Tuesday, May 23, 2006

Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

TUMPAT: Budu cap ketereh yang diusahakan seorang penduduk dekat Pengkalan Kubor di sini sejak 27 tahun lalu, dipercayai menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) terhadap budu berlabelkan gambar dua biji buah ketereh (gajus) yang diusahakan Mat Ismail Jusoh, 55, di Kampung Ketil itu, ia kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Mat Ismail berkata, beliau mendaftar budu cap ketereh yang diusahakannya sebagai harta intelek bagi mengelak produknya ditiru pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap permintaan budunya yang baik di pasaran.

"Berikutan pengiktirafan ini, saya boleh mempertahankan lambang buah ketereh yang digunakan sebagai label budu yang saya hasilkan selama ini dan bertindak terhadap mereka yang menirunya bagi mengelirukan pengguna.

"Saya kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengeluar budu yang sengaja mengguna botol serta label dua biji buah ketereh milik syarikat saya pada budu mereka," katanya.

Identiti budu keluaran syarikat Mat Ismail termasuklah botol yang mempunyai logo timbul dua biji buah ketereh yang ditempah khas dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, label kandungan budu terbabit turut menyatakan ia sebagai harta intelek.

Mat Ismail berkata, secara purata, syarikatnya mengeluarkan 1,000 dozen botol budu berkapasiti 200 mililiter (ml) setiap hari yang dihantar untuk pasaran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mula mengeluarkan budu dalam botol kecil berkapasiti 60ml dan dipasarkan menerusi sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, mulai bulan depan.

Katanya, dalam usaha membantu mengembangkan industri budu tempatan, pihaknya kini menerima 18 pelajar Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (Kustem) dari Kuala Terengganu untuk menjalani latihan amali di kilang budunya.

p/s: Tahniah Budu Cap Tereh. Artikel di atas dipetik dari Berita Harian 23 Mei 2005(http://www.bharian.com.my)

Wednesday, May 10, 2006

Hoi!!! Nak Bercinta Ke Nak Bawa Kereta???

Pada suatu pagi yang indah. Aku memandu bersendirian dari Dungun untuk ke Chendering, Kuala Terengganu. Bertemu buah hati (heheheh). Sedang aku memandu pada kelajuan 90 km/j (kereta kancil tahun '95 mana boleh laju-laju, tanggal tayar nanti) ada sebuah kereta Wira 1.8 turbo (ekjosnya besar, bunyinya…vrooooommmmm) dipandu perlahan dihadapanku.

Aku ingat dia baru keluar simpang, tu pasal lah perlahan. Aku pun ikut kereta tu dalam 10 minit. Aik??? Tak laju pun kereta ni??? 50 km/j dia bawa! Kalau macam ni, bila aku nak sampai. Dah lambat ni. Awek aku mesti membebel nanti.

Aku cuba potong. Tapi susah la beb!!! Jalan banyak selekoh. Lori banyak. Pastu aku bawa kancil je. Mana ada pikup. Silap ari bulan aku duk dalam gaung. Tak pun bawah lori.
Cilaka betul la…hati aku dah mula panas ni. Aku main-main lampu. Dia buat bodoh. Aku hon. Dia buat bodoh gak. Pastu dia main-main brek. Ini betul punya cilaka. Aku rapat dekat kat bontot kete dia. La…patut pun, ada mata air kat sebelah. Hmm..patut la pun. Tengah asyik bercinta rupanya…tah2 tengah ringan2. Hampeh!!!

Tiba di suatu jalan lurus, aku lantas memotong kereta yang cilaka itu. Sempat aku jeling kat mamat tu dan tayang penumbuk aku. Bila aku dah depan dia, terus aku brek kereta aku. Menggelabah juga mamat tu, siap hon dengan penuh amarah. Pastu aku memecut kancil aku dengan pantas (heheheh). Aku pasti mamat tu tak kan kejar. Mesti awek dia tak bagi kejar. Heheheh

Aku ngam-ngam sampai Cendering…

p/s: Jangan bercinta semasa membawa kereta. Gi la taman bunga!!!!!!