Pages

Monday, November 05, 2018

Buah berangan goreng kopi

Kalau kau tiada apa-apa nak buat pagi cuti Jumaat yang nyaman ini, aku cadangkan kau ke Pasar Besar Kemaman.
Antara bahagian jualan kuih dan gerai-gerai buah, ada anak muda meniaga buah berangan goreng.
Ini bukan biasa-biasa punya buah berangan. Bukan direbus. Bukan dikukus. Bukan dibakar. Bukan digoreng dengan pasir.
Tapi, digoreng dengan biji kopi.
Aroma masa sedang menggoreng sangat mencengkam. Aroma biji kopi dan buah berangan harum menusuk hidung lalu membugarkan mata.
Ia sangat sedap dimakan panas-panas. Walaupun rasa melupuh tangan dan melocot mulut, masih tetap mahu dimakan. Alah, macam makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua.
Ayuh, nikmati buah berangan goreng kopi ini. Walau harganya agak premium, RM10 untuk 250g, tapi ia sangat berbaloi!


Sunday, November 04, 2018

Cara download video youtube tanpa software

Cara download video youtube tanpa install apa-apa software.


Mula-mula, buka Youtube dan pilih video yang anda hendak muat turun.

Copy link video tersebut.

 Buka website ini https://www.onlinevideoconverter.com/video-converter

Atau, atau anda boleh Google "Youtube Download".

Kemudian, paste link yang di copy tadi ke bahagian yang bertanda nombor 3.

Pilih format pada bahagian bertanda nombor 4. Boleh pilih nak download video atau audio sahaja.

Akhir sekali, tekan "start".

Ha! Apalagi? Klik DOWNLOAD. 

Video/audia anda berjaya dimuat turun. Biasanya akan automatik dalam folder Donwload di komputer anda.

Senang tak? Kalau senang, cakap dengan orang sebelah, "Saya Senang Hati".


Post asal milik e-Pembelajaran PSMZA.

Sunday, September 23, 2018

Kedai Makan Terbaik di Kuala Terengganu: Nasi Dagang Atas Tol

Terengganu, dia punya signature dish nasi dagang. Ia sinonim. Bagai aur dengan tebing. Macam Fattah dengan Fazura.
Terengganu - Nasi dagang
Aur - Tebing
Fattah - Fazura
Nasi dagang banyak versi. Terutama dari segi pemilihan beras. Ada yang campur beras biasa dengan beras pulut. Ada yang pakai beras wangi. Malah, ada juga beras khusus untuk buat nasi dagang.
Nasi dagang disediakan secara kukus bersama gaulan santan dan halba. Itu bahan asasnya. Kalau secara tanak, lebih dikenali dengan nasi kuboli.
Aku jenis makan tak memilih. Kalau batu dan kayu boleh dimakan, aku bedal juga. Begitulah halnya dengan nasi dagang. Asal namanya nasi dagang, ia sedap pada aku.
Nasi dagang lawannya gulai ikan tongkol/aya. Boleh letak acar timun supaya rasa tak jemu. Telur rebus juga boleh ditambah sebagai lauk penambah selera.
Kalau kau jenis makan memilih dan hendak menikmati nasi dagang yang sedap, kau boleh mencuba Nasi Dagang Atas Tol. Atas Tol ni nama kampung. Tiada kaitan dengan plaza tol.
Dari Bandar Kuala Terengganu, kau cari jalan menghala ke Kuala Berang. Sampai di Pengadang Baru, kau akan nampak kedai kain batik Desa Murni warna jingga di sebelah kiri kau. Masuk simpang di situ. Kau jalan terus sampai kau jumpa kesesakan jalan raya di dalam jalan kampung. Ha. Itulah dia.
Takpun, kau Waze je. Ada dalam tu.
Namun, aku nasihatkan kau pergi seawal mungkin. Selepas subuh, sebelum lalat terbang. Jika kau lewat seawal 7.15 pagi, kau tetap perlu beratur. Kalau lagi lewat, lagi panjang kau beratur.
Kau juga boleh cuba teh tarik ais dia. Nampak sedap, potong kaki.
Kedai ini boleh jadi destinasi kau jika ke Kuala Terengganu.
Menikmati Nasi Dagang Atas Tol bermaskud kau sudah menikmati Terengganu.

Sibuk betul tukang hidang

Panjang beratur. Sabar je la.

