Sunday, April 12, 2009

Runtuhkan Jambatan Itu!!!

Setelah berjaya menenggelamkan kapal, aku menjalankan satu lagi misi kemusnahan. Misi tersebut dinamakan "Runtuhkan Jambatan Itu". Tapi, misi ini bukanlah untuk tujuan peperangan atau khianat, tetapi ia adalah projek yang aku beri kepada pelajar Diploma Automatif semester 5 dagi subjek Kaji Daya Bahan.

Pelajar aku dikehendaki membina sebuah jambatan menggunakan hanya kayu penyepit baju dan gam sahaja. Saiz jambatan pula, ikut suka hati kau la, yang penting jambatan itu mampu kau bawa masuk ke dalam kelas.

Objektif projek. Jambatan itu tidak runtuh jika diletakkan satu batu bata, tapi MESTI runtuh apabila diletakkan 2 batu bata.




Kebanyakan kumpulan berjaya mencapai objektif itu. Namun, ada satu kumpulan yang jambatan mereka tidak runtuh walaupun diletakkan empat batu bata. Ajaib sungguh...huhuhuhu.

Berikut jambatan-jambatan yang berjaya dirobohkan!














9 comments:

lemon said...

pelik betol jambatan yg tak runtuh tu...keh3x...brilliant betol eaa group yg cipta jambatan tu..

serinditrimba said...

He he..

Kekadang idea diaorang ni dahsyat la

en_me said...

ko kasik jakkks markah A+ ghitewww.. pakey gam raja lawak tewww.. ekeke

roshaizul said...

halena,
tapi mereka tak memenuhi objektif

serindit,
tu la, memang di luar jangkaan

en_me,
semua dapat A!

faiz said...

idea pnp pensyarah dia org ni lg bgs...tp mesti tak de dlm silibus....hehhehhe

roshaizul said...

aku aplikasikan apa yang ada dalam silibus. untuk mereka bentuk jambatan itu, mereka perlu kaji daya ricih dan momen lentur. atau, boleh saja mereka menggunakan teori mccaulay.

boring la pnp konvensional...

ishaharom said...

amboi ko faiz, sedap2 idung ko jer ckp xde dalam silibus ek. tau le ijam tu xpenah keje ngan industri, tapi aplikasi yg cuba dia praktikkan tu memang ada value. credit to ijam! cayok cayok

roshaizul said...

terima kasih sarom. credit je? belanja la aku roti canai banjir 3 keping kat parit bengkok

ShadesOfPurple said...

ni gam jambatan gune ape?"?