Tuesday, April 14, 2009

Air Minuman Ustaz Khairi

Kalau kau di Pantai Timur, pasti sudah biasa mendengar, mengetahui dan menikmati Air Minuman Ustaz Khairi. Biasanya air ini dibotolkan dalam botol yang besar (10 liter barangkali).

Tapi kini Air Minuman Ustaz Khairi datang dalam pek dan botol baru. Botol 500ml. Harga air tersebut RM16 sekotak. Sekotak mengandungi 24 botol.




Kalau kau ingin mendapatkan Air Minuman Ustaz Khairi dalam pek baru ini, boleh menghubungi aku (roshaizul) di talian 019-7223166. Harga RM16 tu adalah harga maksimum, bergantung kepada berapa jumlah kotak yang hendak dibeli.

Peminat Sejati 3

Suatu malam yang lain di Taman Permint, Dungun...

Taksub mereka dengan lakonan Erra Fazira, barangkali. Aku tak tahu kenapa. Ternyata mereka sehati sejiwa.

Sunday, April 12, 2009

Runtuhkan Jambatan Itu!!!

Setelah berjaya menenggelamkan kapal, aku menjalankan satu lagi misi kemusnahan. Misi tersebut dinamakan "Runtuhkan Jambatan Itu". Tapi, misi ini bukanlah untuk tujuan peperangan atau khianat, tetapi ia adalah projek yang aku beri kepada pelajar Diploma Automatif semester 5 dagi subjek Kaji Daya Bahan.

Pelajar aku dikehendaki membina sebuah jambatan menggunakan hanya kayu penyepit baju dan gam sahaja. Saiz jambatan pula, ikut suka hati kau la, yang penting jambatan itu mampu kau bawa masuk ke dalam kelas.

Objektif projek. Jambatan itu tidak runtuh jika diletakkan satu batu bata, tapi MESTI runtuh apabila diletakkan 2 batu bata.




Kebanyakan kumpulan berjaya mencapai objektif itu. Namun, ada satu kumpulan yang jambatan mereka tidak runtuh walaupun diletakkan empat batu bata. Ajaib sungguh...huhuhuhu.

Berikut jambatan-jambatan yang berjaya dirobohkan!














Friday, April 10, 2009

Kerepek Percuma

Nak kerepek percuma? Tawaran sekali seumur hidup dari kerepeksedap.com Layari web ni untuk maklumat lanjut!!! Cepat, sementara stok masih ada!!!

Satu Hari Lagi Di Pejabat Pos Dungun

Aku pernah tulis mengenai pejabat pos Dungun 13 bulan nan lampau.

Tempoh hari aku pergi sekali lagi ke pejabat pos Dungun dengan tujuan untuk mengepos barang yang ditempah pelanggan dari blog aku yang lain. Ramai juga pelanggan pada masa aku tiba.



Aku mengambil nombor, pergh! Lagi 60 orang!!! Aku beredar untuk menyelesaikan urusan aku yang lain. Pergi beli minyak hitam. Pergi RHB ambil duit. Pergi Bank Islam bayar kad kredit. Pergi Tabung Haji keluar duit. Pergi Sura Gate ngeteh seorang diri sambil menjeling-jeling kepada gadis-gadis yang berkeliaran. Kemudian kembali semula ke pejabat pos Dungun, sejam selepas aku mengambil nombor. Masih ada 15 lagi giliran sebelum aku.



Suasana panas di dalam pejabat pos itu, kerana penyaman udara tidak berfungsi. Seperti biasa, hanya ada dua kaunter sahaja yang dibuka, barangkali kerana kekurangan kakitangan.

Terkadang aku merasa kasihan juga dengan pekerja Pos Malaysia. Bos besar mereka sambar semua jenis perkhidmatan yang ada di Malaysia. Jual insurans, perbaharui lesen, pembayaran 8ribu juta bil, ASB, dan 100juta lagi perkhidmatan. Teruk juga kerja sebagai kerani pos. Mungkin sebab itu muka mereka kelihatan kelat.

