia bukan waktu haram untuk solat.

p/s: Ini post aku paling islamik.

Tuesday, September 29, 2009

Serdang Bukan Di Selangor

Tatkala mengalami kesesatan yang nyata, aku terpana melihat suatu papan tanda.




Sangkaan aku mulanya, Serdang hanya ada di Selangor sahaja.

Tuesday, March 03, 2009

Iswaraku Yang Amat Kusayangi

Ini bukan kereta untuk dijual. Kereta ini tidak akan dijual di bawah harga RM100,000.

Kereta ini sangat laju.

Ia juga sangat boleh diharapkan untuk membawa tuan punya beliau berulang alik ke Johor dari Terengganu setiap bulan.

Selain itu, beliau juga pernah dibawa menjelajah Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Perak.

Namun, kereta ini tiada penyaman udara dan radio. Ini kerana pemilik beliau adalah seorang yang kedekut.

Kereta ini juga hanya dimandikan tiga bulan sekali.

Namun, beliau masih setia terhadap tuannya...

Monday, February 02, 2009

Al-Kisah Parit

Al-kisah, kalau di Johor atau Selangor atau Perak yang mempunyai komuniti Jawa pasti terdapat beberapa tempat yang dinamakan "Parit" yang barangkali seerti dengan "kampung". Contoh, Parit Raja, Parit Jawa, Parit Bugis, Parit Rasipan dan Parit dibelakang rumahku (huhuhuhuhu).

Al-kisah, pernah dulu aku bertanya kepada En. Sani Supar yang gagah. "Abah, apsal tempat-tempat orang Jawa dinamakan parit?".

Lalu, En. Sani Supar menjawab "Orang Jawa ni gagah berani. Dulu, diorang datang ke semenanjung dengan tangan kosong. Tapi diorang datang secara berkumpulan. Diorang ni datang semenanjung dan teroka hutan-hutan kat sini. Biasanya, tempat diorang teroka tu tempat yang orang lain (pada waktu itu) taknak duduk. Biasanya diorang teroka kawasan lembah atau paya yang mudah dilanda banjir.

Bagi mengelakkan kekerapan dilanda banjir, mereka membuat satu pakatan (bukan pakatan rakyat ye kawan-kawan). Dimana, setiap tuan tanah (peneroka) mesti membuat parit dihadapan tanah beliau. Dan parit tersebut akan disambung oleh tuan tanah bersebelahan. Dan rantaian parit ini sambung-menyambung hingga ke anak sungai. Jika didapati tiada tuan tanah pada kawasan-kawasan tertentu, tuan-tuan tanah yang "separit" ini akan bergotong royong menggali parit di kawasan berkenaan."

En. Sani Supar bercerita sampai di sini. Perenggan berikutnya adalah merupakan teori oleh anak kedua En. Sani Supar.

Memandang teknik ini digunakan secara meluas untuk menangani banjir pada ketika itu, maka, muncullah begitu banyak jenis parit. Lalu, bagi memastikan parit sesuatu kawasan itu kedengaran unik, maka diberikan nama bagi setiap parit. Lalu wujudlah bermacam-macam nama parit di seluruh pantai barat semenanjung Malaysia.

Al-kisahnya juga, kerja-kerja sengaraan menggali parit kini tidak lagi dilakukan oleh tuan-tuan tanah. Mereka kini lebih gemar meminta Jabatan Pengairan Dan Saliran untuk mendalamkan parit-parit mereka. Kata mereka "Eh, aku dah sokong kerajaan, jadi sekarang kerajaan kena tolong aku la pulak".

Begitulah al-kisah parit...