Mulanya aku tak tahu apa-apa pasal benda ni. Sekadar melihat kawan-kawan menikmatinya. Mereka kelihatan sungguh beremosi tatkala menghadap benda ini.
Kadang-kadang gembira.
Kadang-kadang sugul.
Kadang-kadang ketawa.
Kadang-kadang meraung kecewa.
Kadang-kadang termenung panjang.
Kadang-kadang menyumpah seranah.
Kadang-kadang bersorak.
Aku tak tahu mengapa jadi begitu. Lalu, tergerak aku mencubanya. Lama juga sebelum aku berfikir sebelum mencubanya. Dua bulan juga rasanya.
Akhirnya aku terjebak juga dengan game WORMS ARMAGEDDON!!!
Aku terjebak juga setelah dirayu pujuk oleh Azrul dan Pais, rakan serumah aku tatkala di Parit Raja sekitar 1999. Owh! Mereka membuat aku ketagih sehingga ke hari ini!!!!
Ketagihan aku semakin menjadi-jadi sekarang. Setiap pagi, selepas duduk dan membuka komputer aku akan bermain game ini sebanyak satu pusingan.
Tapi, kau jangan salah sangka. Ini sepertinya suatu senaman pagi untuk aku. Ini kerana:-
1) Game ini mencergaskan minda aku kerana aku perlu mengatur strategi supaya ulat aku tidak dapat diserang dan pada masa yang sama ulat aku dapat menyerang.
2) Game ini memberikan kepada aku pemahaman konsep-konsep matematik dan kejuruteraan seperti Hukum Newton Ketiga, projectile, momentum, halaju dan sebagainya. Ini kerana setiap senjata dibangunkan mengikut konsep-konsep matematik kejuruteraan yang berlainan.
3) Game ini mengajar aku kecekapan mencongak. Ini kerana setiap senjata mempunyai kegunaan dan kuasa pemusnah yang tersendiri.
4) Game ini melincahkan jari-jemari aku tatkala menaip kelak. Ini kerana aku harus cekap menggunakan keyboard untuk mensasarkan senjata serta menggerakkan ulat-ulat aku.
Aku pasti, ramai yang tidak ketahuaan apa yang aku bebelkan ini. Sesekali nak juga aku menulis untuk syok sendiri. Huhuhuhuhu.
Kalau kau nak ketagih seperti aku, kau boleh tengok
di sini.
Selamat menjadi ulat!!!