Saturday, June 19, 2010

Streamyx .... Erm...

Lama sudah aku melanggan perkhidmatan Streamyx dari Telekom Malaysia. Lebih setahun rasanya. Dengan kelajuan 384 kbps untuk bayaran sebanyak RM60, ia agak berbaloi pada aku. Lebih berbaloi dari Celcom broadband yang pernah aku pakai dahulu.

Sejak aku melanggan Streamyx, ini kali kedua aku mendapat ganguguan internet. Pada kali pertama, ia diselesaikan dengan "agak pantas", sekitar 2 hari. Aku tak berapa faham apa masalahnya. Barangkali ganguan di server Telekom.

Pada kali kedua, agak tertekan aku menunggu tindak balas dari TM. Masalahnya kecil sahaja aku kira, mereka telah ter"reset" password aku. Tapi, kerana koordinasi yang macam haram jadah antara bahagian khidmat pelanggan, bahagian teknikal dan ibusawat Dungun, masalah kecil itu kelihatannya amat sukar diselesaikan.

Aku kira sudah 4 atau 5 kali aku menelifon talian khidmat pelanggan - 100. Sebanyak itu jugalah aku menerima arahan yang sama dari bahagian khidmat pelanggan. Aku yang buta komputer ini mengikuti sahaja arahan yang telah diskripkan itu. Bila sambungan internet masih juga gagal mereka kata, mereka akan hantar juruteknik untuk mmbetulkan apa-apa yang tak betul. Janji mereka dalam tempoh 24 jam bekerja. Malangnya, setelah 3 kali janji 24 jam bekerja, masih tiada lagi juruteknik yang datang.

Aku mengambil inisiatif ke ibusawat Dungun  dengan membawa modem cap Riger. Mulanya, juruteknik di sana tidak dapat mengesan apakah masalahnya. Lalu, setelah beberapa panggilan dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa password streamyx aku telah direset. Kemudiannya, mereka melakukan setting semula pada modem aku, lalu internet aku pun sudah boleh berfungsi seperti biasa.



Tapi, kekecewaan masih terasa kerana aku perlu membayar caj internet yang tidak berfungsi selama seminggu. Cis!

Tapi, ada hikmahnya juga. Buat pertama kali dapat aku melihat dan memahami bagaimana talian telefon dan internet berfungsi - secara kasar. Juga, aku dapat tahu bagaimana talian talifon dan internet di sambung dan di hubungkan.

Thursday, June 17, 2010

Budak Dan Mainan Tidak Dapat Dipisahkan

Kalau kau ada anak, pasti kau akan mengiakan tajuk di atas.

Sebenarnya, sudah lama aku perhatikan situasi seperti ini; walaupun aku belum mempunyai anak lagi.

Memerhatikan gelagat manusia adalah tabiat aku, dan memerhatikan budak membelek-belek mainan di pasaraya adalah sesuatu yang mengujakan aku!


Pada gambar di atas, kelihatan seorang budak lelaki, barangkali berusia 7-10 tahun sedang membelek-belek mainan - seorang diri. Tidak kelihatan ibu atau bapa atau penjaga beliau di sekitar. Situasi di rakamkan di Pasaraya Ten Ten Dungun. Barangkali ibu bapa beliau sedang tercari-cari beliau - kasihan...

Tuesday, June 15, 2010

Tempe Untuk Cantik

Kepada awek-awek, gadis-gadis, ibu-ibu, atau puan-puan yang ingin cantik tanpa perlu berlapar perut barangkali boleh memakan tempe sebagai makanan ruji.

Owh, lama rasanya tidak bercerita mengenai tempe. Paling hampir, semasa bujang dahulu tatkala aku berompak-ompakan pada hujung minggu di Kuala Lumpur.

Juga, aku pernah bercerita mengenai tempe di blog lama aku, menggunakan platform wordpress yang percuma, lewat tahun 2006.

Kalau kau nak tahu, tempe mempunyai khasiat yang tersendiri. Lupakan saja budu, nasi dagang, keropok lekor mahupun satar. Tempe memang mempunyai pesona tersendiri!

