Wednesday, August 05, 2009

Cara Mencegah Virus Selsema Babi

Huh. Lama tak menulis. Rupanya ada yang lebih mengasyikkan dari berblog. Huhuhuhuhuhuhuuhu

Ok, tak nak cerita panjang, mari kita lihat cara untuk mencegah selsema babi.

1) Kerap cuci tangan.

Selepas bersin atau batuk. Juga sebelum dan sesudah makan. Tapi, kalau kau sembahyang lima waktu, pasti bersih tangan kau. Pasti kau perlu mengambil wuduk 5 kali sehari. Kalau kurang dari itu, bermakna kau berjaya menahan kentut kau atau kau telah memegang tangan awek kau. Atau yang lebih dahsyat, kau tak sembahyang.

Pembersihan tangan dengan berwuduk lebih sempurna berbanding pembersihan tangan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian sarankan kau basuh sekadar pergelangan tangan, tapi, dengan berwuduk kau basuh sampai ke siku. Kan kita kadang-kadang kesat hingus dengan lengan? Huhuhuhuhuhu

2) Menutup hidung dan mulut.

Mahal rupanya penutup hidung nih. Harganya di Dungun RM1 sekeping. Boleh pakai sekali saja pula tu. Kemudian kau kena buang di tempat yang betul. Pengalaman aku menggunakan penutup hidung adalah begitu tidak menyelesakan. Terasa panas udara yang aku sedut, barangkali aku menyedut lebih karbon dioksida berbanding oksigen.

Kalau kau perempuan, aku cadangkan kau berpurdah sahaja, sebagai ganti penutup hidung yang mahal itu. Juga, aku pasti, memakai purdah tidak sepanas memakai penutup hidung. Ini kerana, purdah biasanya dipakai agak longgar. Ini memudahkan pengaliran karbon dioksida yang kau hembus. Tapi, apa yang lebih penting, kau dapat menutup aurat kau.

3) Elakkan/kurangkan pergi ke tempat awam

Duduk kat rumah kan bagus. Boleh layan tengok tv dan layan bini. Huhuhuhuhu. Selain dari mengurangkan risiko terkena selsema babi, kau juga dapat mengurangkan dosa kering kau. Kau tahu lah budak-budak zaman sekarang. Pakai tudung, tapi pakai baju ketat. Habis nampak bentuk buah dada dan punggung yang mengkal itu.

Sekian, itu sahaja. Akhir kata, katakan TIDAK pada SELSEMA BABI.

7 comments:

adanz said...

lu memang ar beroo... dah dapat cik nurul lu lupa segala bagai... huh , memang asyik kan? hahahaha wei nak wat bisnes penutup hidung mulut kat dungun bole ni... kat sini kami bole dapat rm0.60 je sekeping, kalu beli sekotak mau lg murah...

roshaizul said...

60 sen? wah!!!!

roshaizul said...

60 sen? wah!!!!

Anonymous said...

bagi aku benda2 nie nonsense. sebabnyer aper? btol kiter kene jaga kebersihan. basuh tangan, bersin batuk tutup mulut.

pesan aku.. kalau rasa demam je, cepat2 ambil panadol. jaga diri. minum air suam/100 plus banyak2.

kalau nak ikutkan ttg selesema babi nie, kalau di buat ujian kat semua penduduk kat mesia nie, sure 70% dh kene jangkitan ini.

cuma, masing2 antibodi kuat, cegah awal, mkn ubat cepat, so boleh safe.

Yang KO tu bkn sebab H1N1 sebenarnya. tapi sebab radang paru2.

sebab aper kene Radang paru2? Sebab paru2 di jangkiti kuman. Mcm2 kuman boleh menyerang paru2. then buat plak buat ujian throat swab, result keputusan +ve, so jadilah kes kematian selesema babi, walhal punca utama adalah RADANG PARU2.

Aku harap, rakyat mesia jgn lah cepat melatah dgn fenomena ini krn ianya sementara. Jaga kesihatan, kebersihan seperti mana yg di tuntut oleh agama kita.

bila rasa nak demam, cepat2 ambik ubat. tapi bila dah 4 hari demam tapi masih belum kebah, elok lah ke spital takut kene denggi.

Anda semua patut lebih takut dengan denggi dari babi nie sebab kes kematian denggi lebih ramai yang mati dari kes H1N1 ini....

fikir2 kan lah..

p.s : aku keje kat spital nie ( Emergency n Trauma Depart ) asyik mengadap org demam sampai kami pun demam dn kene jangkit ngn H1N1 tp tak masuk statistik org yg di jangkit pon....

serinditirmba said...

Mamat ni kan sejak dah kawin kan, ada je ayat-ayat dia yang sedikit 'sensored' dari dulu-dulu keluar dalam blog dia nih...

he he he he...

adanz said...

ah ijam, ko lambat bio aku respon je!

liza, memang la sebab kematian tu radang paru2... tp kenapa paru2 tiba2 dijangkiti kuman? sebab virus tu je la kan? kalu tanya org kesihatan atau doktor depa akan pusing2 ayat kata bukan berpunca H1N1.... terpulang la pada penilaian masing2.

serinditrimba,
mana tak sencored, skang ni dia nak taip entri, cik nurul ada sebelah duk berani apa yg cik suami dia taip.... hahahaha cabuuuuuuut!!

roshaizul said...

liza,
aku sebenarnya tak paham apa itu H1N1 yang sebenarnya. patut k'jaan terangkan lebh details apa itu selsema babi.

serindit,
huhuhuhu. ye kah?

adanz,
cis! berani kau merespon di blog ini. huhuhuh