Showing posts with label Subang. Show all posts
Showing posts with label Subang. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

Jangan Kau Basuh Tuala Itu

Walaupun jamban di bilik Hotel The Summit Subang begitu sungguh tidak praktikal, namun, ada sesuatu yang menarik perhatian aku ketika memasuki jambin bilik hotel itu.
Dear Valued Guest,
In effort to preserve the environment, the Hotel has taken necessary steps such as conserving water and reducing chemical usage from our daily operation.
You can play a part of this effort in preserving the environtment and the earth's natural resources by not cahnging your towels daily
When you hang your towels, it indicates that "I WILL RE-USE THE TOWELS'
Should yoy leave your towels in the bathtub it indicates 'PLEASE CHANGE THE TOWELS"
A little effort means a lot! Together we can make this earth a better place to stay.
Pada aku, ia satu usaha yang baik untuk memelihara alam sekitar, walaupun mesti ada yang kata "Hek eleh, nak save bajet la tuh!!!"
Dan lagi, ada pekerja house keeping di hotel ini dari golongan OKU yang pekak dan bisu...

Monday, November 10, 2008

Mari Beristinjak!!!

Lama aku perhatikan perkara ni. Makin tinggi bintang sesebuah hotel, maka makin kuranglah kemudahannya untuk pengguna Melayu/Islam macam aku ni. Contoh, tandas.


Masa aku menginap di The Summit Subang, amat sukar bagi aku untuk bercebok. Selepas membuang air besar, aku terpaksa mengesat sisa-sisa yang tertinggal di b****t aku menggunakan tisu tandas. Huh! Sungguh pelik rasanya. Huhuhuhuhu. Kemudiannya barulah aku membasuh b****t ketika mandi. Uih! Sungguh syahdu...


Ataupun aku boleh saja bercebok di sinki mahupun tab mandi dengan gaya yang amat hodoh...

Sunday, November 09, 2008

Kita Yang Kerdil

Minggu lepas, aku ke Subang Jaya untuk suatu urusan kerja. Dari Dungun, aku melalaui Kuantan dan terus naik lebuhraya pantai timur (LPT) dan tembus di Gombak. Dari Gombak, aku terus ke Damansara melalui lebuhraya persekutuan. Kemudian aku terus naik lebuhraya Damansara-Puchong. Lepas tu, aku tak tau apa yang aku lakukan. Sedar-sedar je dah sampai di Hotel The Summit Subang USJ. Huhuhuhuhu

Maka, menginaplah aku di hotel itu selama 5 hari lamanya, di tingkat 12. Bila petang dan awal malam, aku suka melihat dari tingkat 12 itu ke jalan raya.


Aku lihat, semua kenderaan, rumah dan orang nampak begitu kecil dan kerdil. Macam semut, kalau boleh diibaratkan. Lalu terfikir aku, begitulah kerdilnya kita jika hendak dibandingkan dengan Allah..... Allah Maha Besar...

Tuesday, June 24, 2008

Kekusutan Melanda Jiwa

Kisah ni dah lama. Kira-kira 2 bulan lepas. Aku kena observe budak-budak poli Dungun yang buat praktikal di Lembah Kelang kerja selama tiga hari. Sebelum ini aku memang tak pernah ke Lembah Kelang dengan berkereta. Adalah dua tiga kali aku ke Lembah Kelang dengan bas dan ronda-ronda ibukota dengan keretapi (komuter, LRT, STAR, Monorel). Mula-mula cuak juga hendak ke Lembah Kelang. Tapi, aku redah, janji kerja aku siap!!!

Sepanjang di Lembah Kelang, ada beberapa perkara menarik yang aku hendak kongsikan bersama. Mungkin pada pandangan orang Lembah Kelang perkara yang akan aku nyatakan di bawah adalah perkara biasa, tapi pada aku ianya adalah luar biasa bagus (sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan --- gaya CNI --- apa yang aku repekkan ni?)

1. Di Jalan Brunei, Pudu, aku tengok daging babi di jual di tepi jalan. Selamba. Lalu aku dapatlah melihat kaki babi yang gebu digantung bagi menarik perhatian pelanggan. Huhuhuhuhuhuh

2. Sedang aku dan rakanku berpusing-pusing di Shah Alam untuk mencari Seksyen 13, tiba-tiba aku dengar bunyi hon dari sebuah kereta bernombor pendaftaran KL yang dipandu oleh seorang kakak yang cun. Dia tanya aku. "Dik, macam mana nak pergi Seksyen 27?". Aku dengan muka yang kusut menjawab, "Tah la kak, saya pun tengok peta ni, nak cari Seksyen 13". Tapi dalam hati aku berkata "Aik? Orang KL pun tak tahu jalan KL?" Huhuhuhuh, sungguh syahdu

3. Jalan di Shah Alam banyak bulatan. Bulatan Kemajuan, Bulatan Pinggiran, dan bermacam-macam nama bulatan lagi(di kampung aku, Bandar Tenggara hanya ada satu bulatan sahaja). Bila kami sesat di bulatan-bulatan tersebut, kami akan pusing bulatan tersebut empat lima kali sambil menelifon rakan-rakan yang mahir dengan bulatan-bulatan di Shah Alam. "Hello Jul, aku kat Bulatan Kemajuan nak pergi Seksyen 13, aku nak ikut pukul berapa ni?!!!"

4.
Sykt Lekir Jati: Bangi ngan Putrajaya dekat jer
Aku: Ye ke dekat? Kalau tengok peta ni macam jauh je
Sykt Lekir Jati: Iye... memang dekat
Aku: Brapa dekat tu?
Sykt Lekir Jati: Dalam 20 minit jer..
Aku: ????

(Perbualan Telifon)
Aku: Jul, dekat tak Klang dengan Shah Alam?
Azrul: Dekat jer...
Aku: Brapa dekat?
Azrul: lebih kurang 20km jer...
Aku:???

Orang Lembah Kelang kata 20km, 20 minit dekat. Aku rasa jauh!!! Aku dari Dungun hendak ke Paka pun rasa malas. Orang Lembah Kelang setakat Bangi-Putrajaya, Klang-Shah Alam dekat jer...

5. Jalan sikit tol. Jalan banyak sikit lagi banyaklah kena bayar tol. Tol, tol dan tol... Kini aku fahamlah kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang...

6. Jalan di Lembah Kelang berselirat! Aku jadi keliru dan bingung. Dari Shah Alam kami boleh sesat sampai Lapangan Terbang Subang dan nyaris-nyaris nak sampai Rawang. Dari Keramat ke Pudu kami ambil masa lebih sejam! Walhal jalan tidaklah begitu sesak...

7. Muka orang Lembah Kelang ketat dan kelat. Barangkali kerana tekanan kerja, kesesakan lalu lintas dan kos sara hidup tinggi. Syukur aku kerja di Dungun. Bandar yang tenang sehingga lembu boleh menguasai jalan raya. Huhuhuhuhuuh

Kesimpulannya Lembah Kelang memang kusut!!!

p/s: Er... ada kaitan ke cerita aku dengan tajuk?