Thursday, June 03, 2010

Kalori KFC

Aku sebenarnya tidak pasti sama ada hendak memboikot KFC atau tidak. Polemik ini muncul tatkala aku masih menuntut di peringkat pengajian tinggi. Mulanya aku seorang yang anti KFC. Tetapi, pensyarah aku dahulu memberitahu bahawa KFC Malaysia adalah anak syarikat JCorp yang mengamalkan konsep wakaf korporat. Berbahagi juga fikiran dan hati aku.

Tapi, aku fikir, sekali sekala  boleh juga menikmati ayam gebu KFC. Barang sebulan atau dua bulan sekali.

Tetapi, aku harus fikir dua kali untuk memakan ayam KFC, kerana dikatakan ia mengandungi kalori yang tinggi. Hal ini sudah tentu mengganggu proses diet aku. Huhuhuhuhu.

Tapi, sebenarnya, kau harus tahu meneliti setiap jenis hidangan di KFC. Di mana-mana premis KFC, ada terpampang jumlah kalori setiap makanan dan minuman mereka.


Sebagai contoh, kalori drumstik original recipe adalah lebih rendah dari kalori peha original recipe. Kalori drumstik adalah 160kcal manakala peha adalah 287kcal.


Manakala, kalori bagi  hot and spicy adalah lebih tinggi berbanding original resepi. Sebagai perbandingan bahagian peha. Bagi hot and spicy, kalorinya adalah 313kcal berbanding 287 bagi original recipe.


Bagi minuman pula, adalah lebih baik kau memilih pepsi max, kerana ia tiada kalori.

Owh ya, jika kau ingin kurus dengan kaedah psikologi, ada baiknya kau klik gambar di bawah ini.

Tuesday, June 01, 2010

Aku Marah!

Aku telah melanggan satu polisi insurans dari Capital Oriental, Budaya Protection Plan II nama produknya. Kiranya, sudah 2 tahun aku melanggan polisi ini. pada tahun pertama, aku membayar polisi ini dengan mata ganjaran Real Rewards aku. Tetapi, pada tahun kedua, aku membayar RM200 setahun. Dengan perlindingun sebanyak RM100,000 (kalau aku meniggal dunia), aku kira ia jaminan yang agak baik kepada Pn. Nurul dan orang tua aku jika apa-apa terjadi kepada aku.

Tapi, semakin lama, aku semakin kurang senang dengan Capital Oriental ini. Mereka sering memaksa aku membeli polisi insurans yang sama untuk Pn. Nurul. Pada hemat aku, tidak perlulah Pn. Nurul mengambil insurans jenis Personal Accident (PA) memandangkan aku yang menyara beliau, bukan beliau yang menyara aku.

Paling aku marah dengan Capital Oriental, sudah kiranya 5 orang ejen mereka menelifon aku supaya membeli insurans untuk Pn. Nurul. Ayat 5 orang ejen tersebut sama, semacam ada skrip yang standard di Capital Oriental. Ayat tersebut berbunyi lebih kurang begini

"Kami akan menghantar satu polisi insurans untuk Pn. Nurul. Jadi, di mana saya perlu hantar polisi tersebut?"



Ayat di atas sangat memerangkap. Mulanya aku sangkakan ianya percuma sahaja. Tetapi, secara halus mereka akan meminta nombor kad kredit aku untuk mengecas RM200 untuk  polisi Pn. Nurul. Memang macam gampang.

Diingat kembali, modus operandi mereka sama seperi ejen insurans AIA yang pernah menelefon aku dahulu.

Sepertinya, matlamat menghalalkan cara.

