Pages

Monday, April 06, 2009

Tempe Di Kuala Lumpur

Hujung minggu yang lalu, aku ke Kuala Lumpur atas suatu urusan rahsia. Huhuhuhuh. Aku, kalau ke Kuala Lumpur, tidak gemar untuk ke KLCC atau ke SOGO atau tempat-tempat yang seumpama dengannya. Aku lebih gemar pergi ke tempat-tempat terpencil di Kuala Lumpur, memerhati gelagat manusia.

Aku di Kuala Lumpur ditemani oleh rakan aku, seorang Jawa yang mempunyai nama panggilan Jeff. Beliau membawa aku ke suatu tempat makan di Batu Caves, menikmati hidangan sarapan yang enak ala kampung.

Aku teruja bila mendapati kedai tersebut menjual tempe goreng. Aku obses juga kiranya terhadap tempe. Barangkali sama juga bagimana orang Pantai Timur obses terhadap budu atau orang Melaka obses terhadap cencaluk.

6 comments:

♥ Cik AyieHeL ♥ said...

tempe baek tuk kesihatan..

roshaizul said...

tanpa tempe siapalah aku

serinditrimba said...

Ha ha ..

kita tempe goreng kurang gemarlah jua.. tapi, kalau tempe tu mentah, baru bukak dari pembalutnya, sekejapan je abis masuk dalam perut

roshaizul said...

WAH, LAGI DAHSYAT!

hakim said...

bini aku orang bukit chatak dungun, tapi minat terhadap tempe adalah setara dengan aku yang berasal dari bandar tenggara johor yang sedari kecil bergelumang dengan tempe ketika makan nasik.

roshaizul said...

wah! bagus tu. sebab aku penah jumpa orang muntah makan tempe. huhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin