Sunday, October 14, 2012

Analisis Minyak Masak

Dulu, masa SPM aku pening bila belajar kimia. Biologi memang aku tak pernah ambil. Kalau ambil, barangkali aku sudah jadi biol. Hahahahahah.

Tapi, entah macam mana, hari ini aku berlagak jadi pakar kimia. Atau pakar pemakanan, barangkali.

Telah menjadi suatu yang normal, bila mana masyarakat secara umumnya merasakan bahawa minyak kelapa sawit adalah suatu bahan masakan yang rendah mutu, kurang khasiatnya. Telah dimomokkan dirancangan masakan tempatan bahawa minyak keluaran negara barat seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari adalah jauh lebih bermutu dari minyak kelapa sawit.

Aku cuba menyangkal kenormalan dan momokan di atas.

Tempoh hari, tatkala menunggu Pn. Nurul memilih sayur di Pasar Mini Qimily di Dungun, aku meninjau-ninjau bahagian minyak masak.

Kebetulan, ada 4 jenis minyak masak pada rak.



Minyak Bunga Matahari

Minyak Soya

Minyak Jagung

Minyak Sawit

Jadi, sekarang mari kita lihat fakta nutrisi minyak-minyak ini.

Minyak Bunga Matahari





Minyak Soya


Minyak Jagung




Minyak Sawit

Jadi, sekarang kita bandingkan. Lihat pada "per 100 ml"

Tenaga
Minyak Bunga Matahari = 819 kcal
Minyak Soya = 900 kcal
Minyak Jagung = 819 kcal
Minyak Sawit =813 kcal
Lebih rendah lebih baik. Jadi? :-)


Jumlah lemak
Minyak Bunga Matahari = 91 kcal

Minyak Soya = 100 kcal

Minyak Jagung = 91 kcal

Minyak Sawit =90.4kcal
Lebih rendah lebih baik. Jadi? :-)

Jadi, minyak sawit kurang lemak dan kurang kalori.

Tapi, ini hanya pandangan aku. Kalau kau ada pandangan lebih baik, kasi komen sikit kat bawah!

5 comments:

Anonymous said...

minyak sawit tahap ketahanan pada haba dia tinggi (apa istilah dia eh? :)).

roshaizul said...

Err... heat resistance kot.

::melur:: said...

walaupun kurang lemak tp itu lemak total. cuba bandingkan dengan lemak PUFA dan PUFA yg mana minyak yg lebih tinggi? dan apa kebaikan kita tahu smoke point untuk memilih yang mana pilihan terbaik untuk kegunaan deep fry or stir fry. skdr info tambahan :))

::melur:: said...

walaupun kurang lemak tp itu lemak total. cuba bandingkan dengan lemak PUFA dan PUFA yg mana minyak yg lebih tinggi? dan apa kebaikan kita tahu smoke point untuk memilih yang mana pilihan terbaik untuk kegunaan deep fry or stir fry. skdr info tambahan :))

::melur:: said...

* sory, PUFA, MUFA, SFA