Tapi, ramai sebenarnya ejen insurans/takaful yang sangat beretika di luar sana. Antaranya En. Lukman Hakim. Bukan sahaja produknya bagus, mamat ni pun bagus juga. Hahahahaha

p/s: Kim, belanja aku makan seminggu. Hohohohohohoho

Saturday, May 08, 2010

120 Peratus.

Sedang mengeteh di suatu lokasi terpencil di Dungun, terlihat satu botol maajun. Maajun ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Ramuannya tidaklah banyak, hanya 3 sahaja. Bahan-bahannya hanyalah:-

1) Akar kayu terpilih - 40%
2) Rempah gunung - 40%
3) Madu asli - 40 %

Jumlah keseluruhannya adalah 120%. Hebat bukan...

Saturday, May 01, 2010

Iklan Layanan Masyarakat 9: Compaq Presario CQ40

Someone ask me to sell his laptop...


Specification
=============
Pentium (R) Dual Core CPU T4400 @ 2.20Ghz
RAM 2GB
System Type 32-Bit Operating System
Hard Disk 300GB
DVD RW Drive Multi Layer
Screen 14.1" HD
3 USB Port
1 HDMI Port
Moniter Output
Bluetooth
SD MS/Pro MMC XD Card Slot
Network Slot
Build in modem
Built in Altec Lansing Speaker
Built in viewcam

Package Include
===============
Laptop
Mouse
Original Compaq Bag
Cooler


Reason For Sale
===============
Feel that this laptop not suitable for me. Want buy netbook (mini laptop), for portable and long lasting battery usage.

Additional Info
===============
Buy on February 2010

Price
=====
RM1650 (negiotable)

Contact
=======
Don't hesitate to call or SMS me. :-)
Nizam 019-7223166.
Nak tengok barang dulu pun boleh. :p

SOLD!

Thursday, April 29, 2010

Tat Telur Yang Mampu Melelehkan Air Liur Kau Dengan Sengaja Tanpa Disedari

Tajuk post aku yang paling panjang.

Sementelaah Pn. Nurul adalah suri rumah profesional, maka, beliau sering bereksperimentasi dengan makanan. Oleh itu, tidaklah menghairankan banyak baju beliau yang telah mengecil dengan sendirinya. Ajaib bukan?

Sebelum ini, beliau pernah mencuba pizza dan kek coklat. Tapi, hasilnya tidak sehebat kuih tat telur ini. Beliau pernah meletakkan di Facebook beliau, ternyata mendapat sambutan menggalakkan.

Adakah kau ingin jua menyertai sambutan tersebut?

Tuesday, April 27, 2010

Umbut Kelapa

Ini sejenis makanan yang agak sukar dijumpai. Juga, amat sukar untuk mendapatkannya kerana ia terletak di puncak pohon kelapa. Satu pokok kelapa hanya mampu mengeluarkan satu batang umbut kelapa. Dan lagi, jika kau mengambil umbut kelapa sesebuah pohon, bermakna kau sudah membunuh pohon itu. Sungguh sadis bukan...

Ah, pedulikan saja kesadisan itu. Yang aku tahu, umbut kelapa ini mempunyai rasa yang menakjubkan. Lebih takjub jika dimasak lemak...fuh!

Sunday, April 25, 2010

Bercakap Dengan Musang.

Tajuk ada ala-ala misteri.Bercakap Dengan Jin, karya Tamar Jalis.

Walaupun duduk di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu amat jarang rasanya untuk melihat rusa berkeliaran di dalam kampung. Maknanya, peribahasa "bagai rusa masuk kampung" tidak boleh diaplikasikan di kampung ini.

Tapi, itu tidaklah menghairankan kerana asalnya di kampung ini hanya ada sebatang pokok rhu, jadinya mengikut loghat Terengganu, kampung ini hanya ada pokok "rhu" "se" sahaja. Rhu-se lama kelamaan menjadi Rusa.

Alamak, aku sudah lari dari tajuk. Kalau cikgu Bahasa Melayu masa aku SPM dulu membaca karangan di atas, pasti beliau lemparkan sahaja karangan aku.

Telah lama sebenarnya musang bermaharaja lela di Kampung Pulau Rusa. Musang-musang ini telah membaham sekian banyak ayam kampung yang gebu di sekitar kampung ini. Lalu, pak sedara Pn. Nurul telah mengambil inisiatif memasang perangkap  Umpannya hanyalah pisang. Hasilnya, banyak musang-musang tumpas kerana tergoda dengan haruman  gadis-gadis comel  pisang.

Tapi, kali ini musang yang ditangkap merupakan musang yang terbesar pernah ditangkap. Lalu, ramai yang mengambil kesempatan bergurau, bercakap dan bergambar dengan musang tersebut.


p/s: Misteri bukan post kali ini.... Jadi, biarkan hidup anda diselubungi misteri .... (sambil tangan kanan didepangkan dengan lemah gemalai)

Friday, April 23, 2010

Kampung Mangkuk

Owh, agak melucukan tajuk post kali ini. Kampung Mangkuk. Jangan kau perlekehkan nama tersebut. Ia bukan setaraf mangkuk melamin cendol. Tapi, barangkali ia setaraf dengan magkuk porcelin China yang dijumpai di dalam kapal tenggelam di Laut China Selatan.

Kalau kau ke Terengganu, aku cadangkan kau ke sini. Barangkali kau sudah bosan dengan Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Sekayu, Kenyir atau Pulau Redang. Jadi, kau boleh ke sini untuk menikmati suasana kampung tepian pantai yang sangat indah.

Aku mulanya tak percaya pemandangan yang aku lihat berada di Terengganu. Suasana sangat damai dan menyenangkan di kampung Mangkuk ini. Kalau kau mahu ketenangan dunia, kau harus ke sini.

Oh ya, lupa aku hendak beritahu kau bahawa Kampung Mangkuk ini terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasinya sangat hampir pantai Penarik. Bagi mengetahui lebih lanjut, ada baiknya kau meng'google'kan diri kau, sebab aku malas untuk mencari maklumat Kampung Mangkuk untuk kau. Hahahahahahaha (dengan nada jahat tetapi bersahaja)

Juga, kalau kau mempunyai kamera DSLR yang hebat, kau boleh menguji kemahiran kau di Kampung Mangkuk.

Mari nikmati pemandangan yang indah di Kampung Mangkuk...

Friday, April 16, 2010

Wajah Baru

Setelah sekian lama bergelumang dengan warna hijau, blog ini sudah kehilangan hijaunya dan diganti dengan biru. Tapi bukan biru yang gelap, tapi biru muda yang lembut; yang tiada bulan sabit.

Tetapi, merasa menyesal juga kerana banyak setting pada blog ini sudah hilang. Kod-kod SEO sudah terpadam. Pening kepala juga untuk mewujudkannya semula. Hahahahaha

Owh, terlupa pula aku. Blog ini juga boleh dilihat di facebook aku kerana aku sudah suapkan RSS blog aku ke dalam nota dalam facebook aku.  Barangkali kau yang melihat melalui facebook aku, tidak dapat melihat perubahan warna itu. Kalau kau merasa teruja ingin melihat warna blog aku, kau boleh masuk ke sini.

Tuesday, April 13, 2010

Kini, Tiada Masalah Lagi!!!



Dunia sudah maju. Tamadun sudah tinggi. Akal sudah panjang. Juga, memandangkan pokok kayu banyak ditebang untuk dibuat kertas, kadang-kadang aku hanya mahu pelajar menghantar tugasan dalam melalui emel atau CD.

Akan tetapi, memandangkan aku ini buta IT, aku agak sedikit ketinggalan dalam teknologi perkomputeran. Bila mana orang sedang bercerita tentang Windows 7, aku baru sahaja memasang (install) Service Pack 3 untuk Windows XP aku. Juga, aku menggunakan Microsoft Office 2003 bila mana para pelajar aku menggunakan Microsoft Office 2007.

Terdapat banyak perbezaan ketara antara Office 2003 dan 2007. Paling mencuri tumpuan, antara muka (interface) dan extension fail. Misalnya, extension Word 2003 adalah *.doc, manakala Word 2007 adalah *docx. Perbezaan extension itu ternyata menyukarkan aku membuka fail Word 2007. Argh! Amat menyusahkan!

Namun, teknologi mambantu aku. Melalui enjin carian, aku terjumpa sesuatu yang semacam add-on atau codec untuk Office 2003 aku. Ini bermakna, aku tidak perlu memasang Office 2007 kedalam netbook aku. Cukup sekadar memasang perisian di bawah dan aku boleh membuka fail Word 2007 tanpa halangan lagi.

Kau boleh muat turun benda ajaib tersebut di sini.

Sunday, April 11, 2010

Contoh Esei PTK Untuk DH41

Gambar aku ambil dari http://anak-reformasi.blogspot.com. Barangkali beliau ambil imej tersebut dari http://www.itsptk.com/

Mengikut pengalaman aku, agak sukar juga untuk mencari nota atau contoh esei untuk Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) bagi pensyarah politeknik dan kolej komuniti (DH41).

Lupakan saja pandangan negatif kau tentang PTK. Manusia sudah ke bulan, takkan kau harus senantiasa melukut di tepi gantang? Bak kata bijak pandai, kalau kau mahukan bintang, sasarkan ke bulan. Kalau tak dapat bulan, bintang kau boleh gapai.

Ah! Lupakan saja madah pujangga tersebut. Pada post kali ini, aku bermurah hati berkongsi dengan kau semua dua esei PTK yang aku tulis. Tidaklah cemerlang, sekadar dapat tahap 3. Tetapi, sekurang-kurangnya boleh menjadi panduan kau.

Tajuk 1: HUBUNGAN LATIHAN INDUSTRI DENGAN PENINGKATAN KEMAHIRAN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN DALAM PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
Sila muat turun DI SINI



Tajuk 2: LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN CADANGAN MEKANISME BARU BAGI MEMASTIKAN PELAJAR MENDAPAT FAEDAH DARIPADA KURIKULUM YANG RELEVAN DENGAN KEHENDAK PASARAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Sila muat turun DI SINI

Harap kau gembira dengan sumbangan aku yang tidak seberapa ini. Kalau kau mahu mengupah aku pun, boleh saja, tapi bergantung kepada kelapangan aku. Juga, aku tidak menjamin kau dapat tahap 4, hanya tahap 1 aku berani jamin. Hahahahaha 

Friday, April 09, 2010

Aku Punya Pasal, Kau Peduli Apa

Satu petang yang tak berapa nyaman, aku ke Pasaraya Aneka Dungun. Berkira-kira untuk mencari sesuatu untuk perniagaan kerepek aku. Memandangkan tiada barang yang dihajati, Pn. Nurul mencadangkan agar kami membeli aiskrim.

Di sisi tong aiskrim, kedapatan seorang gadis sedang duduk menghalang laluan jalan. Beliau kelihatannya sedang sibuk membungkus buah epal. Aku tidak faham kenapa beliau harus membungkus epal di laluan jalan. Telahan aku seperti berikut

1) Beliau adalah anak tauke, atau sudara terdekat tauke.
2) Beliau adalah supervisor pasaraya itu.
3) Beliau adalah pekerja biasa yang menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada pihak atasan pasaraya.
4) Beliau sedang melakukan mogok
5) Beliau memang gemar duduk di tengah jalan

Apakah telahan kau? Huhuhuhuhuhu

Wednesday, April 07, 2010

Ketua Penyelia

Vandalisme telah berlaku di suatu lokasi rahsia di Politeknik Dungun. Kasihan ketua penyelia itu. Gambar berukuran pasport beliau telah diganti dengan orang lain.

Monday, April 05, 2010

Put Put Boat Versi Dungun

Berikut merupakan hasil kerja pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 5  Politeknik Dungun bagi subjek Teknologi Kejuruteraan Loji.

Harapannya supaya mereka faham secara teori dan praktikal bagaimana udara panas mempunyai halaju yang lebih tinggi berbanding udara biasa. Itu sebablah turbin, samada stim atau gas memerlukan haba panas untuk memutarkannya. Ini supaya turbin dapat berpusing seoptimum yang boleh supaya ia dapat menjana tenaga yang seoptimum yang mungkin.

Aku tak boleh ajar mereka 100% mengenai Teknologi Kejuruteraan Loji kerana aku bukannya ada pengalaman di industri. Juga, aku bukan pemegang sijil jurudandang mahupun pemandu enjin stim. Aku juga tiada sijil getaran mahupun sijil kebisingan. Aku juga tiada gelaran Ir. atau Dr atau Drs di pangkal nama aku. Malah, sijil jurukimpal pun aku tiada.

Aku hanya orang biasa yang menganggap pembelajaran kejuruteraan sepatutnya menyeronokkan, bukan membebankan.


Saturday, April 03, 2010

Kerepek Bayam Goreng Celup Tepung


Kalau kau rasa sayur bayam tidak enak atau kau terasa diri kau seperti kambing tatkala memakan bayam, aku cadangkan kau mencuba kerepek bayam goreng celup tepung. Memang enak rasanya. Kalau kau orang Dungun, kau boleh dapatkan bayam yang enak itu di Pantai Teluk Gadong. Sangat mencengkam rasanya!

Thursday, April 01, 2010

Ilmu Dunia Yang Tinggi Mutunya


Acik: Cuba mung adjust sikit kat muka depang tu. Bagi gambar dalamg web tu buleh rotate. Mung sedut ah dari web tu je

Mazudi: Pahe doh kawe mu kecek tu. Tapi, masalah problemnyo aku tak tau nak hack bagi dia boleh rotate. Errmmm. Mu ada idea Jae?

Aku: Takde idea la. Aku buta IT, aku tau buka emel je.

Tuesday, March 30, 2010

Bukan Alex Ferguson

Mereka bukan Alex Fergusan yang sudah lebih 20 tahun membimbing Manchester United

Mereka juga bukan Wan Jamak Wan Hassan yang menerajui Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009.

Mereka juga bukan Ismail Ibrahim yang berjaya mengajar budak-budak Soccer Kids bermain bola sehingga dapat menumpaskan pasukan Singapura sebanyak 11-0.

Mereka hanyalah pensyarah politeknik yang komited terhadap bolasepak

Sunday, March 28, 2010

Hari Ahad

Aku kerja di Terengganu. Jadi, hari Ahad merupakan hari kerja bagi permulaan minggu. Sama seperti hari Isnin di Kuala Lumpur atau di Johor.

Biasanya hari Ahad aku akan mempunyai semangat untuk membuat kerja dengan gigih, barangkali sebanyak 125%. Tapi, sama seperti hari Ahad yang lainya, semangat itu boleh merudum sehingga tinggal 25% tatkala aku melihat meja kerja aku.


Kalau pen aku jatuh atas meja kerja aku itu, necsaya aku akan mengambil masa sehingga 10 minit untuk menjumpai pen aku kembali. Jadi untuk meningkatkan semangat yang hilang, aku akan bermain ULAT barang dua tiga pusingan. Huhuhuhuhu

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010



Esok, 27 Mac 2010 jam 8.30-9.30 malam merupakan Jam Bumi. Aku tak pasti secara jelas apakah kempen ini. Tapi kelihatannya seperti kempen kesedaran alam sekitar. Yang pastinya, pada waktu itu kau digalakkan untuk memadam lampu rumah kau. Bukannya lama, satu jam sahaja...

p/s: Maklumat lanjut tentang Jam Bumi di Malaysia ini, kau boleh tengok http://ehm.my/

Wednesday, March 24, 2010

Mesin Itu Untuk Menaip

Lama aku tidak menggunakan mesin taip. Paling akhir seingat aku, semasa membuat laporan projek rekabentuk bagi subjek Pengajian Kejuruteraan Jentera sewaktu tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi 12 tahun yang lampau. Kalau diikutkan hati mahu saja aku menulis laporan itu menggunakan tangan, tapi masih segar kata dua Cikgu Maidin, "Siapa tulis tangan, markah pun standard tulis tangan jugalah".

Pada masa itu, ada juga rakan-rakan yang menulis menggunakan komputer, dan mereka dipandang sebagai manusia yang sangat hebat dan sangat kehadapan pengetahuan ilmunya.

Itu 12 tahun yang lalu. Kini, komputer menjadi satu pekara yang biasa. Ia tidak lagi dianggap sebagai kehandak, tetapi ia merupakan suatu keperluan. Ia memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Ia amat membantu di zaman dunia tanpa sempadan kini.

Namun, masih lagi ada manusia yang setia pada mesin taip. Tuan rumah aku misalnya, masih menggunakan mesin taip untuk memberi resit pembayaran sewa rumah.


Bila ditanya kenapa pakcik tak pakai komputer. Jawab beliau, beliau lebih selesa menggunakan mesin taip. Juga, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Jawapan yang klise, secara tersurat. Tetapi, secara tersirat menaip memerlukan ketelitian. Kesilapan menaip bermaksud kau perlu membuang seminit masa kau untuk membetulkan kembali ejaannya.Ataupun kau perlu membuang kertas kau.

Ternyata pakcik itu memang teliti orangnya...

Monday, March 22, 2010

Urat Melekat Di Tulang Belakang


 *gambar dari http://biologijaka.blogspot.comhttp://biologijaka.blogspot.com

Kisah ini dialami oleh mak saudara sebelah bini aku. Beliau menceritakan kepada bini aku dan bini aku menceritakan kepada aku. Manakala aku pula menceritakan kepada kau semua. Harapnya ia menjadi iktibar kepada semua.

Pada suatu hari yang nyaman dan mendamaikan, mak saudara sebelah bini aku mengalami sakit pinggang. Lalu, beliau pergi berjumpa tukang urut yang tersohor di sebuah pekan satelit di Kuala Terengganu. Harapan beliau, apabila sudah diurut tukung urut tersohor itu, maka sakit pinggang beliau pun akan hilang bak angin lalu.

Namun, harapan tinggal harapan. Bukan angin yang lalu, tetapi ribut taufan yang melanda pinggang beliau. Kesakitan pinggang beliau semakin teruk, tak tertanggung oleh beliau. Lalu, beliau pergi ke sebuah klinik yang tersohor juga di bandar Kuala Terengganu.

Apabila doktor membuat pemeriksaan, beliau mendapati urat mak saudara sebelah bini aku telah melekat di tulang belakang beliau. Kata doktor lagi, mujurlah mak saudara sebelah bini aku cepat berjumpa beliau, jika tidak, beliau boleh lumpuh!

Kelihatannya seperti kelakar tajuk post ini. Tapi kau perlu mengambil serius akan perkara ini. Ingat! Jangan urut sebarangan!

Saturday, March 20, 2010

Penunggu Gunung Raya

*Gambar diambil dari http://mrdzy.blogspot.com/

Pat pat
Siku lipat
Siapa cepat
Dia dapat

Bait lagu di atas aku rasa biasa sahaja sebelum ini. Tetapi sejak menonton rancangan Penunggu Gunung Raya setiap Khamis jam 9.30 malam, rasa semacam juga bila mendengar lagu tersebut.

Jujur, aku jarang sekali mengikuti rancangan tv, baik tempatan atau pun luar. Tetapi, drama seram tersebut berjaya membuatkan aku ternanti-nanti episod seterusnya! Jujur juga, selain drama Penunggu Gunung Raya, aku turut pernah melayan cerita Nur Kasih. Hohohohohoho.

Buat pengetahuan kau semua, kedua-dua rancangan kegemaran aku diterbitkan oleh FilmScape. Ternyata drama mereka begitu berkualiti.

Pada aku, Penunggu Gunung Raya tidaklah begitu seram, hantunya semacam menggelikan hati, terutama watak hantu bernama Dayak. Tapi, cerita tersebut sangat menarik jalan ceritanya hinggakan aku tidak mampu untuk mengagak apa yang akan terjada pada episod seterusnyanya. Juga, gambar yang diambil turut menarik pada hemat aku. Agak revolusionari berbanding drama Melayu yang lainnya. Sinematografi yang sangat mencengkam.

