Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Sunday, December 28, 2008

Kalau Aku Adalah Mawi

Post ini didekasikan untuk Mawi yang mengadakan majlis beliau di Felda Taib Andak pada hari ini. Untuk pembaca yang lain, post ini hanya untuk dibaca sahaja, bukan untuk dihafal atau dikenang. Huhuhuhuhu

Kalau roshaizul adalah Mawi:-

1- Pasti peminat akan menggelakkan kereta Iswara aku yang laju itu. "Apa kes raja SMS ni pakai Iswara?"

2- Pasti para pengkritik akan berkata "Apa pasal la ramai sangat orang suka budak tembam ni. Dah tak ensem, suara macam Kiteretsu pulak tu"

3- Pasti M. Nasir akan tanya aku "Kalau nak nyanyi lagu aku ni kena joget2 skit. Ko bole joget ke?"

4- Pasti aku sudah kaya-raya. Banyak harta pusaka. Tak yah mak bapak aku sibuk-sibuk nak kerja.

5- Pasti orang akan lebih mengenali Bandar Tenggara berbanding Felda Taib Andak.

6- Pasti lebih ramai student nak masuk kelas aku. Maklum la, Incek yang popular itu yang mengajar, bole cerita ngan orang kampung "Ko jangan tak tau, artis yang popular tu mengajar aku Kaji Daya Bahan tau!"

7- Pasti aku akan banyak batalkan kelas kerana hendak memenuhi undangan show.

8- Pasti awek aku akan merajuk tatkala kami dating. Maklum la artis popular. Mesti ada gadis-gadis manja yang nak bergambar dan mengambil autograf aku tatkala kami sedang berdating.

9- Pasti blog ni mempunyai sejuta unique visitor sehari. Berbanding sekarang hanya 20 unique visitor sehari.... :-(

10- Pasti aku ada helikopter sekarang. Duit banyakkan, apa kelas naik Mercedes. Naik helikopter la beb...

11- (dari en_me) Pasti aku akan kahwin dgn EKIN sampai akhir hayat, tak seperti artis-artis glamor yg lain kannns.. ehehe

12. (dari halena) if dia ni mawi..time jwb exam mmg conpirm dpt jawab ngn pnuh semngt...hoho....

Erm..... apa lagi ek. Korang tolong bagi idea sikit....

Tuesday, October 14, 2008

Pekan Itu Banyak Nenas

Sering kali jika aku pulang ke kampung bapa aku di Kayu Ara Pasong, Pontian, dengan melalui jalan Felda Bukit Batu pemandangan yang mengasyikkan seperti gambar di bawah dapat aku saksikan.

Seperti kelihatan seperti tiada apa-apa. Tapi, cuba perhatikan gambar bahagian bawah kedua-dua gambar di atas. Bahagian bawah itu merupakan tanaman nenas! Seluas saujana mata memandang. Seperti padi di Kedah kelihatannya.

p/s: Gambar sedikat malap kerana diambil menggunakan henpon cap kambing gurun

p/s/s: Info nenas di Malaysia

Thursday, October 09, 2008

Tip Penjimatan Pada Hari Lebaran

Umur aku 27 tahun. Kalau ikut tahun hijrah, barangkali umur aku 28 tahun. Ini bermakna sudah 28 kali aku berlebaran. Katakan aku mumaiz di kala usia 7 tahun. Ini bermakna sudah 21 kali hari raya yang aku lalui secara sedar. Huhuhuhuhuhu. Aku pasti akan terdetik di hati korang "Kejadah betul la si Roshaizul ni. Apa kaitan penjimatan, hari raya dan umur?"

Berikut adalah tip penjimatan melalui pengalaman aku berhari raya sebanyak 21 kali.

Duit Raya
Zaman sekarang ni, duit raya paling ciput pun RM1. Itu pun ada budak-budak yang merungut. "Eleh, seringgit je. Cis, kedekut sungguh Pakcik Ijam ni". Ada sebuah keluarga di Felda Inas di Kulaijaya tidak memberi duit raya sebanyak seringgit. Tapi, mereka siapkan bungkusan kecik yang mengandungi gula-gula sebanyak empat biji dan duit siling sebanyak 50sen. Setelah diteliti, kos bungkusan dan empat biji gula-gula hanyalah 20sen. Ini bermakna korang hanya mengeluarkan modal 70sen untuk setiap bungkusan. Kalau seratus bungkus, baru RM70. Ini pastinya amat menjimatkan berbanding RM1. Barangkali budak-budak akan gembira. Ye la, duit dapat, gula-gula pun dapat.

Baju Melayu
RayaKorang pakai je baju melayu raya tahun lepas. Bukannya selalu korang pakai baju melayu tu. Paling kerap pun seminggu sekali pada hari Jumaat (melainkan korang kerap ke masjid dengan berbaju melayu). Ada sesetengah kawan-kawan aku mesti nak buat baju melayu baru setiap tahun. Alasan mereka "Raya kan setahun sekali". Aku tanya "Pas raya baju tu ko nak pakai ke?". Alasan mereka lagi "Kalau tak pakai aku boleh bagi kat umah anak yatim". Aku perli "Ko ingat anak yatim tu muat ke nak pakai baju ko yang dah jadi second hand tu?"

Kuih Raya
Korang pakat dengan 10 orang atau lebih kawan-kawan korang. Kemudian, belilah dengan kuantiti yang banyak. Kemudianya lagi, ko tanya tauke yang jual kuih tu "Ni saya beli banyak takde diskaun ke"? Nak jimat lagi? Buat sendiri la...

Langsir Raya
Pakai je langsir raya tiga tahun lepas. Orang tak akan perasan tu langsir lama. Tapi dengan syarat. Langsir tu mestilah langsir yang segar malar rupa parasnya. Tidak terlalu bercorak dan tidak banyak ropol-ropol yang melayut-layut.

Jalan-jalan Raya
Ni paling senang nak buat pada pendapat aku. Pertama, kongsi kereta. Kedua, rancang perjalanan. Ketiga, agak keadaan trafik. Keempat, kenal pasti jalan alternetif. (Macam iklan keselamatan jalan raya pulak rasanya)

Air Raya
Tak payah beli minuman segera berkabonat. Sebotol RM3. Takkan la beli sebotol untuk raya, paling kurang satu karton. Beli je kordial CNI. Nak lagi jimat beli pati berperisa cap dua singa. Nak lagi jimat, air kosong cukup la. Kalau mak mentua korang kata korang kedekut, ko jawab je begini "Air kosong bagus untuk kesihatan mak. Lagi pun, mak kan ada kencing manis. Jadi, tak boleh minum air manis-manis. Sebab saya sayang mak la saya hidang air kosong je ni"

Rumah Terbuka
Hari raya masanya untuk ziarah-menziarahi. Rumah korang pasti sentiasa terbuka di hari raya. Buat apa lagi nak buat rumah terbuka?

p/s: Just my 2 cent. Huhuhuhuhuh.

Wednesday, August 27, 2008

Ko Bila Nak Kahwin Jam?



Ko bila nak kahwin Jam?

Itu soalan klise yang selalu ditanya kepada aku asal saja aku pergi ke kenduri kahwin. Bukan sahaja kenduri kahwin, malah kenduri doa selamat, kenduri arwah, kenduri hari jadi, kenduri hari raya, kenduri buka puasa, kenduri-kendara, juga aku ditanya soalan yang sama. Huhuhuhuhu

Dan jawapan klise yang aku akan bagi ialah "Ko ada RM10 ribu. Bagi aku boleh? Aku nak buat kahwin" Huhuhuhuhu

Dan biasa orang wajah yang bertanya soalan itu akan terkulat-kulat atau termanggu-manggu atau tersipu-sipu atau berkerut-kerut dahi atau terpinga-pinga. Huhuhuhuh

p/s: Gambar atas tu bukan gambo aku. Selamat pengantin baru buat Hazree dan Noorhin. Sempat juga aku pergi ke majlis diorang, Noorhin di Kulim dan Hazree di Felda Taib Andak. Ke pergi dua-dua beb, dua-dua kawan aku. Huhuhuhuhu

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu