Sunday, July 25, 2010

Stesen Bas Dungun Yang Baru

Dulu, lewat 2008 aku pernah buat post tentang Stesen Bas Dungun. Masa tu masih bujang, dan mata ini agak keranjang. Hahahaha

Tapi, sekarang stesen bas itu tiada lagi. Ia sudah dipindahkan ke Kuala Dungun berhadapan Peladang Dungun. Barangkali ia antara usaha Majlis Perbandaran Dungun untuk menghidupkan kembali Kuala Dungun yang kian sepi. Barangkali juga ia sebagai langkah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna yang akan menaiki bas dari Dungun.


Dengan adanya stesen bas di lokasi baru tersebut, bas dari Kuala Terengganu akan melalui Tanjung Jara dan tembus ke jambatan yang merentasi Kuala Dungun. Lebih efisyen aku kira.

Kalau kau bukan penduduk Dungun dan tak pernah sampai ke Dungun pasti kau terpisat-pisat membaca post ini. Ahhh...abaikan sahaja post ini. Kau boleh baca post aku yang lain. Hahahahaha


p/s: Gambar diambil pada hari Selasa. Jadi, orang memang tidak ramai pada hari itu.

9 comments:

AWANG said...

Salam,

Sebenarnya stesen bas kuala itulah stesen bas yang paling asal untuk semua jenis perkhidmatan bas sebelum dipecahkan kawasan iaitu bas henti-henti hanya di kuala, Restoran AA untuk bas express, kemudian dari restoran AA ditukar lokasi ke Kampung Alor Tembesu kemudian baru ditukar kembali ke Kuala Dungun. Entri kau memberi aku satu inspirasi.Sekian...

roshaizul said...

terima kasih awang. info yang sangat berguna terutama kepada orang yang tak berapa lama duduk di dungun ni, macam aku. hahahahahhah

Faris said...

ssh la En Nizam,sye nk beli tiket kene naik Van kunyit...pergi balik naik Van dh RM4..huhuhu

eiyta said...

dulu masa aku kecik2, slalu anto makcik aku naik bas balik raub/ shah alam kt bus stand lama ni..zaman 90an..hehehe..okey gak dh pindah kt kuala dungun, tp....biler jalan kt situ dh makin bz, tu yg aku cm tk berkenan skit, sbb aku ni cm kalut skit kalo jln bz..huhuhu

en_me said...

dungun makin maju kanns.. ehehe

roshaizul said...

@faris,
saya buat sewa kereta. menyewalah dengan saya. cepat dan murah. hahahaha

@eita
tapi, setakat ni jalan tu tak berapa bz lagi :-)

@en_me,
sayangi dungun dungun membangun

orangkayabertaqwa said...

selepas stesen bas dungun yang baru, mana post terbaru en.ijams? lama tak menulis nampak...

octo said...

haritu ikut member pegi beli tiket. nmpk ramai mat drug dkt kawasan persekitaran bangunan arcade tu.. Agak bahaya utk kaum2 perempuan berada di sana srg2

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.