Kalau kau nak kelainan pada drama Melayu, kau harus tonton Penunggu Gunung Raya...

Sunday, March 07, 2010

Ramai Awek Baca Blog Aku

Kalau kau perasan, di sebelah kanan blog aku ada satu "poll". Tetapi, sejak aku memasang "widget" untuk poll tersebut kira-kira setahun yang lalu, aku tidak pernah memeriksa hasil dapatan "poll" tersebut. Hasil dapat dari "poll" tersebut amat mengujakan aku.

1)  Ramai "babe" (bukan babi, sebut: beb, dalam erti kata lain awek) membaca blog ini. WOW!

2)  Ramai dikalangan awek yang membaca blog aku berusia 19-23 tahun dan 24-30 tahun. FUH!

3) Ramai dari awek muda dan bergetah yang membaca blog aku adalah dari kalangan pelajar. HUYEEH!
 

Amacam? Suka tak?

Saturday, March 06, 2010

4 Tahun di Terengganu

Hari ini, sudah 4 tahun aku di Terengganu. Tidaklah begitu hebat, kerana aku masih di Malaysia. Bukannya aku berkelana ke Arab Saudi, Jepun ataupun Jerman.

Tak banyak perubahan sepanjang empat tahun ini, cuma yang ketara aku sudah berbini dan gaji sedikit besar dari empat tahun lalu.

Paling tiada perubahan, loghat pertuturan aku, masih seperti 20 tahun yang lalu.

Oh ya, aku pernah menulis tentang tahun ke 2 dan ke 3 aku di Terengganu.

Tuesday, March 02, 2010

Panas Dalam, Babe Ruth dan Untung Air

Cuaca panas sejak akhir-akhir ini. Kalau kau melalui jalan Dungun-Marang, kau akan lihat banyak kesan rumput terbakar. Begitu juga jika kau melalui jalan Pekan-Rompin.

Aku mengalami sindrom kekurangan air akibat cuaca yang panas ini. Tekak rasa perit, badan terasa panas dalam. Aku memerlukan air lebih sekali ganda dari kebiasaan aku minum.

Kira-kira 2 tahun yang lampau, ada juga aku menulis tentang kepanasan cuaca. Kau boleh tengok di sini. Bila baca post blog aku yang lama, terasa nak tergelak sendirian. Masa tu aku masih lagi tercari-cari "style" penulisan aku. Maka, banyaklah juga aku bereksperimentasi terhadap "style" penulisan. Maka banyaklah juga yang tak menjadi. Tapi, "practice make perfect". Memperkatakan hal tersebut, teringat aku kepada kisah Babe Ruth, seorang pemain besbol yang tersohor pada zamannya. Beliau adalah pemain yang paling banyak gagal memukul bola. Tetapi pada masa yang sama, beliau adalah pemain yang melakukan "home-run" terbanyak. Bila beliau ditanya mengapa boleh jadi sebegitu, beliau menjawab,"lebih banyak percubaan, lebih banyak kebarangkalian untuk home-run"


Aku pasti kau terpinga-pinga tentang perenggan di atas. Juga kau pasti hairan macam mana pakcik tua ni boleh main besbol. Tapi itu tidaklah menghairankan aku kerana besbol amat jarang dimainkan di Malaysia.
Ahhh! Lupakan sahaja pakcik di atas itu. Tapi kisah pakcik di atas itu ada juga mempengaruhi aku.

Kembali ke kisah cuaca panas. Cuaca panas memberi rezeki juga kepada aku. Air di pantry Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun begitu laris jualannya. Hinggakan aku tak sempat untuk "rolling" membeli stok baru. Terima kasih kawan-kawan. Huhuhuhuhu

Juga sedikit trivia, cuaca paling panas di Malaysia ialah 40.1 darjah Celcius, di rekodkan di Chuping, Perlis pada  9 April 1998. Maklumat lanjut kau boleh tengok di sini.