Pages

Sunday, March 23, 2008

2 Tahun di Terengganu

Ermm...diam tak diam dah 2 tahun aku bekerja di Terengganu...

Mula-mula sampai kat sini, banyak benda2 pelik yang aku tengok dan alami

1) Orang Cina cakap loghat Terengganu dengan begitu fasih, sangat fasih. Hingga susah nak bezakan orang Cina atau Melayu jika kita bercakap dengan orang Terengganu di telefon

2) Sarapan pagi. Orang Terengganu ni sarapan pagi diorang makan nasi. Nasi kunyit, nasi dagang, nasi minyak, nasi ayam gulai dan juga NASIhat (ini bukan makanan, tetapi tetap tergolong dalam golongan nasi)

3) Nasi kunyit a.k.a pulut kuning. Aku kat Johor susah nak jumpa pulut kuning nih. Biasanya hanya dihidangkan pada majlis cukur jambul atau khatam al-Quran. Tapi kat Terengganu ni, hari2 aku jumpa pulut kuning!

4) Nasi minyak. Ni satu hal gak. Hari2 aku leh jumpa nasi minyak kat Terengganu ni. Kalau kat Johor, time orang kawin je ah merasa nasi minyak nih

5) Makanan manis! Fuh!!! Ni dahsyat. Boleh kencing manis aku!!! Semua masakan Terengganu manis. Korang bayangkan ah, masak kari taruk gula melaka...
Mula-mula rasa dulu memang sedap, lama-lama aku naik muak...

6) Bahasa. Ni yang paling aku kusut sekali. Mula-mula sampai dulu, aku susah giler nak paham loghat Terengganu. Malah, istilah bagi maksud perkataan yang digunakan juga berbeza dengan bahasa Johor-Riau yang aku pertuturkan. Contoh, kopek (buah dada, tetek), selalu (sekarang, segera), belaka (semua), orang salah (banduan), belok (bengkok), guane (sekali dengar macam IGUANA), masing-masing (masin-masin), ,,,,,

7) Nama aku. Nak tergelak pun ada. Kat kampung aku orang panggil aku IJAM. Kat Terengganu, nama aku jagi IJANG. Huhuhuhuhuhuhuhuhu

p/s: Lain padang, lain belalang
p/s/s: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk longkang katak.........(korang jawablah sendiri)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin