Tuesday, October 28, 2008

Sungguh Hebat Stesen Minyak Petronas Itu

Cerita minggu lepas. Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Dungun. Aku singgah sebentar di stesen minyak Petronas di Bandar Baru Bahau.

Sampai je tempat parking nak isi minyak, ada seorang pekerja stesen tersebut suruh aku buka bonet. Lalu, beliau pun memeriksa enjin aku serba sedikit; minyak hitam, minyak brek, penapis angin dan juga radiator. Melihatkan air radiator aku sama warnanya dengan teh tarik yang tawar, beliau menawarkan perkhidmatan mencuci radiator dengan percuma, dengan syarat aku mesti membeli coolant dari stesen tersebut. Aku setuju.


Aku setuju bukan kerana perkhidmatan mencuci radiator percuma. Aku setuju bukan kerana coolant yang dijual murah. Tetapi aku setuju kerana aku amat kagum dengan idea bisnes stesen minyak tersebut. Erm.....

4 comments:

PakciQue said...

Yup..dulu pun aku pernah juga didatangi pekerja petronas utk service kerata aku...

tapi, sebab masa tu dah hujung2 bulan..aku tolak tawaran tersebut..

tp, memang idea yg menarik sama seperti idea mcD yang 'meracun' pelanggan untuk membeli mcValue Large dan membuat tambahan aiskrim..

Anonymous said...

yup, mcd, kfc memang pandai dalam bab2 camni. value added

en_me said...

selalunyerr mamat bangla yg datang nak minta lapkan cermin tingkap dan tayar.. kannns

Anonymous said...

lepas dia tanya. merak kah? biru kah? kans...