Showing posts with label budu. Show all posts
Showing posts with label budu. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

Di Tag Sekali Lagi

Kali keempat aku di tag. Kali ini dari Halena. Ada 2 soalan je tag ni, iaitu:-

Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng'tag' dia

1- Bekas pelajar Politeknik Dungun
2- Tapi ternyata aku tidak pernah mengajar beliau, kerana aku mengajar di Jabatan Mekanikal, manakala beliau pelajar Jabatan Elektrik. Dan lagi, aku memang bengap kalau cerita pasal litar. Aku hanya tahu V=IR
3- Mula blogging sejak November 2008
4- Beliau seorang pelajar yang cemerlang.
5- Single but not available! (macam biasa nampak bf beliau, tapi bila ek, erm...)
6- Kini beliau bekerja separuh masa sebagai guru tadika
7- Dahulu beliau penggemar kangkung, kini tidak lagi...
8- Seorang yang celik IT dan mempunyai sebuah laptop
9- Anak ketiga dari 7 orang adik-beradik. Mempunyai seorang abang dan kakak. Juga mempunyai seorang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan. Kenali keluarga beliau di sini.
10- Berusi 21 tahun. Barangkali.

Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara sesuatu pasal diri mereka.

Sebelum ni aku ada menulis perkara yang sama, tapi kali ni aku tulis lain sikit.
1- Masih dalam misi menguruskan berat badan.
2-Masih dalam misi mengumpul duit kahwin.
3- Tiap-tiap pagi Jumaat, sering menjalankan satu misi rahsia
4- Pernah meminati Gaban
5- Pernah menjadi ejen skim cepat kaya. Huhuhuhu
6- Menjadi ejen bebas kepada sebuah kedai bodykit kereta.
7- Kini, boleh memakan budu dengan jayanya.
8- Mempunyai satu blog rahsia (syhhhhh!)
9- Mempunyai sebuah kenderaan yang amat laju.
10-Penyokong setia Pak Lah (ye ke?)

Dan sekali aku aku tanak tag sape-sape. Huhuhuhu

Tuesday, May 23, 2006

Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

TUMPAT: Budu cap ketereh yang diusahakan seorang penduduk dekat Pengkalan Kubor di sini sejak 27 tahun lalu, dipercayai menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) terhadap budu berlabelkan gambar dua biji buah ketereh (gajus) yang diusahakan Mat Ismail Jusoh, 55, di Kampung Ketil itu, ia kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Mat Ismail berkata, beliau mendaftar budu cap ketereh yang diusahakannya sebagai harta intelek bagi mengelak produknya ditiru pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap permintaan budunya yang baik di pasaran.

"Berikutan pengiktirafan ini, saya boleh mempertahankan lambang buah ketereh yang digunakan sebagai label budu yang saya hasilkan selama ini dan bertindak terhadap mereka yang menirunya bagi mengelirukan pengguna.

"Saya kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengeluar budu yang sengaja mengguna botol serta label dua biji buah ketereh milik syarikat saya pada budu mereka," katanya.

Identiti budu keluaran syarikat Mat Ismail termasuklah botol yang mempunyai logo timbul dua biji buah ketereh yang ditempah khas dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, label kandungan budu terbabit turut menyatakan ia sebagai harta intelek.

Mat Ismail berkata, secara purata, syarikatnya mengeluarkan 1,000 dozen botol budu berkapasiti 200 mililiter (ml) setiap hari yang dihantar untuk pasaran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mula mengeluarkan budu dalam botol kecil berkapasiti 60ml dan dipasarkan menerusi sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, mulai bulan depan.

Katanya, dalam usaha membantu mengembangkan industri budu tempatan, pihaknya kini menerima 18 pelajar Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (Kustem) dari Kuala Terengganu untuk menjalani latihan amali di kilang budunya.

p/s: Tahniah Budu Cap Tereh. Artikel di atas dipetik dari Berita Harian 23 Mei 2005(http://www.bharian.com.my)

Tuesday, April 04, 2006

Make Budu

Aku asal dari Bandar Tenggara, Johor. Sebelum ni aku tak pernah makan budu. Pernah juga aku cuba test try raya. Tapi....uwwweeekkkkkkk! Macam muntah hantu! (Agaknya la).

Itu semua dulu.... Sejak aku duduk di Dungun ni, aku dah pandai makan budu. Makan apa pun mesti cicah budu. Timun, ikan bakar, malah telur dadar pun aku cicah budu. Sedap oooo.....hingga menjilat tapak tangan. Housemate aku 2 orang dari Besut. Diorang inilah yang mengajar aku memakan budu. Diorang kalau makan nasi, mesti ada budu, siap buat kuah lagi tuh!!! Dalam peti ais rumah aku ada stock budu setengah dozen!!! (wacaaaaa...)

Budu paling best dicampur bersama tempoyak, limau nipis dan cili api. Perghhh!!!! Mak mentua lalu pun boleh tak perasan. (Errr..aku dah ada mak mentua ke?)

Aku dah tak tahan dah ni...aku nak minum budu ni....

p/s: Budu Cap Tereh