Hasil selepas beratur

Saturday, September 22, 2018

Kedai Makan Terbaik di Dungun: Kedai Coklat Berkelip

Lama sudah aku duduk Dungun. Ia merupakan tempat yang paling lama aku menetap sepanjang hidup aku.
Hidup di Dungun mudah dan tenang. Ada pantai, tidak sesak dan kemudahan serba lengkap.
Namun, aku sudah sedikit bosan dengan makanan di sini. Barangkali aku kerap ke kedai yang sama selama beberapa tahun.
Oleh itu, bagi menghilangkan kebosanan itu, aku dan Pn. Nurul mula menjelajah ke kedai yang tak pernah kami kunjungi. Kedai-kedai ini kebanyakannya tidak popular, tidak tular, pelanggan tak ramai dan biasanya baru dibuka.
Jadi, mulai minggu ini, aku akan usahakan menulis secara berkala kedai makan “yang lain” yang ada di Dungun. Ialah, nak tulis pasal benda lain, aku tak reti. Pasal makan sahajalah yang aku tahu.
—-
Kalau kau nak lepak dengan tenang atau nak jumpa prospek atau nak berduaan dengan isteri, aku cadangkan kau ke Kedai Coklat Berkelip. Kedai ini terletak di Taman Permint Indah Dungun. Sebaris dengan Muezza Cat House.
Kedai ini asalnya, kalau tak silap aku, jual kek. Tapi, kalau tengok menunya, banyak makanan barat.
Dekorasi kedai ini memang cantik. Rasa selesa duduk dalam kedainya. Rasa nak makan banyak pun ada, sebab keselesaannya. Kah kah kah.
Kami memesan Chicken Chop Grill dan Nescafe. Chicken chopnya pada aku biasa sahaja. Sedap, tapi seadanya sahaja.
Namun, nescafenya memang sedap. Mereka pakai susu segar. Rasa lemaknya. Ia juga tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Sedap ya ampun. Sesuai sangat dengan tekak aku. Sambil menulis ini, aku rasa mengences, kepingin sangat dengan nescafenya.
Kedai ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Balik kerja, melepak di sini memang ngam!

Doodle di dinding. Cantik. Aku tiada ketekunan untuk buat doodle seperinci ini.

Bahagian dalam. Boleh nampak mereka buat air di penjuru sana.

Bahagian luar. Kalau kau suka tengok kenderaan lalu lalang, elok duduk di sini.

Siap ada hiasan atas meja.

Nah, ini menunya. Sila zoom.

Nah, ini menunya. Sila zoom.

Ini Chicken Chip Grill. Bau sedap. Cuba kau cium gambar. Bau tak?

Tak bau tengok gambar tadi? Cuba cium gambar ni pula.

Friday, September 21, 2018

Ayuh Singgah RnR Perasing

Walau ramai yang kata RnR Perasing membosankan dan berhantu, ia tetap menjadi destinasi aku setiap kali pulang ke Dungun melalui LPT2.
Dan post ini adalah post kedua aku mengesyorkan RnR Perasing. Kau boleh baca salinan post pertama itu di http://roshaizulnizam.blogspot.my/…/rnr-perasing-ada-hantu.…
Ada ketika, aku sengaja untuk terus memandu 4-5 jam semata-mata untuk berhenti di RnR Perasing. 
Entahlah, barangkali aku suka keadaan yang senyap dan tidak hingar seperti di situ. Juga, aku gemar menikmati Nescafe panas di gerai A9.
Setelah sekian lama tidak ke RnR Perasing, aku jumpa satu lagi tarikan di situ. Gerai A10. Sebelah gerai A9.
Gerai ini ada jual laksa penang yang sedap. Tapi, sebetulnya aku tak pasti ia sedap atau tidak. Aku bukan penggemar laksa penang. Tapi melihatkan Pn. Nurul makan berselera tanpa mempeduli aku dihadapannya, aku yakin ia sedap. 
Kuahnya pekat, tidak boleh dibuat cermin. Telur rebus diberinya sebiji. Ulaman dan salad melimpah dari kapsiti mangkuk. Baunya pun kuat dan menggamit selera.
Memandangkan aku tak makan laksa penang, aku memesan nasi lemak. Fuh, sedap juga nasi lemaknya. 
Nasi itu sendiri memang lemak. Ialah, kadang aku terbeli nasi yang kononnya lemak, tapi rasa macam nasi biasa. Sambalnya pedas manis, dan diberinya juga telur rebus sebiji. Kagum aku. Biasa beli nasi lemak bungkus aku dapat telur gred C belah 16.
Memang puas hati makanan gerai A10 ini. Punyalah sedap makanannya sampai tak sempat aku ambil gambar. Sempat ambil gambar gerainya sahaja ketika hendak bertolak.
Kau mesti cuba.
—-
Pernah sekali dompet aku tercicir di hadapan gerai A9/A10 itu. Tapi, mereka ini orang baik-baik. Sanggup cari nombor telefon aku untuk pulangkan dompet aku.


Thursday, September 20, 2018

Tempat Makan Terbaik di Dungun: Kedai Makan Mookata

Terengganu, Dungun khasnya, menu minum petang di kedai biasanya keropok goreng, pisang goreng dan segala macam celup tepung. Banyak juga kedai yang ada jual segala macam jenis laksa dan mee.
Namun, kalau hari-hari makanan yang sama, aku bosan.
Ya, ada juga kedai yang ala hipster yang jual makanan yang premium. Tapi, gaji kerja kerajaan biasa-biasa macam aku ni, mampu tengok je menunya.
Tapi, kini aku dah jumpa penyelesaian kepada kebosanan makanan yang sama dan ketidak kemampuan aku makan di kedai hipster.
Ini adalah kedai istimewa, lain dari yang lain.
Kedai ini hampir dengan pantai Teluk Gadong, selepas SMK Sura.
Nama lamanya Petok Coffee. Aku pernah review kedai ini di https://roshaizulnizam.blogspot.com/2017/01/tempat-makan-terbaik-di-dungun-petok.html
Kini, namanya Kedai Makan Mookata. 
Kedai ini ada banyak menu. Ada steamboat, mee udang, nasi lemak chicken chop, lempeng kelapa, roti puri, popia dan pastinya keropok lekor.
Boleh dikatakan semua menu di kedai ini aku sudah rasa. Oleh itu aku berani cadangkan menu berikut.
Lempeng kelapa.
Lempengnya kena dengan tekak jawa aku. Macam lempeng biasa, tetapi kelapa parut dimasukkan sekali ke dalam adunan. Tebal. Cicah pula dengan sambal tumis. Alamak! Memang A!
Popia sayur.
Sayurnya banyak. Popia dia gemuk. Popia biasanya dua kali gigit boleh habis. Yang ini banyak gigit juga la. Paling terbaik, popia dia digoreng bila kita pesan. Panas-panas. Kena pula dengan sos dia. Ngam.
Keropok lekor.
Ini pun digoreng bila kita pesan. Keropok ini dibuat sendiri. Rasa ikan yang mewah. Sedapnya ampun.
Teh O Lemon.
Makan benda berminyak atas kena lawan dengan air ini. Airnya memang sesedap rasa.
Tapi, aku nasihatkan kau jangan order chicken chop atau mee udang. 
Menu lain macam steamboat, roti puri dan asam pedas, kau boleh cuba. Kena dengan harinya, boleh jadi sedap.
Kedai ini, kalau orang tak ramai, ok. Kalau lebih 4 meja je, dia dah gelabah. Jadi lambat. Ialah, kebanyakkan menunya dibuat bila ada pesanan. Itu yang lambat sikit.
Lagi satu yang best kedainya, kerusinya besar. Selesa untuk orang gemuk macam aku duduk.
Apa pun, kau kena cuba. Tak cuba tak tahu.

Ini menu kegemaran aku di kedai ini.

Ini ha papan tanda kedai.

Kaunter dia. Hispter. Tapi, makanan harga marhaen.

Wednesday, September 19, 2018

Bertenang Semua, Makan Kerepek Dulu

Albert Einstein pernah ditawarkan untuk menjadi Presiden Israel kedua pada tahun 1952. Namun ia menolak.
Pada tahun yang lebih awal, 1946 setahun selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom atom, seorang wartawan bertanya kepada beliau, "Kenapa manusia bersusah payah berfikir untuk menemui struktur atom atom, tetapi tidak mampu mengawal atom dari memusnahkan dengan kuasa politik?"
Dengan tenang Albert Einstein menjawab,
"Politik lagi sukar dari fizik".
---
Suasana dalam dinding Facebook aku kini tidak menyenangkan selepas kerajaan baru memerintah.
Lalu, bersimpang siurlah pelbagai perkongsian video, gambar dan kata-kata yang entah mana hujung pangkalnya. Lalu, pada ruangan komen, masing-masing sepertinya menegakkan benang yang samada basah atau kering.
Terjadi, dalam dinding Facebook aku, rakan-rakan yang saling aku kenali berbalas komen. Masing-masing cuba menegakkan hujah; yang kebanyakannya kelihatan dangkal dan cetek.
Setelah lebih 60 tahun merdeka, kita perlu matang bagi membentuk persekitaran yang sejahtera, sekurang-kurangnya dalam Facebook ini. Aku, ada beberapa cadangan bagi mewujudkan persekitaran tersebut. Juga, ini sebenarnya sebagai peringatan kepada aku sendiri.
1. Berlapang dada. Kalau kau tidak setuju dengan sesuatu isu, jangan cepat taip keypad tu. Tarik nafas, bidangkan dada dan hembus dengan tenang. Kalau rasa nak marah, itu setan sebenarnya. Halau setan itu.
2. Banyakkan membaca dari pelbagai sumber dan genre. Kerana membaca itu jambatan ilmu. Tidak membaca jambatan bangang namanya. 
3. Usah berdebat dengan orang yang tiada ilmu. Bila kau dah berilmu dengan membaca, usah berdebat orang yang tidak membaca yakni orang yang bangang. Sebab, orang bangang berkata/menaip berdasarkan emosi semata-mata.
4. Hormati pandangan orang lain. Walaupun orang itu bangang, hormati pandangannya. Letakkan diri kau lebih bangang dari orang yang bangang itu. Ingatlah, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Cukup empat sahaja, tiada idea sebenarnya. Kah kah kah. Kalau kau ada cadangan lain, letak pada bahagian komen.
Semoga dengan cadangan ini kita kearah membina negara dan memenuhi harapan bagi menghebatkan negara kita.


Tuesday, September 18, 2018

Sunting Video Gempak dengan Apps Quik.



Video ini aku edit sejam lebih sikit sahaja. Tapi, nak upload bukan main lama. Dari pukul 9.30 malam. Ini nak masuk tengah malam, baru siap.
Lama dah aku bengang dengan Streamyx. Asal malam je lajunya macam siput. Siput babi. Kalau siput sedut boleh juga makan. 
Kau jangan suruh aku report. Aku sampai malas dah nak report. 
Kau jangan suruh aku potong line. Streamyx ini adalah yang terbaik di kawasan rumah aku dari segi capaian dan keperluan data internet aku. 
Dari satu sudut, kesiput babian Streamyx pada waktu malam ada hikmahnya. Ia mengajar aku untuk bersabar. Ya kawan-kawan, benda bernama sabar ini bukan datang macam itu sahaja. Dia datang sekali dengan ujian. Dan aku diuji dengan Streamyx lembab.
----
Asalnya post ini aku nak cerita pasal apps untuk edit video.
Selama ini aku edit video guna komputer. Guna perisian macam-macam. Nak buat typographic guna Fireworks. Nak effect terbang lompat berapi, guna After Effect. Nak edit guna Primier.
Biasanya, kalau nak edit video makan masa berhari-hari. Bagi satu minit video, untuk edit pada kadar kualiti yang sederhana, aku perlukan masa lebih kurang 2-4 jam.
Tapi, menjelang berakhirnya Wawasan 2020, aku patut seiring dengan zaman. Ada kawan-kawan yang mengesyorkan aku menggunakan telefon bimbit untuk edit video. Aku menyahut syoran itu. 
Sebetulnya, banyak apps percuma untuk edit video. Tapi, kebanyakkan ada watermark. Ada tu sama besar video dengan watermark. Macam tak ikhlas nak bagi percuma.
Tapi, melalui carian internet, ramai yang mencadangkan QUIK. Aku cuba buat pertama kali. Dan hasilnya mengkagumkan.
Video di bawah aku edit dengan apps QUIK. Dalam tempoh sejam setengah sahaja aku berjaya cuba-jaya dan edit video. 
Video ini kalau edit pakai desktop, sampai muka aku tumbuh jerawat dan belakang aku sakit, baru boleh siap. 
Tetapi, sebab aku biasa edit video pakai desktop, aku rasa kurang puas edit pakai telefon bimbit. Rasa macam kencing tak lawas. Ialah, benda baharu, mungkin ambil masa sedikit.
Aku cuba lagi untuk explore apps ni dalam seminggu dua ini.
Jika ada permintaan, aku bercadang untuk tulis sedikit panduan penggunaan apps QUIK ini. Itu pun kalau ada permintaan.
Kalau post ini dapat 150 like, 50 komen dan 10 share aku akan tulis panduan tersebut. Kalau tiada permintaan, buat apa aku tulis. Kan?
Panduan tersebut mungkin bertajuk:
A- Panduan QUIC untuk pemula.
B- Panduan QUIC: Dari bangang kepada handal.
Minta tolong vote. A atau B.

Monday, September 17, 2018

Trivia PRU14 Terengganu.

Ramai di FB ini menulis analisis pasca PRU14 yang berat dengan teori dan kebarangkalian. Ada juga aku berangan untuk tulis analisis macam itu. Tapi, tak tercapai kepala otak aku untuk menulis seberat itu. Jadi, aku tulis yang ringan-ringan sahajalah. 

Aku analisis data yang ada depan mata sahaja. Deskriptif. Yang nyata.

Berikut analisis PRU14 di Terengganu. Kenapa Terengganu? Sebab aku mengundi di DUN Rantau Abang, Parlimen Dungun. 

1. Invoke meramalkan PAS akan kalah teruk di Terengganu beberapa hari sebelum PRU14. Namun, ramalan itu meleset. Ialah, nama pun ramalankan. Nampaknya PH yang kalah teruk.

2. Kesemua 8 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN ditandingi 3 penjuru antara BN, PH dan PAS. Tiada calon bebas mahupun parti lain seperti PRM atau PSM yang bertanding.

3. PAS menang 22 kerusi DUN dan layak membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. 10 kerusi lagi dimenangi BN. PH tidak menang apa-apa.

4. Bagi kerusi Parlimen, PAS menang 6 kerusi. Baki 2 kerusi dimenangi oleh BN di Besut dan Hulu Terengganu. PH kosong kerusi.

5. Calon PH hilang deposit di 29 kerusi DUN. Hanya di Chukai, Bandar dan Ladang calon PH tidak hilang deposit. Tiga kawasan ini adalah kawasan bandar.

6. Calon PH hanya tidak hilang deposit di kerusi parlimen Kemaman dan Kuala Terengganu. Kerusi perlimen yang lain calon PH hilang deposit. Dua parlimen ini juga kawasan bandar.

7. Kesemua calon PH yang bertanding di DUN dan parlimen mendapat tempat ketiga.

8. Majoriti tertinggi bagi kerusi parlimen diperolehi oleh calon PAS Marang, Abdul Hadi Awang dengan 21954 undi.

9. Majoriti terendah pula bagi kerusi parlimen diperolehi oleh calon PAS Kemaman, Che Alias Hamid dengan 2163. Menariknya, beliau menewaskan penyandang Ahmad Shabery Bin Cheek.

10. Majoriti tertinggi DUN adalah di Wakaf Mempelam sebanyak 7378 undi, diperolehi oleh calon PAS Wan Sukairi Bin Wan Abdullah. 

11. Majoriti terendah DUN pula adalah di Ajil sebanyak 4 undi. Ya Tuan/Puan, empat undi sahaja. Undi ditolak di Ajil adalah sebanyak 285. Jauh lagi besar dari undi majoriti. Pemenang DUN Ajil ini ialah Maliaman Bin Kasim, calon PAS.

12. Selain Ajil, pertandingan sengit juga berlaku di Bukit Besi yang dimenangi calon BN dengan majoriti 46 undi. Manakala di Jabi, majoriti adalah sebanyak 55 undi dan dimenangi juga oleh calon PAS.

13. Selain Ajil, Bukit Besi dan Jabi, pertarungan sengit (majoriti kurang 1000) turut berlaku di
- Kuala Besut (BN menang majoriti 146 undi)
- Batu Rakit (BN menang majoriti 299 undi)
- Ladang (PAS menang majoriti 363 undi)
- Pengkalan Berangan (PAS menang majoriti 490 undi)
- Air Putih (PAS menag majoriti 746 undi)

14. PAS boleh menang lebih banyak kerusi sekiranya pertandingan satu lawan satu dengan BN dan undi PH dijumlah sekali dengan PAS.
Bagi kes sebegini, PAS akan menyapu bersih kerusi parlimen. Manakala di kerusi DUN PAS akan kalah hanya di Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Seberang Takir, dan Telemung.

15. Peratus keluar mengundi terendah adalah di DUN Bandar sebanyak 80.7% manakala yang tertinggi adalah di Bukit Payung sebanyak 89.2%.

16. Calon PH gagal mendapat lebih 1000 undi di Hulu Besut, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Ru Rendang, Telemung, Manir, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besi, dan Rantau Abang. 15 kerusi semuanya. Kebanyakkan kerusi adalah di luar bandar dan sub-bandar. 

Sekian, analisis cap ayam aku. Kah kah kah. Mohon kau ulas di bahagian komen. Kata pahlawan papan kekunci. Inilah masanya untuk bertarung! Nyatakan pandangan kau. Sila kutuk post ini dengan kejam jika kau tak suka. Jangan kasihan langsung. Aku dalam usaha mengentalkan jiwa dengan cacian.

Share post ini dengan rakan-rakan kau. Ajak mereka menyerang secara berjemaah. Ayuh! 

Aku nak layan komen korang sambil menikmati kerepek tempe pedas dari fb.com/kerepekrangup


Sunday, September 16, 2018

Tempat Makan Terbaik di Dungun: Western Pondok Bangku

Ini kedai dekat betul dengan rumah aku. Kalau jalan kaki, lebih kurang 1500 langkah, sehala.

Kedai ini juga aku kelaskan sebagai kedai makanan barat untuk marhaen macam aku. Makanannya sedap dan murah. 

Kedai ini terletak Alor Tempoyak, Dungun. Jalan Toman 4. Kau boleh Google Maps “Western Pondok Bangku”.

Kedai ini terletak di halaman rumah. Duduk di kedai ini kau rasa seperti di kawasan kampung. Aku pergi petang. Rasa santai dan tenang.

Aku pesan chicken cop. Ayamnya besar. Entah untung ke tak taukenya. Paling aku suka sosnya. Agak ringan dengan rasa sederhana. Sesedap rasa. Tak pekat, tak cair, tak masin, tak manis, tak pedas, tak terasa cendawan, tak terasa lada hitam. Sesedap rasa.

Manakala Pn. Nurul pesan meatball. Pun sedap juga. Meatballnya besar. Mewah rasa daging. Jenis tak kedekut. Ditambah lagi dengan sos yang sesedap rasa itu. Umph!

Kau juga harus cuba green tea vanilla. Sedap. Tak pernah aku cuba. Maklumlah, orang kampung. Lainlah kau, hipster. 

Menu lain aku tak cuba lagi. Perut dan mulut aku ada satu je.

Yang kurang best, masa aku pergi ada lalat. Geram je aku dengan lalat tu. boleh pula dia main kejar-kejar tepi telinga aku.

Sabar je la (baca dengan nada Sajat).










Saturday, September 15, 2018

KFC Mex Twister: Indah Iklan Dari Rupa

Akibat pengaruh iklan, Pn Nurul ajak aku ke KFC untuk mencuba Twister Mad Mex.
Bagi pengetahuan kau yang tak tahu, Twister ini merupakan jejari nuget campur salad sikit campur entah sos apa entah yang warna kuning, lalu dibalut dengan tortilla.
Tortilla ini apa pula?
Kau google je la. Malas aku nak taip.
Twister ini kemudiannya dihispsterkan dengan versi Mad Mex. Kalau tengok pembungkusan, aku syak Mad Mex ini kononnya bercitarasa Mexico.
Menurut adik yang ambil pesanan aku, beliau kata, Mad Mex ni sama sahaja dengan Twister biasa, tapi ia ada tambah jagung, kacang merah dan kacang kuda.


Bukan main dia punya gambar. Nampak ayam dengan segala isi terkeluar dari tortilla.

Hakikatnya, sekali imbas macam tortilla kosong digulung.


Tu dia isinya. Jauh di dasar!


Setelah 3 kali gigit, baru rasa isi.


Tengok kekacang dan jagung. Boleh dibilang dengan jari.



Ini isi ayamnya. Lebih kecil dari sudu KFC yang kita sedia maklum kecil. Ada tiga ketul. Ini paling besar kot.


Ini Twister yang biasa. Macam popia dah sekali imbas.

Sabar je la (baca dengan nada sajat).

Nampaknya iklan KFC Malaysia misleading.

Kesimpulannaya, Pn Nurul buat lagi sedap dan menyelerakan.


Fuh. Ini puas hati kalau dapat. RM6 sahaja. Kau PM Lidayaz Raz.


Friday, September 14, 2018

Cara paling bangang untuk memahami enthalpy.



Thermodynamics adalah antara matapelajaran yang dikatakan susah bagi kebanyakan pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan jentera.
.

Thermodynamic memerlukan kau memahami teori yang bendanya kau tidak nampak dengan mata kasar. Ia di dalam. Ia di awangan.
.

Lalu, jika kau tidak memahami teori, kau tak akan dapat menyelesaikan masalah thermodynamic. Akhirnya, kau akan gagal matapelajaran itu beberapa kali. Macam aku.
.

Dulu, antara yang teori dan konsep yang aku tidak faham adalah enthalpy. Menurut Google, enthalpy adalah

"a thermodynamic quantity equivalent to the total heat content of a system. It is equal to the internal energy of the system plus the product of pressure and volume."
.

Walaupun telah menggunakan khidmat kamus Oxford masih lagi suatu ketika dahulu aku tak faham-faham istilah tersebut. Banyak makan kepala ikan agaknya.
.

Namun, bila mula mengajar, datang ilham untuk aku menerangkan istilah tersebut. Ilham itu semacam datang sekali dengan ingatan aku kepada guru-guru Thermodynamics aku.
.

Baiklah. Begini. Rumus Enthalpy adalah
H = U + Pv

Dimana H itu adalah enthalpy
U adalah tenaga dalam
P adalah tekanan
dan v adalah isipadu.
.

Sekarang cari batang pisang. Tumbuk batang pisang itu sekuat hati.
.

Kau akan nampak batang pisang tu berlekuk sebab tumbukan kau.
.

Apa? Tak lekuk? Argh! Tumbuk macam Sajat memang la tak lekuk.
.

Lekukkan disebabkan oleh perubahan enthalpy mendadak. Ia disebabkan oleh tenaga dari dalam diri kau untuk menumbuk (U) ditambah dengan kekuatan tumbukan kau (P) serta isipadu penumbuk kau (v).
.

Jadi, kalau kau tumbuk tak berlekuk, barangkali tenaga dalam (U) kau tak cukup kuat. Atau tumbukan kau lemah (P). Atau penumbuk kau kecil (v).
.

Kalau tak jumpa batang pisang, tumbuk je la apa-apa pun. Mata jiran sebelah contohnya. Tapi, risiko tanggunglah sendiri.


Thursday, September 13, 2018

Bermalam di Air Terjun Sekayu



Terengganu, banyak tempat yang menarik. Ramai orang luar menganggap Terengganu tempat yang jauh dan langka.
.
Antara yang menarik adalah Air Terjun Sekayu. Ia terletak di daerah Kuala Berang. Aku tak pasti jaraknya dari bandar Kuala Berang, tapi aku rasa agak jauh.
.
Air Terjun Sekayu telah beberapa kali aku pergi. Pergi pagi, lalu pulang selepas tengahari.
.
Air Terjun Sekayu sebenarnya agak terkenal di kalangan penduduk tempatan. Hujung minggu, ramai orang tempatan mengambil peluang untuk berlibur dengan kos yang sangat murah.
.
Jadi, pada aku yang introvet, pergi ke tempat ramai orang adalah melemaskan.
.
Mujur, di Air Terjun Sekayu ada disediakan penginapan. Ada tapak perkemahan. Ada chelet. Ada juga rumah banglo kayu dua tingkat.
.
Semua kemudahan ini, termasuk kemudahan lain, kebersihan dan keselamatan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan.
.
Jumaat beberapa bulan lepas, aku dan Pn. Nurul cuba bermalam di sana. Aku terdorong oleh tulisan Puan Norazlina Ahmad Bakhtiar.
.
Kami memilih chelet. Chelet ini dilengkap 1 katil double dan 1 katil single. Ada penyaman udara dan kipas.
.
Namun, chelet ini seadanya sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan Seri Malaysia, Seri Malaysia 40 kali ganda lebih baik agaknya.
.
Bilik tiada televisyen. Bilik air tiada shower mahupun baldi. Ada getah paip sahaja. Tapi pendek pula. Kalau mandi boleh jirus takat perut. Kalau cangkung boleh jirus takat bahu. Nasib baik aku ada kemahiran tersendiri nak basahkan kepala. Azab.
———
Kami sampai menghampiri tengahari. Orang sangat ramai dan suasana hingar. Lalu kami daftar masuk. Kemudian, aku keluar untuk sembahyang Jumaat. Agak lewat. Selewat itu pun masih lagi orang sejantina dengan aku berpusu masuk. Musafir agaknya. Tak pun transgender.
.
Lepas Jumaat, orang masih ramai. Puan Nurul tenang sahaja keluarkan portable stove dan mula memasak. Sebahagian bahan mentah kami bawa dari Dungun. Sebahagian lagi kami beli di pasar Kuala Berang.
.
Selepas asar, barulah kami turun ke sungai. Dekat sangat dengan chelet. Tak sampai 50 langkah dah sampi. Pengunjung semakin kurang. Agak selesa untuk mandi-manda.
.
Pukul 6 kami naik. Selepas bilas badan dengan azabnya, azab lain datang pula. Lampu satu sahaja yang menyala. Lampu downlight yang kecerahannya sama macam lampu dynamo basikal.
.
Dengan cahaya remang malap, kami bersteamboat malam itu. Suasana yang nyaman dan sunyi memang ngam pekena steamboat.
.
Kami habiskan sisa malam dengan membaca buku. Mujur ada bekalan. Kalau tak, boleh mati kutu.
.
Pagi sebenarnya paling seronok. Seawal 7.15 pagi kami dah turun ke sungai. Memang tiada pengunjung. Yang ada cuma pekerja yang membersih dan mengutip sampah yang ditinggalkan oleh sebahagian pengunjung yang musibat dan tak bertamadun. Elok orang macam ni duduk dalam kurungan zoo.
.
Puas hati dapat mandi dalam suasana pagi yang sejuk dan tenang. Hilang segala beban di kepala.
.
Pukul 9 pagi kami naik setelah pengunjung mulai ramai.
.
Ada beberapa perkara kau perlu pertimbangkan jika hendak bermalam di sini.
.
Pertama, cheletnya seadanya sahaja. Tiada tv. Liputan telefon pun terhad. Jangan berangan nak main Facebook. Boleh main wasap je. Itu pu berasap nak tunggu dia sent.
.
Kedua, kalau bawa makanan dan memasak, simpan dengan elok. Bersihkan sentiasa. Tikus dan serangga cepat je kalau dibiarkan.
.
Ketiga, kedai makan agak jauh. Laluan keluar untuk ke bandar Kuala Berang pada waktu malam agak menyeramkan.
.
Keempat. Selain hari Sabtu dan Ahad, pengunjung tak ramai. Masa aku menginap tempoh hari, hanya ada 3 chelet sahaja bersewa.
.
Bagi tempahan, boleh tengok gambar.





Saturday, June 16, 2018

Pengorbanan Marhean

Setiap kali raya, sering kita mengingati pengorbanan jururawat, bomba, polis dan askar. Tidak dinafikan, mereka ini sanggup korban cuti semata-mata untuk pastikan kita selamat dan selesa beraya.

Cuba bayangkan kalau hospital tutup masa raya. Lepas tu sebab kau makan banyak sangat, kena cirit-birit. Terpaksalah kau telan pil Chi Kit Teck Aun beberapa hari sebelum hospital dibuka.

Tetapi, ada juga orang-orang lain yang terpaksa berkorban untuk keselesaan kita beraya.

Ada tukang jahit yang anak sendiri pakai baju raya beberapa tahun lepas.

Ada tukang cuci kereta yang keletihan pada hari raya kerana mencuci berpuluh kereta dari maghrib hingga subuh.

Ada tukang parut santan yang menu pagi rayanya hanya lempeng cicah gula sahaja.

Ada mekanik yang tangguh pulang ke kampung kerana sibuk membaiki kereta di malam raya.
Mereka ini wira raya yang tak didendang.

Kalau mereka tiada, kau terpaksa beli baju yang dah siap yang mungkin sama dengan 400 orang yang lain.

Atau kereta kau penuh contengan nakal sebab terlalu berdebu.

Atau kuah lodeh kau terpaksa guna santan kotak yang ada pengawet. Akhirnya kaki kau bengkak kena gout.

Atau kau tak dapat balik kampung sebab kereta rosak.

Hargai mereka. Mereka ini pejuang kehidupan. Mereka ini rakyat kelas menengah yang jarang orang pandang. Mereka tak dapat BR1M. Mereka tiada kesatuan pekerja. Tiada siapa membela. Mereka hidup atas kudrat yang ada, berserah pada yang Maha Esa.

Dan, pagi raya mungkin mereka terpaksa kembali bekerja untuk kehidupan.

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya

Ini gambar raya tahun lepas. Masih berdua. Setakat ini tiada lagi yang tanya, "Bila nak bertiga?"

Tahun lepas itu,  aku pakai baju melayu tahun sebelumnya, songkok masa kahwin dan rambut gaya Ahmad Jais.

Macam orang lain juga, aku ucapkan Selamat Hari Raya, dengan ucapan khusus pada kau yang baca post ni,
"Sibuk main internet, tak beraya ke?"


Saturday, June 09, 2018

Revolosi Pemberian Duit Raya

Pemberian duit raya sekarang terlalu arus perdana. Kita tukar duit kecil di bank kemudian mengharapkan bank beri sampul duit raya.

Ataupun kita mengharapkan ejen takaful, kedai hardware, pasaraya mini depan taman dan tempat kerja kita memberi sampul raya.

Kalau tak diberi, kita menganggap mereka kedekut dan perniagaan mereka nak lingkup.

Lalu, dengan kecewa kita beli sampul duit raya yang gambar duit RM100. Tapi kita isi RM1.

Dan kitaran ini berulang saban tahun.
----
Aku mula gerakan revolusi ini sejak tahun lepas. Kau boleh masuk page Kerepek Rangup dan cari post raya tahun lepas.

Mula-mula aku beli sampul surat paling kecil yang warna coklat.

Sebab apa beli paling kecil?
Jimat kos.

Sebab apa warna coklat?
Asasnya kelihatan buruk. Lalu, aku tak perlu jadi designer hebat untuk reka grafik sampul surat itu. Apa sahaja yang aku cetak atasnya, ia akan nampak asli dan langka.

Kemudian, aku buka Microsoft Publisher, set paper sama dengan saiz sampul surat ini. Letak perkataan, ucapan dan gambar. Terus cetak.

Bagi menambah kemeriahan semasa beri duit raya, aku buat cabutan bertuah. Setiap sampul asasnya ada jumlah wang yang sama banyak. Namun, mereka yang bertuah akan dapat duit raya lebih.

Mudah bukan? Jimat kos dan pada masa sama menambah kemeriahan.
---
Rovolusi ini tak menjadi kalau kau tak buat. Tak perlu tanya pendapat jiran atau pengerusi JKKK atau Pak Long kau.

Revolusi Perancis bermula tanpa ditanya pendapat Raja Perancis.

Ayotollah Khomeni tak tanya pendapat pengerusi JKKK semasa nak gulingkan Shah Reza.
---
Kata nak tukar kerajaan, tapi nak tukar cara beri duit raya pun tak berani.