Bagi warga Dungun yang inginkan keselesaan dan kepantasan ketika membayar bil, kau boleh saja pergi ke pejabat SATU atau BSN atau Kedai TNB. Kalau kau nak membuat urusan ASB/ASN kau boleh pergi ke RHB atau CIMB. Kalau kau nak memperbaharui insurans kenderaan motor dan cukai jalan, kau boleh pergi kemana-mana kedai ejen insurans yang bersepah di Dungun. Jika kau melakukan perkara yang aku nyatakan di atas, nescaya kau tidak akan merasa tertekan dengan kualiti perkhidmatan di pejabat pos. Juga, kau boleh mengurangkan kesesakan di pejabat pos supaya orang-orang yang hendak melakukan urusan pos yang sejati tidak memaki pejabat pos...

Thursday, April 09, 2009

Tenggelamkan Kapal Itu

Entah kenapa, aku merasa bosan untuk mengajar. Pasti, bila aku bosan, para pelajar aku juga bosan.

Entah kenapa juga, aku merasa bermalas-malasan untuk mengadakan tugasan. Malas untuk menada dan memeriksa sebenarnya. Huhuhuhu

Entah kenapa juga, aku merasakan bahawa para pelajar aku ternganga tatkala aku mengajar. Bukan kerana mereka tidak paham, tetapi mereka tertanya-tanya di dalam hati., "nak pakai kat mana teori nih?"

Oleh 3 sebab di atas, aku mengadakan satu projek untuk dilaksanakan oleh pelajar aku, Diploma Mekatronik semester 3 di Politeknik Dungun bagi subjek Mekanik Bendalir. Hanya projek semata-mata, tiada laporan panjang berjela perlu ditulis. Projek bertajuk "Tenggelamkan Kapal Itu". Pelajar dikehendaki membina sebuah kapal mini dari apa-apa bahan. Saiz kapal mesti berukuran tidak lebih 2 jengkal x 1 jengkal tangan aku. Aku mahukan kapal mereka tenggelam jika beban 250N dikenakan. Beban akan ditambah 10N demi 10N.

Ada yang berjaya, ada yang tidak. Apa-apa pun mereka memang kreatif dan melebihi jangkaan aku. Ternyata mereka berjaya mengaplikasikan teori Pakcik Archimedes dengan jayanya. Berikut rupa paras kapal-kapal yang berjaya ditenggelamkan.







Wednesday, April 08, 2009

Gempar: Fara Fauzana Sudah Bertudung!!!


Amacam? Comel tak Fara Fauzana pakai tudung. Kalau kau tidak berada di Pantai Timur, barangkali kau akan terkejut melihat Fara Fauzana bertudung. Tapi, di sini adalah fenomena biasa melihat model barangan memakai tudung. Bukan saja Fara Fauzana, Maya Karin juga pernah aku melihat beliau bertudung pada papan iklan Celcom.

Gambar Fara Fauzana yang manis itu aku lihat pada lori Nescafe yang parkir di pasar Dungun...

p/s: Jika kau yang sedang membaca post ini adalah Fara Fauzana, aku minta maaf kiranya post ini mencetuskan api amarahmu. Tapi, percayalah kau lebih elok bertudung! Huhuhuhuh

Tuesday, April 07, 2009

Award Ke 4

Dari Halena, terima kasih banyak-banyak! :-)


Jalan Pasar, Kuala Lumpur

Selepas menikmati tempe, Jeff mengajak aku ke Jalan Pasar. Suasana di situ agak bercelaru dan membingitkan. Aku seronok ke situ, memerhati gelagat pembeli dan penjual. Macam-macam barang-barang unik yang kau boleh jumpa di situ. Ubat kuat, ikan hiasan, handphone, emas tiruan dan pelbagai lagi. Kalau kau hendak melihat Kuala Lumpur dari sudut yang lain, kau harus ke sini...











Monday, April 06, 2009

Tempe Di Kuala Lumpur

Hujung minggu yang lalu, aku ke Kuala Lumpur atas suatu urusan rahsia. Huhuhuhuh. Aku, kalau ke Kuala Lumpur, tidak gemar untuk ke KLCC atau ke SOGO atau tempat-tempat yang seumpama dengannya. Aku lebih gemar pergi ke tempat-tempat terpencil di Kuala Lumpur, memerhati gelagat manusia.

Aku di Kuala Lumpur ditemani oleh rakan aku, seorang Jawa yang mempunyai nama panggilan Jeff. Beliau membawa aku ke suatu tempat makan di Batu Caves, menikmati hidangan sarapan yang enak ala kampung.

Aku teruja bila mendapati kedai tersebut menjual tempe goreng. Aku obses juga kiranya terhadap tempe. Barangkali sama juga bagimana orang Pantai Timur obses terhadap budu atau orang Melaka obses terhadap cencaluk.

Bekas Telur Tikar Mengkuang






Hasil kerja Cik Nurul. Kami ingin menjualnya pada harga
1-50biji: RM1.50
51-500biji: RM1.20

Stok yang ada,
- warna oren: 50biji
- warna merah: 250biji
- warna ungu: 200biji

Harga tidak termasuk kos penghantaran. COD di Dungun dan Kuala Terengganu.

Ada minat? Hubungi roshaizul 019-7223166 atau 017-9698722. Malu nak call/sms aku? Hantar emel ke roshaizulnizam(at)yahoo(dot)com.

Sunday, April 05, 2009

Cawan RM26

Jalan-jalan dengan Cik Nurul di Kuala Terengganu. Hampir semua tempat di Kuala Terengganu telah kami pergi, bosan rasanya. Lalu, kami memutuskan untuk pergi ke suatu kedai di sebalah Mydin bandar. Sekadar window shopping di kedai tersebut.


Aku terkejut apabila mendapati sebuah cawan kaca berharga RM26!!!! Aku terpinga-pinga, lalu meninggalkan kedai itu dengan seribu tanda tanya....

Thursday, April 02, 2009

Sirap Bandung Yang Sedap


Aku ketagih sirap bandung ni. Ya ampun...sedap bangat! Kau boleh jumpa sirap bandung ni di Taman Rona, Parit Raja, Johor. Aku tak tau dia taruk apa dalam sirap bandung tu. Hara-harap bukan ganja. Huhuhuhuh

Taman Rekreasi JPS Pekan Pahang

Tempoh hari, aku pulang ke Dungun bersama-sama anak saudara aku yang celik IT. Memang setiap kali cuti sekolah, beliau akan ke rumah datuk Johor beliau. Menjadi rutin aku untuk menghantar atau mengambil beliau di rumah mak bapak beliau di Kuantan setiap kali cuti sekolah.

Amat melecehkan juga membawa anak saudara aku ini. Kerap kali beliau meminta aku untuk berhenti di stesen minyak Shell untuk membeli kereta mainan Ferrari. Memandangkan minyak aku penuh, dan tidak mampu untuk menampung jumlah RM30, aku enggan memenuhi kehendak beliau.

Oleh kerana itu, beliau menggangu aku semasa memandu. Owh! Amat bahaya. Lalu, aku berhenti untuk rehat di Taman Rekreasi JPS Pekan Pahang. Aku kira tempat itu cukup berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong. Kedudukannya yang berada di tebing sungai Pahang menjadikan suasana di situ amat nyaman. Di tambah lagi dengan wakaf, tandas, gerai makan, jambatan gantung dan taman permainan kanak-kanak, menjadikan ia sesuai untuk seisi keluarga. Sempat juga aku mengambil gambar menggunakan henpon Yahudi aku.