Wednesday, April 22, 2009

Apabila Kura-Kura Lebih Laju Dari Celcom Bradband

Sudah masuk bulan kedua sebenarnya aku melanggan Celcom Broadband yang dipacu oleh modem cap Huawei. Pada aku Celcom Broadband tidak seperti yang aku harapkan...

Walaupun aku melanggan pakej 3G yang kononnya berkelajuan 3.6 Mbps, namun purata kelajuan yang mampu dicapai hanyalah sekitar 50-100 kbps. Pada tahap kura-kura seperti sekarang ini, kelajuannya hanyalah antara 0-20 kbps. Apa yang mampu aku buat dengan kelajuan sebegitu? Seingat aku, kadar kelajuan maksimum yang pernah dicapai adalah sekitar 500 kbps. Ternyata jauh dari kadar 3.6 Mbps.

Jangan kau terpedaya dengan iklan Celcom yang mengatakan broadband mudah alih mereka sepantas tahi bintang yang pantas berlegar-legar di alam semesta. Aku hanya percaya bahawa Celcom Broadband adalah sepantas tahi yang berputar dalam mangkuk jamban jenis duduk apabila tombol flush ditekan. Huhuhuhuhuhu....

Namun, sehingga ke detik ini, aku tidak berkira-kira untuk menukar ke kaedah mengakses internet yang lain. Sesungguhnya, di Dungun ini hanya Celcom Broadband dan Streamyx sahaja yang boleh beroperasi. Dan lagi, aku tidak menggemari Streamyx kerana kos permulaannya yang lebih tinggi dan kau perlu memberi komitmen kepadanya selama setahun.

Erm....

13 comments:

lemon said...

celcom brodband memang lambat macam siput..alaa pakai jer streamyx..laju pun laju!!eheeee~~~
takkan lect macam ko tak bleh bayar kos permulaan pemasangan streamyx kot....alahai..tipunyee!

roshaizul said...

kau ingat gaji lec poli beso ngat ke? dan lagi, aku jenis nomad, tak sesuai guna streamyx...

lemon said...

alaa streamyx brodbend kan ada..

roshaizul said...

aku nak yang portable, mobile. streamyx boleh ke?

zairi said...

tu sebab aku x nak langgan ntenet kat rumah.membazir je.broadband kalo time siang memang menyampah nak online.time tengah malam je laju.tapi bila masa nak tido?maka aku gunakan ntenet kat opis je.

roshaizul said...

masalahnya, internet kat opis aku macam haram. kau boleh pergi makan nasi tatkala menunggu laman web yahoo terpapar sepenuhnya

en_me said...

ko nak laju2 nak watpe.. vukannyerr update blog ari ari ghiteww.. ihiks

k.e.r.i. said...

bukan selkom je yang macam kura-kura sembelit, meksis pun sama.
tapi apakan daya, apa lah sangat ada kat dungun tu.
huhu.

p/s : aku rasa nak tiru kau lah, tukar nama blog jadi "Dari Terengganu ke Selangor".
haha

roshaizul said...

en_me,
huhuhuhuh. ada menda lain aku nak buat selain update blog

keri,
huhuhuh! silalah bertukar!

Umie said...

senang cite internet service kat Malaysia mmg tahap kura2 demam punye lah... Nak laju,pi pindah ke Jepun...wakakakaka

roshaizul said...

kat jepon laju kah?

adanz said...

kat jepun laju, mcm keta2 dari jepun, sume laju2 kan......

roshaizul said...

owh! ye kah? tapi kan, iswara aku lagi laju dari kereta jepun. buatan malaysia. huhuhuhuhuhu