Pages

Tuesday, May 23, 2006

Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

TUMPAT: Budu cap ketereh yang diusahakan seorang penduduk dekat Pengkalan Kubor di sini sejak 27 tahun lalu, dipercayai menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) terhadap budu berlabelkan gambar dua biji buah ketereh (gajus) yang diusahakan Mat Ismail Jusoh, 55, di Kampung Ketil itu, ia kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Mat Ismail berkata, beliau mendaftar budu cap ketereh yang diusahakannya sebagai harta intelek bagi mengelak produknya ditiru pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap permintaan budunya yang baik di pasaran.

"Berikutan pengiktirafan ini, saya boleh mempertahankan lambang buah ketereh yang digunakan sebagai label budu yang saya hasilkan selama ini dan bertindak terhadap mereka yang menirunya bagi mengelirukan pengguna.

"Saya kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengeluar budu yang sengaja mengguna botol serta label dua biji buah ketereh milik syarikat saya pada budu mereka," katanya.

Identiti budu keluaran syarikat Mat Ismail termasuklah botol yang mempunyai logo timbul dua biji buah ketereh yang ditempah khas dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, label kandungan budu terbabit turut menyatakan ia sebagai harta intelek.

Mat Ismail berkata, secara purata, syarikatnya mengeluarkan 1,000 dozen botol budu berkapasiti 200 mililiter (ml) setiap hari yang dihantar untuk pasaran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mula mengeluarkan budu dalam botol kecil berkapasiti 60ml dan dipasarkan menerusi sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, mulai bulan depan.

Katanya, dalam usaha membantu mengembangkan industri budu tempatan, pihaknya kini menerima 18 pelajar Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (Kustem) dari Kuala Terengganu untuk menjalani latihan amali di kilang budunya.

p/s: Tahniah Budu Cap Tereh. Artikel di atas dipetik dari Berita Harian 23 Mei 2005(http://www.bharian.com.my)

Wednesday, May 10, 2006

Hoi!!! Nak Bercinta Ke Nak Bawa Kereta???

Pada suatu pagi yang indah. Aku memandu bersendirian dari Dungun untuk ke Chendering, Kuala Terengganu. Bertemu buah hati (heheheh). Sedang aku memandu pada kelajuan 90 km/j (kereta kancil tahun '95 mana boleh laju-laju, tanggal tayar nanti) ada sebuah kereta Wira 1.8 turbo (ekjosnya besar, bunyinya…vrooooommmmm) dipandu perlahan dihadapanku.

Aku ingat dia baru keluar simpang, tu pasal lah perlahan. Aku pun ikut kereta tu dalam 10 minit. Aik??? Tak laju pun kereta ni??? 50 km/j dia bawa! Kalau macam ni, bila aku nak sampai. Dah lambat ni. Awek aku mesti membebel nanti.

Aku cuba potong. Tapi susah la beb!!! Jalan banyak selekoh. Lori banyak. Pastu aku bawa kancil je. Mana ada pikup. Silap ari bulan aku duk dalam gaung. Tak pun bawah lori.
Cilaka betul la…hati aku dah mula panas ni. Aku main-main lampu. Dia buat bodoh. Aku hon. Dia buat bodoh gak. Pastu dia main-main brek. Ini betul punya cilaka. Aku rapat dekat kat bontot kete dia. La…patut pun, ada mata air kat sebelah. Hmm..patut la pun. Tengah asyik bercinta rupanya…tah2 tengah ringan2. Hampeh!!!

Tiba di suatu jalan lurus, aku lantas memotong kereta yang cilaka itu. Sempat aku jeling kat mamat tu dan tayang penumbuk aku. Bila aku dah depan dia, terus aku brek kereta aku. Menggelabah juga mamat tu, siap hon dengan penuh amarah. Pastu aku memecut kancil aku dengan pantas (heheheh). Aku pasti mamat tu tak kan kejar. Mesti awek dia tak bagi kejar. Heheheh

Aku ngam-ngam sampai Cendering…

p/s: Jangan bercinta semasa membawa kereta. Gi la taman bunga!!!!!!

Wednesday, April 05, 2006

Jangan Baca Artikel Ini

La… sape suruh ko baca? Kan aku dah kata jangan baca artikel ni. Ko bace sape suruh? Ha? Sape suruh?? Degil nak mampus la ko ni.

Hehehehh…itulah lumrah manusia. Perkara yang dilarang, itulah yang dibuat. Hingga ada yang mengatakan "peraturan dibuat untuk dilanggar". Ye ke?

Memang iye pun. Kalau tak, penjara, pusat serenti, dan sekolah Henry Gurney takde orang nak duduk!!!!

Hinggakan ada sejenis pekerjaan untuk memastikan peraturan tidak dilanggar (polis, wadar penjara, penguatkuasa, dsd). Bagus juga mereka-mereka yang melanggar peraturan ni. Sebab mereka dapat memberi pekerjaan kepada polis, dan lain-lain pekerjaan yang bersekutu dengannya (heheheheh)

Tapi, kalau takde orang melanggar peraturan bagus juga. Tak lah duit kerajaan (pembayar cukai) dihabiskan untuk bagi gaji kat polis dan buat pusat serenti (ayat seorang penyokong kerajaan…)

p/s: Hidup Mat Pet!!!!! er…..silap…. Hidup Barisang Nasional (oyak Terengganu sket!!)

Lagu Omputih Yang Dimelayukan...

Hari tu kawan serumah aku tanya aku. Ijam, camna agaknya kalau lagu omputih diterjemah terus ke bahasa Melayu?

-------------------------------------------------
Camni la jadinya. Tengok lagu 'Shut Up' dari 'Black Eyes Pees' ni...

Shut up
Just shut up
Shut up [3x]
Shut it up, just shut up
Shut up
Shut up
Shut up [3x]
Shut it up, just shut up

[Chorus]
We're trying to take it slow
But we're still losin control
And we're trying to make it work
But it still ends up the worst
And I'm craaazzzy
For tryin to be your laaadddy
I think I'm goin crazy

Girl, me and you were just fine (you know)
We wine and dine
Did them things that couples do when in love (you know)
Walks on the beach and stuff (you know)
Things that lovers say and do
I love you boo, I love you too
I miss you a lot, I miss you even more
That's why I flew you out
When we was on tour
But then something got out of hand
You start yellin when I'm with my friends
Even though I had legitimate reasons (bull shit)
You know I have to make them dividends (bull shit)
How could you trust our private lives girl
That's why you don't believe my lies
And quit this lecture

[Chorus]

Why does emotion gotta move so fast
Love is progress if you could make it last
Why is it that you just lose control
Every time you agree on takin it slow
So why does it got to be so damn tough
Cuz fools in lust could never get enough

--------------------------------------------------

Ni yang melayunya


Diam
cuma diam
diam [3x]
menutupnya atas, cuma diam
diam
cuma diam
diam [3x]
menutupnya atas, cuma diam

[korus]

Kami sedang mencuba mengambil ia memperlahankan
tetapi kami masih hinag kawalan
dan kami sedang mencuba untuk membuat ia bekerja
kecuali ia sedang berakhir paling teruk
dan saya gileeeer
untuk cuba menjadi anda pompuannn
saya fikir saya menjadi gila
gadis, saya dan anda baru saja mendenda (anda tahu)
kita togak dan makan malam
dilakukan mereka perkara-perkara yang pasangan dibuat walaupun jatuh cinta (anda tahu)
berjalan di pantai dan perkara (anda tahu)
benda-benda yang pasangan kekasih kata dan bolehsaya cinta kamu boo, saya menyayangi awak juga
saya merindui anda banyak, saya merindui anda malah lebih
itulah sebabnya mengapa saya terbang kamu keluar
apabila kita ada di melawat
tetapi sesuatu keluar kawalan
anda mula terasa apabila saya dengan kawan-kawan saya
walaupun saya ada sah alasan-alasan (tahi lembu jantan)
anda tahu saya untuk menjadikan mereka dividen-dividen (tahi lembu jantan)
bagaimanakah mungkin anda mempercayai swasta kita tinggal gadis
itulah sebabnya mengapa anda tidak percaya saya bohong
dan berhenti syarahan ini

[korus]

mengapa dilakukan emosi langkah agar puasa
cinta adalah kemajuan kalau kamu boleh membuat ia penamat
mengapa ia bahawa anda adil hilang kawalan
setiap kali anda bersetuju di ambil ia memperlahankan
jadi mengapa dilakukan ia mendapat menjadi samseng yang sangat terkutuk
bodoh sebab dalam nafsu boleh tidak akan mendapat cukup

-----------------------------------------------------

Hehehehehh


p/s: Terima kasih http://www.linguamatix.com/linguaweb/index.jsp dan Hamery

Tuesday, April 04, 2006

Mas Khawin Yang Hilang...

"Arghhhh... Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.

Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.

Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.

Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. "

Usah pening kepala lagi.. lawati
www.maskahwin.com/index.php?ref=roshaizul

Make Budu

Aku asal dari Bandar Tenggara, Johor. Sebelum ni aku tak pernah makan budu. Pernah juga aku cuba test try raya. Tapi....uwwweeekkkkkkk! Macam muntah hantu! (Agaknya la).

Itu semua dulu.... Sejak aku duduk di Dungun ni, aku dah pandai makan budu. Makan apa pun mesti cicah budu. Timun, ikan bakar, malah telur dadar pun aku cicah budu. Sedap oooo.....hingga menjilat tapak tangan. Housemate aku 2 orang dari Besut. Diorang inilah yang mengajar aku memakan budu. Diorang kalau makan nasi, mesti ada budu, siap buat kuah lagi tuh!!! Dalam peti ais rumah aku ada stock budu setengah dozen!!! (wacaaaaa...)

Budu paling best dicampur bersama tempoyak, limau nipis dan cili api. Perghhh!!!! Mak mentua lalu pun boleh tak perasan. (Errr..aku dah ada mak mentua ke?)

Aku dah tak tahan dah ni...aku nak minum budu ni....

p/s: Budu Cap Tereh

Sunday, April 02, 2006

Blog? Apa tu?

Aku hanya orang kampung yang tidak berapa mengerti mengenai dunia IT. Banyak hal-hal IT yang aku masih lagi buta. Blog juga merupakan sesuatu yang asing padaku. Apa itu blog? Frog kah ia? Bongok kah ia? Cendol kah ia? Hm...mulanya aku bingung. Namun setelah ,meneliti sebentar di "blogger", barulah aku mengerti. Itu pun masih tidak berapa pasti...

Rupanya blog merupakan jurnal/diari elektronik (er...betul ke?). Namun ramai para pemblogger (eh, ada ke perkataan 'pemblogger) mengunakannya untuk mezahirkan apa yang terbuku di hati dan otak mereka. Ada juga menjadikan blog sebagai alat untuk mempromosi e-dagang mereka (www.saifulsham.com --- best wooo).

Itulah serba ringkas pasal blog, dari kajian aku yang tak sampai dua jam.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin