Wednesday, September 09, 2009

Berapa Pantas Kau Menaip?

Aku menaip selaju ini. Tak lah laju seperti yang disangka. Seumpama siput babi rasanya. Huhuhuh

41 perkataan

Speedtest

Tuesday, September 08, 2009

Menjelang Hari Raya

Aku pasti, kaum ibu paling sibuk tatkala menjelang hari lebaran. Nak langsir baru, kuih raya, bekas kuih, daun ketupat dan 1001 lagi persiapan hari raya. Walaupun seseorang ibu itu bekerja atau tidak, beliau pasti risau kerana ingin menyediakan yang terbaik untuk keluarganya.
Begitu juga halnya dengan kaum ibu di tempat kerja aku ini. Oleh kerana mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi, mereka hanya perlu menunjuk sahaja yang mana satu berkenan di hati.

Monday, September 07, 2009

Papan Ajaib

Tempoh hari aku berkursus di Selangor Human Resource Development Center (HRRDC) di Shah Alam. Kursus yang teknikal sifatnya. Aku diajar merekabentuk acuan. Bukan acuan kuih, tapi acuan untuk menghasilkan barangan plastik. Kalau kau tengok gambar di bawah, pasti kau kata aku seorang perekabentuk industri yang profesional. Huhuhuhuhuhuu.


Oh! Perenggan pertama sudah lari dari tajuk. Sebenarnya, aku ingin menceritakan papan ajaib ini.
Papan ajaib ini adalah kombinasi papan hitam mini dan tetikus komputer. Kau melukis di atas papan ajaib itu dan lukisan kau akan terpampang di skrin komputer kau. Sebenarnya aku sudah lama mengetahui teknologi tersebut, kira-kira 4-5 tahun yang lampau. Tetapi, hanya kini aku dapat menggunakan teknologi tersebut.

Aku diberitahu, di Singapura budak-budak tadika dah diajar menggunakan papan ajaib itu. Malaysia bila lagi?

Wednesday, September 02, 2009

Dungun Yang Sama Tarafnya Dengan Kuala Lumpur

Dungun tiada McDonald. Jika kau adalah penduduk Dungun, kau perlu memandu sejauh 40km untuk menikmati burger McDonald di Kerteh sana. Tapi, kalau kau di Kuala Lumpur, aku kira pasti tiada masalah mendapatkan McDonald.



Sinonim barangkali, McDonald dengan kaunter pandu lalunya. Dari dalam kereta kau boleh memesan burger kesukaan kau, membayar dan mengambil pesanan juga dari dalam kereta. Amat menyenangkan...



Tapi, kalau kau warga Dungun, kau sebenarnya boleh mengalami perasaan melalui kaunter pandu lalu. Bagi tujuan itu, kau boleh ke Syarikat Air Terengganu (SATU) cawangan Dungun. Dari dalam kereta, kau boleh membayar bil air kau. Amat menyenangkan...



Bil-bil lain aku tak pasti samada boleh di bayar melalui kaunter itu. Ini kerana, aku selesa membayar bil telefon bimbit aku di kedai telefon yang terpilih. Juga, bil elektrik aku telah dibayar oleh kerajaan Malaysia kerana jumlahnya tidak lebih RM20.



Aku rasa, dari segi aspek pembayaran bil melalui kaunter pandu lalu, Dungun adalah sama tarafnya dengan Kuala Lumpur...


Tuesday, September 01, 2009

Skrin Terbalik

Belum terlewat rasanya aku mengucapkan salam ramadhan. Semoga anda semua (yang lelaki dan wanita monopause) dapat berpuasa penuh.


Lama tak menulis, rasa kekok jari jemari ini menaip. Hal demikian menyebabkan rating dan trafik blog ini menjunam dengan dhasyatnya.


Bukannya aku tidak mahu menulis, tetapi, ada skrin yang bermasalah di pejabat aku. Kusut aku mencari penyelesaiannya....

Thursday, August 13, 2009

Iklan Yang Menjengkelkan

Telah menjadi perkara biasa di politeknik Dungun. Dalam seminggu paling kurang ada satu risalah iklan seminggu. Iklan jual tanah, iklan jual rumah, iklan pinjaman peribadi, iklan kereta, iklan insurans/takaful, iklan MLM, dan berbagai lagi. Itu belum dikira lagi dengan ejen yang naik ke pejabat menjual kad kredit, insurans/takaful, kek, buku, majalah dan sebagainya.

Terkadang-kadang, aku menyampah tengok iklan-iklan ini. Tak semua, tapi ada beberapa. Terutama sekali iklan MLM dan insurans.

Tapi, semumur hidup aku, iklan di bawah ini yang paling aku menyampah. Tak tahu kenapa. Ia kelihatan begitu menjengkelkan dan keji. Kau rasa macam mana?


Tuesday, August 11, 2009

Sekolah Yang Tinggi Taraf Mutunya

Terjumpa satu buku nota pelajar di meja seorang kawan di pejabat aku.

Aku baca 7 kali nama sekolah tu. Lalu aku menggooglekan diri. Akhirnya, aku pasti sekolah ini wujud. Kau boleh lihat di sini

Thursday, August 06, 2009

Kopi Susu Kambing?

Sekarang ini, macam-macam jenis kopi segera yang muncul. Dimulai dengan kopi tongkat ali, kemudian muncullah kopi ginseng, kopi ganoderma dan berbagai-bagai kopi pracampur yang lain. Dan, nama kopi-kopi itu juga bermacam-macam bunyinya. Kopi Radix, Kopi Jamil, Kopi Arabica. Yang paling menarik sekali >>> Kopi Janda. Kedengaran begitu menggoda dan menghairahkan!!! Huhuhuhuh

Selak-selak gambar arkib lama dalam netbook murah aku ini, lalu terjumpa gambar Kopi Susu Kambing!!!

Aku tak ingatlah mana aku dapat gambar ini. Dan juga, aku tidak pernah merasainya. Begitu juga dengan berpuluh-puluh kopi pracampur yang lain....

Wednesday, August 05, 2009

Cara Mencegah Virus Selsema Babi

Huh. Lama tak menulis. Rupanya ada yang lebih mengasyikkan dari berblog. Huhuhuhuhuhuhuuhu

Ok, tak nak cerita panjang, mari kita lihat cara untuk mencegah selsema babi.

1) Kerap cuci tangan.

Selepas bersin atau batuk. Juga sebelum dan sesudah makan. Tapi, kalau kau sembahyang lima waktu, pasti bersih tangan kau. Pasti kau perlu mengambil wuduk 5 kali sehari. Kalau kurang dari itu, bermakna kau berjaya menahan kentut kau atau kau telah memegang tangan awek kau. Atau yang lebih dahsyat, kau tak sembahyang.

Pembersihan tangan dengan berwuduk lebih sempurna berbanding pembersihan tangan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian sarankan kau basuh sekadar pergelangan tangan, tapi, dengan berwuduk kau basuh sampai ke siku. Kan kita kadang-kadang kesat hingus dengan lengan? Huhuhuhuhuhu

2) Menutup hidung dan mulut.

Mahal rupanya penutup hidung nih. Harganya di Dungun RM1 sekeping. Boleh pakai sekali saja pula tu. Kemudian kau kena buang di tempat yang betul. Pengalaman aku menggunakan penutup hidung adalah begitu tidak menyelesakan. Terasa panas udara yang aku sedut, barangkali aku menyedut lebih karbon dioksida berbanding oksigen.

Kalau kau perempuan, aku cadangkan kau berpurdah sahaja, sebagai ganti penutup hidung yang mahal itu. Juga, aku pasti, memakai purdah tidak sepanas memakai penutup hidung. Ini kerana, purdah biasanya dipakai agak longgar. Ini memudahkan pengaliran karbon dioksida yang kau hembus. Tapi, apa yang lebih penting, kau dapat menutup aurat kau.

3) Elakkan/kurangkan pergi ke tempat awam

Duduk kat rumah kan bagus. Boleh layan tengok tv dan layan bini. Huhuhuhuhu. Selain dari mengurangkan risiko terkena selsema babi, kau juga dapat mengurangkan dosa kering kau. Kau tahu lah budak-budak zaman sekarang. Pakai tudung, tapi pakai baju ketat. Habis nampak bentuk buah dada dan punggung yang mengkal itu.

Sekian, itu sahaja. Akhir kata, katakan TIDAK pada SELSEMA BABI.

Saturday, July 25, 2009

Selsema Babi Melanda Politeknik Dungun

Selsema babi telah melanda Politeknik Dungun apabila empat orang pelajar disyaki menghidapnya. Politeknik Dungun akan ditutup selama seminggu mulai esok.

Bagi pendaftaran balik Latihan Industri (LI), ia akan ditunda ke tarikh 2/8/2009 jam 8.30 pagi di Dewan Besar.

Sekian, untuk makluman.

Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi para pensyarah di Politeknik Dungun.

Wednesday, July 15, 2009

Bukit Besar

Aktiviti aku pada Jumaat pertama menjadi suami adalah mendaki Bukit Besar. Dengan berat 100kg, aku khuatir ia akan bertambah beberapa tahun selepas berkahwin. Jadi, aku mengambil inisiatif awal untuk menguruskan badan.

Juga, aku tercabar dengan Pn. Nurul yang mengatakan aku pasti tidak akan dapat menawan Bukit Besar. Aku sahut cabaran beliau dengan jiwa yang berkobar-kobar dan bersemangat gagah.

Akhirnya, dengan mudah aku dapat menawan Bukit Besar itu hanya dalam tempoh 35minit. Cis, tak la tinggi mana Bukit Besar itu. Huhuhuhuhu

Owh, lupa hendak memberitahu kau semua, Bukit Besar terletak di Kuala Terengganu. Amat hampir dengan Mydin Mall dan Giant. Kiranya kau boleh terus membeli air tin teh bunga di Mydin selepas kau turun dari Bukit Besar. Kalau kau dari arah Kelantan melalui Jambatan Sultan Mahmud kau boleh nampak dari kejauhan Bukit Besar itu yaang terpampang tulisan "Allah Selamatkan Terengganu".


Tetapi, mengah juga sebenarnya aku tatkala mendaki bukit itu. Jadi, untuk melepaskan lelah, sempat aku mengambil beberapa gambar untuk tatapan kau semua.







Tuesday, July 14, 2009

Cara Untuk Melajukan Celcom Broadband Anda

Barangkali, ramai sedia maklum bahawa kelajuan Celcom Broadband di luar Lembah Kelang adalah begitu tidak memuaskan. Kalau Celcom Broadband itu adalah haiwan bernyawa, sudah pasti ia akan tewas apabila berlumba dengan kura-kura.

Bagi memastikan Celcom Broadband menang perlumbaan lari dengan kura-kura, dicadangkan kau melakukan perkara berikut dengan Celcom Broadband kau.

Semakin tinggi lokasi stick Celcom Broadband kau, semakin tinggi kelajuaannya.

Buat masa sekarang aku sedang memikirkan cara untuk menyambungkan stick Celcom Broadband dengan piring Astro. Doakan aku berjaya ya.

Monday, July 13, 2009

Pulau Redang

Jari masih sangat merah, hati masih sangat riang, tetapi tubuh terasa sedikit letih, dan otak terasa begitu kusut. Begitulah keadaan aku beberapa hari selepas berkahwin.

Nasib baik Pn. Nurul telah menempah pakaj percutian 3 hari 2 malam di Pulau Redang. Dapatlah juga aku melegakan fikiran dan badan.

Kami naik bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan air selama lebih kurang sejam setengah tidaklah begitu memenatkan. Suasana dalam bot itu semacam menaiki kapal terbang Air Asia rasanya.

Kami mendarat di Pasir Panjang dan menginap di Lagoon Resort. Difahamkan, hanya resort itu yang mempunyai tukang masak beragama Islam.

Suasana di Pulau Redang itu sangat menakjubkan. Pasirnya sangat putih dan halus. Airnya sangat tenang dan biru. Bila bermain di gigi pantai, boleh nampak dengan jelas ikan-ikan yang comel. Kembali ke asas >>> itu Allah punya kuasa.

Tapi, ketenangan di Pulau Redang itu sedikit terganggu kerana ramai sekali gadis dan nenek mat saleh yang berbikini. Dan, bikini mereka itu tersangat seksi; hanya menutupi puting dan alur di bawah itu sahaja. Sesekali tertengok, takpe, itu rezeki namanya. Huhuhuhuhu

Teringat sewaktu bersekolah agama di Johor dulu. Ustaz sedang mengulas tentang kewajipan menundukkan pandangan. Beliau berkata
Tengok sekali .... rezeki
Tengok 2 kali .... haram
Kemudian ada yang bertanya, "kalau tengok 3 kali ustaz?"
"Haa!!! Dalam badan awak memang ada SETAN!!!"

Kembali ke cerita asal.

Tidak banyak aktiviti kami di Pulau Redang. Cuma kami lebih banyak meluangkan masa berbual-bual tentang kehidupan sambil berjalan atau duduk saja di tepi pantai. Sesekali kami memikirkan juga visi dan misi kehidupan kami.

Kami juga melakukan snorkling, melihat hidupan laut yang begitu jinak. Mengelupur juga aku ketika cuba mengapaungkan diri.

Aku terasa macam post ni tak best je. Jadi, untuk menambahkan ke'best'an post ini, aku selitkan beberapa keping gambar di Pulau Redang...












Sunday, July 12, 2009

Lega...




Aku selamat diijabkabulkan pada 4 Julai yang lepas dengan sekali lafaz di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Lega rasanya. Tetapi terasa berat juga kerana perlu menanggung anak dara orang...

Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir. Yang tidak dapat hadir, sudilah kiranya ke majlis di Bandar Tenggara, Johor pada 19 Julai ini.

Saturday, June 27, 2009

Diari Sabtu Bujang Terakhir...

Hari ini Sabtu, 27 Jun 2009. Hari ini merupakan hari Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Pada Sabtu minggu hadapan, 4 Julai 2009 aku akan menjadi suami kepada Pn Nurul.

Berikut diari aku pada hari ini, sebagai orang bujang.

Pagi
Bangun jam 6.00 pagi. Setelah melakukan regangan ringan, aku ambil angin pagi di luar rumah, sambil menghisap tembakau Harvest berperisa anggur, menikmati pagi Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Beberapa ketika selepas itu, Pais datang untuk menumpang di rumah aku barang sehari dua. Kemudian, aku mandi dan menyegarkan diri, setelah itu solat subuh.

Setelah siap semuanya, aku duduk di meja kerja aku, menghadap netbook dan cuba memperbaikinya, walaupun aku buta IT. Tertekan kerana kerosakan semakin teruk, aku keluar sarapan pagi di kedai kuning Taman Permint. Aku belasah nasi ayam pagi ini. Rasa lapar begitu menusuk perut.

Kenyang perut, suka hati. Aku pulang ke rumah dan kembali membaiki netbook aku. Ternyata usaha aku tidak sia-sia. Netbook berjaya berfungsi dan terus aku akses ke capaian internet. Lantas aku terus melakukan penyelenggaraan terhadap blog gelap aku yang mendatangkan hasil itu. Juga, aku melakukan penyelarasan semula terhadap blog jual barang aku yang masih belum mendatangkan hasil.

Tengahari
Masih melakukan kerja-kerja di alam maya. Sesekali berhenti sebentar untuk bertenang, minum air dan solat.

Petang
Tiba-tiba perut berbunyi semula. Sekali lagi aku ke kedai kuning Taman Permint. Kali ini rojak ayam menjadi habuan aku. Setelah kenyang, aku pulang ke rumah, melipat kad kahwin tambahan. Kemudian aku Asar sebentar kemudian keluar semula untuk menghantar kad kahwin kepada dua pupu Cik Nurul yang tinggal setaman dengan aku.

Selepas beransur dari rumah dua pupu Cik Nurul, aku mengisi minyak di Petronas depan Sekolah Sains Dungun. Terpandang poster Bumble Bee, lalu teringat nostalgia kartun Tranformers. Isi minyak RM50. Terus bergerak ke RHB. Cucuk beberapa ratus hasil duit dari internet. Kemudian terus ke Kuala Dungun, masuk kedai elektrik dan bertanya kepada tauke di situ "Ada TV paling murah tak?". Setelah selesi urusan, masuk pula ke kedai perabot dan juga bertanya "Ada rak TV paling murah tak?".

Siap membeli-belah, aku pulang mengikut jalan pantai. Samai ke rumah terus memasang TV baru. Setelah melakukan sedikit pelrasan, aku mula menonton TV yang sudah lama aku tidak tengok. Sekonyong-konyong, Pais pun pulang setelah selesai berniaga dan kami bercerita hal dunia sehingga Maghrib.

Malam
Aku menaip entry ini sambil menonton Pilih Kasih. ...

Tamat sudah Diari Sabtu Bujang Terakhir.

p/s: Jemput datang ke majlis perkahwinan aku.

Thursday, June 25, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan

Aku sudah bercinta dengan Cik Nurul 6 tahun lamanya. Kini, cinta kami menginjak ke fasa yang seterusnya >>> perkahwinan.

Dengan itu aku ingin menjemput rakan-rakan dan para pembaca blog ini ke majlis perkahwinan kami.

Majlis bertunang dan akad nikah akan berlangsung di
D-1090, Kampung Pulau Rusa, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu
pada
Sabtu, 4 Julai 2009

Majlis menyambut menantu pula akan berlangsung di
35, Jalan Bendahara 3, 81440, Bandar Tenggara, Johor
pada
Ahad, 19 Julai 2009

Kepada rakan-rakan dan para pembaca yang ingin maklumat lanjut, boleh sms emel ke nombor aku, 019-7223166. Aku akan hantarkan e-kad kepada kau.

p/s: Terasa sedikit geli-geleman ketika menaip perenggan pertama itu. Huhuhuhuhuhu

Duit Jatuh Ke Riba

Kalau kau nak tahu, aku mengalami krisis kewangan yang sedikit serius di kala ini. Tetapi tidaklah sampai aku meminjam Ah Long. Juga, tidaklah sampai aku terdetik ingin merompak bank atau menjual daun ketum. Masih lagi juga aku menderma seringgit dua di masjid atau peminta sedekah.



Sebenarnya, kau harus faham, redha dan syukur dengan rezeki yang Allah beri kepada kau. Percayalah, kalau kau ada niat untuk berkahwin, pasti akan ada rezeki kau di situ. Tapi, kau juga harus ada usaha, bukan mengharapkan duit jatuh ke riba.



Owh, agak serius bunyinya perenggan di atas. Sebenarnya aku baru saja mendapat cek dari Nuffnag. Taklah banyak. RM50 sahaja. Tapi cukuplah untuk aku beli songkok 4.5 inci tingginya....


Wednesday, June 24, 2009

Duri Dalam Daging

Selak-selak fail-fail dalam netbook aku yang murah ini (kerana aku belum mampu untuk membeli laptop yang mahal) terjumpa suatu gambar lama dalam arkib aku. Antara gambar yang sempat di selamatkan dari henpon yahudi cap kambing gurun aku yang lama itu.

Perhatikan gambar di bawah. Adu tulang ikan tertusuk di jari itu, dan jari itu adalah jari mak aku. Owh!


Kecelakaan itu berlaku tatkala mak aku sedang membersihkan lubang sinki. Mujur aku ada di Bandar Tenggara tatkala itu. Menggunakan kereta Lamborghini Biru aku, aku terus memecut ke klinik kesihatan Bandar Tenggara. Malangnya ia tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Terus aku memecut ke sebuah klinik swasta, juga di Bandar Tenggara. Malang sekali lagi, doktor yang cun itu tidak berani untuk mencabut duri itu.

Sekali lagi aku memecut. Kali ini lebih laju. Ada stail macam 30% Karamjit Singh dan 70% Jensen Button. Terus ke Hospital Kota Tinggi yang berjarak 40km++ dari Bandar Tenggara. Pembantu perubatan di hospital itu dengan selamba merawat mak aku. Beliau kelihatan amat berpengalaman walaupun sekadar pembantu perubatan.

Selesai rawatan mak aku cakap "Nasib baik kau ada Jam..."

p/s: Moral: Berhati-hati dengan duri ikan...

Tuesday, June 23, 2009

Tukang Jahit Yang Durjana

Cik Nurul sedang bersedih sekarang. Baju kahwin yang ditempah beliau tidak jadi seperti yang diharapkan. Atau, dalam erti kata lain baju kahwin beliau itu kelihatan keji. Ia menjadi keji kerana dijahit oleh tukang jahit yang sungguh durjana skill menjahit beliau.

Jadi, kalau kau hendak menempah baju kahwin, kau mesti pastikan bahawa tukang jahit itu benar-benar berkaliber.

Juga, kalau kau berada di Kuala Terengganu, janganlah kau pergi ke kedai jahit ini.

Zamani Fesyen
103A, Perhentian Bas Kuala Terengganu

Monday, June 22, 2009

Bapa Mithali

Menjadi kelaziman zaman sekarang. Suami dan isteri bekerja. Dengan belanja kehidupan yang makin tinggi sukar rasanya juga mengharapkan gaji suami semata-mata.


Masih dalam suasana Hari Bapa, aku mengucapkan tahniah kepada Khiril kerana sanggup menjaga 2 orang anak beliau tatkala isteri beliau terpaksa berkursus di luar kawasan. Kau memang bapa mithali walaupun dari riak wajah kau seolah-olah kau ingin menempeleng anak kau itu. Juga, aku merasa hairan kenapa kau tidak saja memasak di rumah? Ke kau tak tahu masak? Huhuhuhuhuhuhuhuh